Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Friday, 5 July 2024

Harga Makanan Langkawi Boleh Pergi Tel Aviv Balik Hari ? Kau Biar Betul ?! (2024)

Harga makanan di Langkawi melampau? Pelancung rasa teraniaya bercuti di Langkawi? Ramai setuju harga makanan di Langkawi cekik darah? 

Itu headline berita tempoh hari dan rata-rata ramai nitizen bersetuju berdasarkan komen-komen pedas di halaman facebook dan juga IG.

Persoalannya.. betul ker?

Kalau nak ikut pengalaman saya sebagai orang luar dan telah tinggal di Pulau Langkawi selama lebih 26 tahun, rasanya komen-komen sebegitu adalah normal saja. Ada yang betul, ada yang tidak. Isu makanan mahal ni bukan saja ada di Langkawi. Mana-mana pun ada. Pulau Pinang, Melaka dan malah di Muar pun saya sendiri pernah kena "sembelih".

Salah siapa? Salah saya sendiri sebab salah pilih kedai makanan.


Dah jadi tabiat orang kita. Order dulu, ambil gambar untuk Instagram, makan, bertepuk tampar gembira dan kemudiannya menangis waktu nak bayar. Tanya la dulu berapa harganya sebelum nak pesan pun..Tengok la tempat, sesuai ker dengan saiz poket kita.

Pulau Langkawi ni macam tempat-tempat lain juga. Ada lubuk makanan murah, ada sarang makanan dari neraka memandangkan harganya yang tak masuk akal dan ada juga kedai harga marhain ala-ala amal jariah gitu.
 

Sebenarnya, tajuk atas tu bukan clickbait, tapi benda wujud. Berlambak-lambak kedai yang masih menjual nasi lemak sebungkus RM1, sebiji roti canai atau 3 biji kuih pada harga yang sama. Tak percaya? Nah tengok ni. Sarapan pagi ringkas sebegini hanya berharga RM2 di warung-warung tepi jalan sekitar Pulau Langkawi tetapi menu yang sama mungkin berharga 5 kali ganda sekiranya anda memilih restoran di hotel-hotel tepi pantai.


Come on lah! It’s a common sense by the way.  Bukan scam.  
 Apa-apa pun, pilihan ditangan anda. Tepuk dada, tanya selera. 
Insya allah semuanya okay saja


Anyway, bismillah.
 

All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday, 4 July 2024

Fenomena Malam : Antara Terang Bulan Dan Gemerlapan Bima Sakti.

Dengan segala macam light pollution di merata-rata tempat sekarang ni, ada lagi ke peluang nak cari Milky Way atau Bima Sakti pada waktu malam? 

Jawapannya ada! Tapi memang kena plan betul-betul. Kena buat homework sikit. Kena pastikan malam tersebut adalah malam yang tidak ada bulan dan kalau boleh carilah malam yang jangkaan rentangan Bima Saktinya timbul pada lewat malam atau awall pagi. Kalau ikut pengalaman, waktu paling best mencari Milky Way ni selalunya bermula pada akhir bulan May hinggalah lewat Oktober.Insya allah, gemerlapan lingkaran Bima Sakti memang akan muncul dalam kepekatan malam pada bulan-bulan tersebut.Cuba lah!
 
Berikut adalah beberapa foto Milky Way yang saya ambil sepanjang tahun lepas dan tahun ini di Pantai Tengah dan Gunung Raya di Langkawi, Kuala Perlis, Jalan Keretapi Lama di Alor Setar serta di Kuala Kedah. By the way, kalau tak bertemu dengan Bima Sakti, jumpa bulan separa penuh yang terjuntai di langit malam tu pun best juga! Selamat mengamati langit malam peeps! 
 
Enjoy the bliss. 








Sometimes I lose myself when I’m taking a photograph. For a moment, it felt like I’m floating in the night sky.



All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.



Wednesday, 3 July 2024

Diem Bakery Alor Setar. Best Ker?

 Sewaktu balik merayau di Alor Setar tempoh hari, saya sempat la juga bawa wife ke Diem Bakery yang terletak di Pekan Cina, betul betul di tengah bandar Alor Setar. Tempat dia OK saja. Tak terlalu bagus dan juga tak la teruk sangat. Harga senuanya macam cafe- cafe hipster lain juga. Apa apa pun, lemon tart dia memang best dan ini adalah salah satu faktor kami return semula untuk kali kedua.

Biggest setback Cafe Diem Bakery adalah parking area. Susah nak parking kalau anda datang waktu peak hours. Lain la kalau macam kami yang merayap naik scooter ni.

Ohhh.. by the way, ada dua Diem dekat sini. Satu Bakery dan satu lagi Cafe. Korang jangan tersilap terjah pula nanti !
 




All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.