Sunday, 9 November 2014

Mana Lebih Hebat : Lolong, Gustave Atau Buaya Putih Tasik Dayang Bunting !


Cerita tentang buaya gergasi bernama Gustave dan Lolong sememangnya pernah memenuhi dada-dada akhbar diseluruh dunia sebelum ini. Ini kerana Gustave yang menghuni sungai di Burundi ini dikatakan telah membaham lebih daripada 300 manusia dan ianya masih gagal ditangkap sehingga hari ini. Lain pula ceritanya dengan Lolong (sempena nama pemburu buaya hebat filipina bernama Ernesto "Lolong" Goloran Canete), buaya bersaiz 20 kaki panjang ini  akhirnya berjaya ditangkap hidup-hidup di Bunawan tetapi kemudiannya mati selepas ditawan.


Tetapi apakah benar Malaysia mempunyai buaya yang lebih besar dari saiz tersebut? Bukan itu saja, khabarnya buaya putih tersebut memilih mangsa. Yang di cari hanya mangsa bermulut celupar dan berhati "busuk".Rata-rata penduduk Langkawi percaya akan cerita-cerita tersebut walaupun ianya berunsur myth dan lagenda.

Tetapi di mana ?

Tentulah di Tasik Dayang Bunting yang terletak di "Pulau Langkawi Pulau lagenda" !
Wallahualam .



Nota kaki : Monumen buaya putih diatas terletak di Taman Lagenda, Pulau Langkawi @ bersebelahan Dataran Lang di Pekan Kuah.



All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.