Kisah cinta tragis antara Orihime dan Hikoboshi atau legenda Tanabata adalah merupakan cerita rakyat dari budaya Jepun dan ianya dirayakan setiap tahun pada tanggal 7 Julai.
Diceritakan yang Orihime adalah seorang puteri yang sangat
cantik dan pandai menenun sutera adalah anak kepada Dewa langit (Tentei).
Hikoboshi, juga dikenali sebagai Kengyuu, adalah seorang gembala binatang.
Mereka jatuh cinta dan kemudian berkanwin. Namun, setelah berkahwin, mereka
begitu mabuk cinta sehinggakan mereka mengabaikan tugas harian dan pekerjaan
mereka.
Orihime mula berhenti menenun sutera untuk ayahnya, sementara Hikoboshi membiarkan semua ternaknya berkeliaran ke seluruh alam semesta. Dewa langit berasa sangat marah kepada meraka berdua dan memisahkan mereka dengan menempatkan mereka di sisi bertentangan di Sungai Surgawi (Amanogawa), yang dikenali kita sebagai Galaksi Bima Sakti dan mereka dilarang bertemu langsung.
Orihime berasa sangat sedih atas arahan tersebut mula menangis memohon belas ehsan daripada ayahnya. Sang Dewa Langit yang merasa terharu dengan linangan air mata dan penyesalan Orihime bersetuju untuk mengizinkan mereka berdua bertemu sekali dalam setahun, yaitu pada malam 7 Julai asalkan mereka menyelesaikan pekerjaan mereka dengan baik dan sempurna.
Diceritakan juga yang mereka hanya boleh bertemu jika langit cerah dan tiada hujan pada malam tersebut. Jika hujan turun, Sungai Surgawi menjadi terlalu berbahaya untuk direntasi dan mereka harus menunggu setahun lagi untuk bertemu kembali.
Disebabkan cerita lagenda ini maka terciptalah pesta perayaan Tanabata di Jepun, China dan Korea yang sekarang masih dirayakan dengan aktiviti menulis hajat lada kertas-kertas origami berwarna-warni lalu digantung lada pepohon buluh. Terdapat juga berbagai lagi aktiviti lain seperti menyalakan lampu tanglung, pesta tarian dan makanan bagi meraikan kisah cinta Orihime dan Hikoboshi ini.