Bayangkan betapa pantas Shinkansen ataupun keretapi peluru ini bergerak. Saya berlepas dari Stesen Kyoto awal jam 0617 pagi dan sampai di Nagoya pada jam 0650 pagi. Belum pun sempat habis membaca suratkhabar edisi pagi, saya telah sampai di Stesen Shin-Yokohama pada jam 0810 pagi dan kemudiannya tiba di metropolis Tokyo tepat jam 0830 pagi. Perkhhh ! Memang laju betul.
Selain dapat menjimatkan masa ianya juga kurang meletihkan kerana susunan tempat duduk yang disediakan amat luas serta cukup selesa. Satu lagi kehebatan Shinkansen ini adalah ketepatan masanya .Ianya jarang sekali lewat melainkan ada masalah teknikal yang kronik.
Namun begitu, harga tiketnya cukup mahal dan agak membebankan !
Adeh !
Jadual Awal Pagi
Shin Osaka - Kyoto - Nagoya - Shin Yokohama - Shinagawa - Tokyo
Peeep..Peeep..Ketibaan
Shinkansen N700 baru sampai dari Shin Osaka untuk mengambil penumpang di Kyoto.
Gerabak Panjang
Walaupun panjang, ianya memerlukan masa hanya 2 jam setengah untuk sampai ke Tokyo.
Siri N700
Berkeupayaan memecut sehingga 270 km -300 km sejam.
Sudah Bersedia Untuk Berlepas
Saya mengambil Shinkansen jam 0617 pagi untuk ke Tokyo dan harga tiket untuk waktu tersebut agak murah jika hendak dibandingkan dengan masa puncak.
Sudah Bergerak..............
Tata..Selamat Tinggal Kyoto.
(4 hari nanti saya pulang semula...)
Mewah & Selesa.
Interior dalaman yang lebih selesa dari pesawat penerbangan.
All rights reserved. All photos and content on this site are
exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights
reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content
found on this site.Thank you..