Ada beribu-ribu blog tempatan dan oversea menulis tentang cara sebenar memancing ikan kerapu dan petua-petua untuk mendapatkannya. Malah saya sendiri pernah menulis tentang hobi memancing ikan kerapu didalam beberapa post saya yang terdahulu (Lihat Sini, Sini, Sini,Sini.Sini. ) . Untuk makluman, ikan kerapu adalah ikan yang cukup mudah untuk dipancing di Pulau Langkawi. Ianya tinggal hampir disegenap pelusuk tebing-tebing batu disekitar Pulau Langkawi malah saya tidak perlu bersusah-susah untuk study carta air pasang surut ataupun mencari umpan-umpan segar untuk memerangkapnya.
Daripada pengalaman saya, ikan kerapu selalunya rajin membedal umpan sewaktu air surut dan umpan yang terbaik adalah hirisan ikan kembong (orang Kedah panggil ikan temenung).
Saya juga menyedari saiz ikan kerapu yang bersaiz mega selalunya membaham mata pancing anda pada waktu lewat petang (senja) dan awal pagi (subuh) dan jarang didapati pada waktu siang.
Saya juga ingin berkongsi beberapa lagi perkara mengenai memancing ikan kerapu;
1. Ikan kerapu bersaiz besar selalunya meragut umpan dengan begitu perlahan serta berhati-hati - seperti digigit ketam. Ianya bukan ikan bodoh seperti yang kita sangka.Walaupun terkenal sebagai ikan yang melahap segala jenis umpan tetapi ikan yang besar selalunya bersikap lebin cerdik serta berhati-hati. Oleh itu, pastikan anda selalu bersabar dan kurangkan aktiviti memeriksa umpan. Malah, saya beberapa kali memperolehi ikan kerapu bersaiz besar tanpa perlu bertarung dengan ikan tersebut. Maksud saya, ikan tersebut hanya berdiam diri selepas membaham umpan dan tiada pecutan saat akhir yang dilakukan. Saya hanya menyedari adanya ikan yang telah memakan umpan apabila melihat tali koyan saya menjadi tegang.
2. Jangan bimbang sekiranya umpan anda dilarikan sang kerapu ke sarang disebalik batu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah kendurkan sedikit tali pancing anda buat seketika
dan ikan tersebut akan keluar semula.
3. Myth or Fact : Umpan terbaik untuk menjerat kerapu bersaiz 1 kilo ke atas adalah kepala ikan kembong ! Saya tidak pasti sekiranya anda mahu mempercayainya tetapi ianya berhasil untuk saya. Malah hampir kesemua ikan kerapu mega yang pernah saya dapat adalah berumpankan kepala ikan kembong !
4. Sekiranya anda berjaya memperolehi ikan kerapu pada satu spot. Pastikan balingan ataupun lontaran anda yang seterusnya adalah pada spot yang sama. Ini kerana sarang kerapu selalunya dihuni lebih daripada 5 ekor pada sesuatu masa.
5. Jangan kecewa sekiranya tiada ikan kerapu yang memakan umpan kail anda pada waktu air baru pasang ataupun pasang penuh. Ikan kerapu selalunya bergerak keluar daripada lubang/rumah/sarang mereka sewaktu air mula bergolak surut. Mungkin kerana atas faktor makanan ( anak-anak ikan lain yang banyak berenang untuk kembali ke tengah laut ).
6. Elakan daripada menggunakan tali pancing bersaiz kecil atau joran bersaiz sederhana.
Anda mungkin akan menyesal sekiranya ikan kerapu bersaiz monster membaham umpan.
7. Sekiranya umpan anda diluah keluar ataupun ikan yang dipancing terlepas, jangan khuatir untuk mencuba lagi. Saya pernah mendapat ikan kerapu yang dimulutnya masih terdapat mata kail yang terlucut keluar pada awal sesi memancing.
( Maaf atas kualiti gambar yang disertakan. Kesemua imej adalah dari Iphone)
All rights reserved. All photos and content on this site are
exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights
reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content
found on this site.Thank you.