Kalau tengok ke taraf ekonomi sekarang, keinginan hati untuk kembali ke kampung di Kyoto terpaksa ditangguhkan dulu bukan sebab kera a harga tiket penerbangan yang mahal tapi kerana kos daily expenses di sana yang semakin meroket.
Nak pendekkan cerita, seminggu perbelanjaan kau di sana adalah sama dengan total kos kau boleh belanja di Mesir. Bercakap mengenai Mesir, sudah berbulan homework saya lakukan dan insya allah, kalau ada rezeki memang saya nak merayau ke belah sana pula!
Bagi saya, Mesir adalah sebuah negara yang mempunyai kepentingan sejarah dan budaya yang amat unik dan sudah pasti ianya menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik
untuk para pengunjungnya. Walaupun ada beberapa cerita yang tak sedap didengar telinga terutamanya mengenai isu touts dan scammers yang berleluasa di sana dan pihak keselamatannya yang anti dron dan kamera DSLR,tapi jiwa tetap meronta-ronta untuk ke sana. Insya allah, semuanya akan OK sekiranya kita berhati-hati dan mematuhi segala aturan yang ditetapkan.
All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All
rights reserved.All photos and content on this site are exclusive
property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved.
Please email me and ask for permission before reposting any content
found on this site.
Thank you.