Himpunan Gambar-Gambar Musim Luruh Dan Pengalaman Berkualiti Bersama Keluarga Di Jepun.

Satu lagi siri "balik kampung" yang telah membawa saya merentasi tanah matahari terbit yang mana bukan hanya terkenal dengan kelembutan Geisha,tenunan sutera halus,teh hijau, samurai ataupun alunan muzik tradisional Koto. Kali ini, saya akan membawa anda untuk mengembara jauh ke kawasan pendalaman Jepun (ye lah, belakang rumah jer ni) di bandar kecil Uji, Kyoto untuk menikmati pemandangan musim luruh yang cukup cantik serta menakjubkan ini. Apa yang lebih menarik lagi, Uji adalah best kept secret untuk menikmati autumn kerana ianya jarang dikunjungi pelancong.

Untuk makluman, bukan senang untuk anda dapat menyaksikan kecantikkan dedaun momiji bertukar warna tanpa sebarang gangguan (tidak ramai pengunjung disini). Ini kerana kebanyakkan tempat-tempat di Kyoto ini akan penuh sesak dengan ribuan manusia sewaktu musim luruh sehinggakan anda tidak mampu untuk berjalan ataupun mengambil gambar-gambar untuk diabadikan bersama keluarga.

Kepada yang ingin datang ke Uji, anda boleh mengambil keretapi JR (bewarna hijau atau "teh susu") di Kyoto Station melalui pintu No 9 ataupun 10. Anda kemudiannya oleh turun di Stesen Uji dan berjalan kaki untuk ke sini yang terletak betul-betul di tepi Sungai Uji (10 minit berjalan kaki). Saya juga menyarankan supaya anda datang ke sini membawa bekalan makanan serta minuman seperti bento, onigiri ataupun roti kerana anda boleh berkelah sambil menikmati keindahan Sungai Uji bersama keluarga tersayang.

Selamat bercuti !

























All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you