Thursday, 19 January 2017

Projek 2017: Kawasaki Vulcan 500 "Bobber" !

Hampir 2 bulan saya tidak langsung menulis untuk blog gara-gara terlalu sibuk dengan
projek motosikal kostum. Bermula dengan sembang-sembang kosong pada bulan November tahun 2016, saya akhirnya berjaya membeli sebuah motosikal Kawasaki Vulcan 500 untuk "dibedah dan diselongkar" untuk menjadikannya sebagai sebuah motosikal bobber pada awal tahun baru baru ini!

Walaupun cita-cita awal saya adalah untuk mendapatkan sebuah motosikal Yamaha Virago 535, tetapi disebabkan keadaan fizikal motosikal tersebut yang agak kecil serta pendek, saya bertukar arah mendapatkan Vulcan 500 sebagai pengganti.


First Week Of January 2017 

Pada 2hb Januari tahun 2017, motosikal yang telah saya beli di bandar Alor Setar tersebut berjaya dibawa masuk ke Pulau Langkawi dengan menggunakan khidmat Wantas Shipping yang beroperasi di Kuala Kedah. Kadar harga dikenakan juga agak murah serta berpatutan - hanya RM75 untuk perjalanan masuk.



2nd Week Of January 2017

 Selepas 2 minggu menggunakan motosikal tersebut, saya akhirnya mengambil keputusan untuk menghantarnya kepada mekanik untuk transformasi seterusnya. 
   


14th January 2017 


Gambar diatas adalah gambar yang diambil pada minggu lepas selepas sedikit pengubahsuaian berjaya dilakukan. Perhatikan keadaan handle serta fender belakang motosikal selepas ditukar. Proses seterusnya selepas ini pastinya akan melibatkan pengubahsuaian ekzos serta beberapa sisi badan motosikal yang akan dipotong.  




17th January 2017

Beberapa bahagian yang telah diubah-suai. Ini termasuklah bahagian lampu hadapan, tayar belakang yang digantikan dengan tayar white wall serta levers untuk clutch dan brek.
Insya allah, saya akan pos beberapa gambar lain selepas ini.






 All images copyright © 2017 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday, 17 November 2016

Mundane Morning @ Harajuku Station,Tokyo



Perhatikan betul-betul gambar ini....
Untuk makluman, sebaik saja anda melintas keluar dari stesen keretapi diatas, anda akan memasuki "syurgawi" untuk kaum wanita iaitu Harajuku !Dengan berbekalkan duit poket RM100 ataupun Yen 2500, anda sudah boleh membeli bermacam-macam aksesori kecil seperti anting-anting, skaf, cincin, t-shirt ataupun rantai-rantai manik berkualiti tinggi.

Tak percaya? Datang lah........




 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Tuesday, 1 November 2016

Lawatan Singkat Ke Gujo Hachiman, Gifu.

Jangan ditanya kemana saya menghilang setelah hampir sebulan saya tidak langsung update blog saya. Saya sebenarnya masih berada di Langkawi tetapi terlalu sibuk dengan kerja yang semakin hari semakin bertimbun-timbun banyaknya.

Cukuplah bercakap tentang kerja. Hari ini saya konsikan disini beberapa keping gambar sewaktu lawatan saya ke Istana Gujo Hachiman yang terletak di wilayah Gifu tempoh hari. Selain terdapat banyak sejarah tentang samurai terbilang iaitu Yamauchi Kazutoyo, ianya juga cukup popular dengan kisah gangguan jembalang wanita yang kerap kali mengusik pengunjung-pengunjung yang datang ke sini.    









All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Friday, 23 September 2016

Kyoto Otagi Nenbutsuji : Hijau Nan Damai..........

Hampir satu bulan lebih saya tidak dapat mengemas kini blog saya kerana sibuk bekerja.
Tetapi hari ini saya bertekad untuk meluangkan sedikit masa disini dengan beberapa keping gambar yang diambil sewaktu saya di Otagi Nenbutsuji tempoh hari... 
Untuk makluman, ini adalah lawatan saya yang kedua ke sini.















All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you..

Monday, 25 July 2016

Lagi Tentang Pesta Aoi Matsuri Di Kyoto.


Actually, banyak lagi gambar-gambar yang pending dan tidak sempat saya upload dalam blog saya semenjak dua-tiga bulan kebelakangan ini. Segalanya cukup sibuk !
Tetapi, hari ini saya cuba juga meluangkan sedikit masa sambil upload beberapa keping gambar semasapesta Aoi Matsuri tempoh hari. Moga-moga sedikit sebanyak gambar-gambar ini dapat memberikan sedikit inspirasi dan bayangan bagaimana pesta tersebut dirayakan di Kyoto.

Untuk makluman, pesta Aoi Matsuri ini telah disambut semenjak ratusan tahun yang lalu
dan rugi sekiranya andai ke Kyoto tetapi gagal menyaksikan perayaan tersebut. 















 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 24 July 2016

A Glorious Tribute To Tomoe Gozen By Geiko Ichisayo.

I must confess that I love everything about Geiko Ichisayo and the way she being portrayed as the deadly Tomoe Gozen @ a renowned swordswoman and archer of which historian claimed that she was also a skilled rider in battle against the rival Taira samurai clan and their leader Minamoto no Yoritomo.
Here is all her photos taken during Jidai Matsuri or the Festival of Ages in Kyoto, Japan recently.







All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you..


Friday, 15 July 2016

Tojinbo : Mengapa Ribuan Manusia Serah Nyawa Di Tebing Curam Ini ?

Percaya atau tidak, tebing Tojinbo yang terletak di Fukui kini lebih terkenal daripada hutan Aokigahara sebagai tempat utama untuk membunuh diri. Dikatakan hampir 20-30 orang penduduk Jepun datang ke sini untuk menamatkan riwayat hidup mereka dengan terjun dari tebing tinggi 70 kaki ini ke dalam lautan. Kononnya, ada yang sanggup datang jauh dari Tokyo semata-mata untuk membunuh diri seperti mana yang diceritakan kepada saya tempoh hari sewaktu berada disana.
Kata penduduk tempatan, rata-rata alasan mereka yang datang untuk membunuh diri di sini kebanyakkannya adalah mereka yang terlalu banyak berhutang, menganggur, putus cinta dan juga tekanan perasaan akibat terlalu kuat bekerja. 

Sama ada betul atau tidak cerita-cerita tersebut, wallahualam.















All images copyright @ 2016 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.