Monday, 16 September 2013

Kyoto Dibedal Taufan Man-yi!

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita buruk !

 Khabar dari Kyoto menceritakan yang Sungai Kamogawa kini melimpah ke bandar-bandar berdekatan selepas Kyoto dibedal Typoon Man-yi. Selepas menonton berita NHK sebentar tadi, rupanya bencana alam kali ini yang agak besar. Lintas langsung stesen televisyen NHK dari jambatan Shijo menunjukkan arus deras Sungai Kamogawa yang mengalir dan beberapa kawasan berdekatan yang sudah ditenggelami air. Turut diberitakan tentang ratusan penerbangan yang terpaksa dibatalkan dan perjalanan keretapi Shinkasen yang tergendala.

Harap-harap tiada sebarang kemalangan jiwa. Kepada seluruh keluarga saya yang menetap disana, moga-moga anda berada dalam keadaan yang selamat.




All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.