Showing posts with label Musang King. Show all posts
Showing posts with label Musang King. Show all posts

Saturday, 6 July 2024

Raja Buah Pulau Kayangan Mai Dah! (2024)

 Sebelum tiba musim durian di Langkawi tempoh hari, kami sempat melawat ke kebun durian di atas bukit milik Ayah Harun, bekas pengasuh anak-anak waktu kecil dulu. 

Waktu sampai di kebun beliau, kelihatan banyak buah-buah durian muda yang sudah mula membesar namun banyak juga yang telah dicuri oleh tupai dan juga kera-kera liar. Kata Ayah Harun, itu dah rezeki haiwan-haiwan tersebut, jadi kita yang masuk tanam dalam kawasan dia ni kena la belajar berkongsi rezeki. 
 
Perkhh.. Tinggi ilmu dia. 
 

Durian kampung Langkawi ini mula meriah pada bulan June hingga August tiap-tiap tahun tetapi tidaklah semeriah seperri di tempat-tempat lain. Majoriti penduduk sini menanam hanya untuk makan dan bukan untuk berniaga.



Dek kerana permintaan yang tinggi tetapi bekalan buah yang terhad maka ianya menjaadi salah satu faktor kenapa buah durian kampung ini dijual agak mahal. Malah kebanyakkan buah-buah ini diniagakan terus dari ladang dan bukannya di tepi-tepi jalan.

 
By the way, orang tua-tua pesan, kalau nak beli buah yang murah, kenalah tunggu hari hujan. Kata mereka, buah durian tidak tahan bila terkena air dan ianya cepat merekah atau pecah. Selalunya buah-buah merekah ni dijual pada harga RM15-20 jer pun untuk sebakul! 



Antara beberapa buah muda yang terselamat daripada serangan haiwan perosak. 
Hilang sebiji pun makan modal ni.


Motosikal off road sebegini amat effective digunakan untuk lari daripada dikejar kera-kera liar, babi hutan dan langsuir dikala senja katanya 😂


All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.






Friday, 5 July 2024

Harga Makanan Langkawi Boleh Pergi Tel Aviv Balik Hari ? Kau Biar Betul ?! (2024)

Harga makanan di Langkawi melampau? Pelancung rasa teraniaya bercuti di Langkawi? Ramai setuju harga makanan di Langkawi cekik darah? 

Itu headline berita tempoh hari dan rata-rata ramai nitizen bersetuju berdasarkan komen-komen pedas di halaman facebook dan juga IG.

Persoalannya.. betul ker?

Kalau nak ikut pengalaman saya sebagai orang luar dan telah tinggal di Pulau Langkawi selama lebih 26 tahun, rasanya komen-komen sebegitu adalah normal saja. Ada yang betul, ada yang tidak. Isu makanan mahal ni bukan saja ada di Langkawi. Mana-mana pun ada. Pulau Pinang, Melaka dan malah di Muar pun saya sendiri pernah kena "sembelih".

Salah siapa? Salah saya sendiri sebab salah pilih kedai makanan.


Dah jadi tabiat orang kita. Order dulu, ambil gambar untuk Instagram, makan, bertepuk tampar gembira dan kemudiannya menangis waktu nak bayar. Tanya la dulu berapa harganya sebelum nak pesan pun..Tengok la tempat, sesuai ker dengan saiz poket kita.

Pulau Langkawi ni macam tempat-tempat lain juga. Ada lubuk makanan murah, ada sarang makanan dari neraka memandangkan harganya yang tak masuk akal dan ada juga kedai harga marhain ala-ala amal jariah gitu.
 

Sebenarnya, tajuk atas tu bukan clickbait, tapi benda wujud. Berlambak-lambak kedai yang masih menjual nasi lemak sebungkus RM1, sebiji roti canai atau 3 biji kuih pada harga yang sama. Tak percaya? Nah tengok ni. Sarapan pagi ringkas sebegini hanya berharga RM2 di warung-warung tepi jalan sekitar Pulau Langkawi tetapi menu yang sama mungkin berharga 5 kali ganda sekiranya anda memilih restoran di hotel-hotel tepi pantai.


Come on lah! It’s a common sense by the way.  Bukan scam.  
 Apa-apa pun, pilihan ditangan anda. Tepuk dada, tanya selera. 
Insya allah semuanya okay saja


Anyway, bismillah.
 

All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.