Saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah didalam memilih penerbangan untuk pulang ke Jepun. Kalau sebelum ini saya kerap memilih untuk turun di Kansai International Airport Osaka, bulan Disember nanti pula, saya memilih untuk turun di Chubu International Airport di Nagoya. Bagi saya ,kedua-dua lapangan terbang tersebut mempunyai advantage yang tersendiri .Kalau saya turun di Osaka, perjalanan pulang ke rumah hanyalah 1 jam setengan tetapi harga tiket penerbangan agak mahal dan sekiranya saya memilih Nagoya, perjalanan pulang mencecah 2 jam setengah tetapi segala-galanya amat murah.
So, saya memilih untuk turun di Nagoya memandangkan saya sebenarnya tidaklah mengejar masa pada setiap kali saya balik ke Kyoto.
Bercakap tentang Kyoto, musim bunga kali ini agak panas berbanding tahun tahun sebelumnya. Cambahan bunga sakura juga agak banyak berbanding sebelum ini. Kawasan kawasan utama seperti Maruyama Park, Hirani Shrino dan Keage Incline dipenuhi dengan ribuan pengunjung pada setiap hari. Mahu atau tidak, anda terpaksa juga meredah lautan manusia dikawasan-kawasan ini untuk menikmati keindahan panorama musim sakura di sini.
Cuba anda lihat kedua dua foto yang saya sertakan dibawah. Kedua-duanya diambil pada tempat yang sama tetapi pada musim yang berbeza. Sebab itulah Kyoto selalu diserbu pengunjung pada setiap kali musim sakura menjelang tiba...
All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.