Saturday, 27 December 2014

Langkawi Wildlife Park : Mai Jangan Tak Mai !

Isteri saya, Naomi ada bercakap tentang peraduan fotografi yang sedang dianjurkan oleh pihak Langkawi Wildlife Park. Katanya, saya harus submit kesemua foto saya cepat-cepat kerana tarikh tutup penyertaan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apabila saya memberitahu Naomi yang saya tidak berminat dengan sebarang "pertandingan" ataupun "peraduan" kerana bencikan tekanan, beliau hanya ketawa panjang.........Rugi katanya kerana saya mempunyai banyak gambar-gambar haiwan liar yang saya ambil sewaktu saya melawat ke sana. Tidak mengapalah, mungkin bab-bab "pertandingan" ini bukan rezeki saya dan biarlah orang lain yang mencuba nasib untuk memenanginya.


Bercakap tentang Langkawi Wildlife Park , saya akui yang saya cukup kagum dengan pihak pengurusan taman hidupan liar ini. Memang terlalu banyak improvement yang telah dibuat dan saya amat kagum melihat ribuan tetamu yang tidak putus-putus datang sewaktu cuti sekolah ataupun hari-hari cuti umum. Saya juga mendapati majoriti kakitangannya cukup mesra pelanggan dan ini amat jarang sekali saya dapat lihat di taman taman hidupan lain yang pernah saya kunjungi. 

Tahniah untuk pihak pengurusan dan keep it up !

Kepada anda yang berhasrat untuk berkunjung datang ke Pulau Langkawi, Wildlife Park adalah salah satu yang harus anda kunjungi. Rugi besar sekiranya anda terlepas peluang untuk ke sini. Untuk makluman tentang waktu urusan, fasiliti dan harga tiket, anda boleh berkunjung ke sesawang Langkawi Wildlife Park .

Mai Jangan Tak Mai !






All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.