Tuesday, 15 October 2019

Gotokuji : Syurga Buat Maneki Neko!

Sudah hampir 4 bulan saya tak update blog. Tiba-tiba rasa macam sudah kehabisan energy. Mungkin di masa depan nanti saya perlu letakkan caption "akan bercuti rehat" dekat posting sekiranya saya decided untuk berehat sementara.

Anyway, bercakap tentang "cuti rehat", saya sempat ke Gotokuji Temple di Tokyo 2 minggu yang lepas. Walaupun saya cukup kurang senang balik bercuti sewaktu musim panas di Jepun, entah macam mana, hati saya terbuka juga untuk beli tiket dan balik ke sana. Bukannya apa, saya kurang gemar cuaca kemarau di Jepun yang ada kalanya cukup panas sangat.Tetapi alhamdulillah, cuaca tempoh hari tak lah terlalu panas sewaktu saya berada di Tokyo, Kyoto dan Osaka.

Bercakap tentang Gotokuji ni, sini merupakan syurga untuk maneki-neko! Tau apa itu maneki neko? Alah, patung si kucing yang suka melambai-lambai tu. Punya lah banyak sampai saya rasa macam nak borong semua bawa balik ke Malaysia!

Tak percaya? Cuba tengok dekat gambar-gambar yang saya ambil ni

Baik mengaku. Ni siapa la punya wish ni?

.
All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Friday, 21 June 2019

Ise Jingu : Power Spot ? Memang Power!

The Grand Shrine ataupun Ise Jingu yang terletak di wilayah Mie ini memang cukup terkenal. Tanyalah mana-mana warga Jepun sekalipun, mustahil kalau ada yang tidak tahu. Untuk makluman, kuil besar ini bukan saja dianggap suci oleh warga Jepun malah ianya adalah power spot paling utama di sini. Power spot ni kira macam tempat yang membawa tuah la bagi mereka Oleh yang sedemikian, sebab itulah kuil ini selalu dipenuhi oleh ribuan pengunjung pada setiap masa. Kalau anda datang ke sini sewaktu musim cuti, alamat terpenyek macam ikan dalam tin sardin la jawapnya.

Selain mempunyai banyak bangunan-bangun yang unik, sungai yang mengalir jernih dan suasana yang aman damai, saya lebih suka mengatur langkah menyusuri kedai-kedai lama 
sambil menikmati air jus oren yang dijual sini - Nah, sebiji RM16.00 !
Perkh..memang power!

All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday, 19 June 2019

Daiichi Daiman Daikichi: Mencari Ishida Mitsunari Di Sangen-in, Kyoto

Oleh kerana minat yang cukup mendalam mengenai pertempuran Sekigahara 1600, Naomi membawa saya melawat ke Daitoku-ji di Kyoto.Mengikut sejarah, mayat tanpa kepala Ishida Mitsunari memang ditanam di Sangen-in, iaitu sebuah rumah berhala kecil yang terletak di dalam kawasan Daitoku-ji. Namun sedemikian, saya cukup kecewa setelah diberitahu yang tiada pengunjung dibenarkan masuk ke kawasan tersebut kerana ianya adalah kawasan larangan.Duh !

Namun sebegitu, kekecewaan saya sedikit terubat kerana kawasan persekitaran Sangen-in ini memang cukup menakjubkan ketika musim luruh yang mana terdapat ratusan pokok-pokok momiji masih kemerah-merahan ketika kami sekeluarga sampai disana.
 
All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Friday, 14 June 2019

Revisiting Osaka Expo City : Cheq Mai Lagi !

Bila bercakap tentang modernizing and rebuilding sesuatu tempat, memang terkedu kita lihat cara orang-orang Jepun bekerja. Berpuluh-puluh tahun dahulu, area Suita  ni bukannya ada apa-apa pun tetapi cuba anda datang melawat ke sini sekarang. Bermacam-macam dah ada. Mini zoo, restoran, taman permainan, taman bunga, stesen keretapi moden, shopping complex dan juga stadium bolasepak ( yer.. pasukan Gamba Osaka memang berpengkalan di sini) dan macam macam lagi laa.

Selain lanskap pembangunan sekitar yang tersusun rapi, sistem pengangkutan dia memang yang terbaik - dah la tu, makanan yang terdapat disekitar kawasan sini pun sedap-sedap especially bebola sotong yang dijual dekat stesen tu. Kepada peminat-peminat Gundam pula, dah tak payah susah-susah dah nak ke Odaiba, Tokyo untuk ambil gambar. Kat sini pun dah ada.

Perkhhh!!

Jika ada dikalangan pembaca yang bercadang nak datang melawat, anda boleh melayari halaman web Expocity di sini

All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Phonetography: Kyoto At Night

Sometimes the thing you need most isn't something new...Sometimes all that's needed is a change in the viewing angle of the look you take at what you have already..

All images copyright @ 2019 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday, 12 June 2019

More Pics From Our Mino Waterfalls Trip Last Autumn.

Naomi was right ! 
The pictures here cant do any justice to the beauty of this little paradise - Mino Waterfalls, Osaka Japan.

Enjoy !