Thursday, 25 December 2014

Tokyo Disney Sea : Magikal, Cantik Tetapi Siap Sedia Untuk Beratur Panjang !

Ikhlas cakap. 
Isu beratur panjang serta bersesak-sesak dengan ribuan manusia yang packed macam ikan dalam tin sardine tidak menjadi halangan untuk saya kembali semula ke Tokyo Disney Sea. Malah, saya lebih bimbangkan cuaca sejuk di Jepun yang kadang-kadang cukup menyiksakan untuk orang yang datang dari negara tropika seperti saya.

By the way, kepada anda yang tidak mempunyai kesabaran yang cukup tinggi atau cepat naik angin, Tokyo Disney Sea bukanlah tempat yang sesuai untuk anda. 



Kepada yang selalu bertanya tentang foto-foto saya, tiada sebarang fancy kamera yang digunakan. Saya hanya menggunakan kamera Nikon D300 dan D3000 dilengkapi dengan lensa favourite saya iaitu Nikon 50mm f/2.8 dan Sigma 17-70mm f/2.8.

  

















All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 21 December 2014

Nagoya Night View : Isu Tripod Dan ISO Tinggi.

Minta maaf dengan kualiti gambar untuk malam ini. Kesemua foto-foto ini diambil tanpa menggunakan tripod sebaliknya hanya bertongkatkan dengan lengan dan juga dagu. Saya juga terpaksa dial ISO sehingga 1600 ( Nikon D300 ) untuk mendapatkan cahaya yang lebih dan sudah tentu terdapat noise pada sesetengah gambar akibat bukaan ISO yang tinggi. Inilah padah mengambil mudah perjalanan tanpa perancangan sehinggakan tripod yang sebegitu penting pun boleh tertinggal didalam bilik !

Oh Ya ! Gambar-gambar dibawah diambil pada jam sekitar 7 malam berhampiran Oasis 21, Sunshine Sakae dan Nagoya TV Tower di Nagoya, Jepun. By the way, terima kasih juga kepada pihak AirAsia X kerana menyediakan tiket penerbangan yang cukup murah sehinggakan saya kini bertukar arah dari airport Kansai ke Chubu Central Airport

Muah !








All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday, 20 December 2014

JR Shinkansen N700 Nozomi Super Express - Laju Macam Peluru.

Bayangkan betapa pantas Shinkansen ataupun keretapi peluru ini bergerak. Saya berlepas dari Stesen Kyoto awal jam 0617 pagi dan sampai di Nagoya pada jam 0650 pagi. Belum pun sempat habis membaca suratkhabar edisi pagi, saya telah sampai di Stesen Shin-Yokohama pada jam 0810 pagi dan kemudiannya tiba di metropolis Tokyo tepat jam 0830 pagi. Perkhhh ! Memang laju betul.
Selain dapat menjimatkan masa ianya juga kurang meletihkan kerana susunan tempat duduk yang disediakan amat luas serta cukup selesa. Satu lagi kehebatan Shinkansen ini adalah ketepatan masanya .Ianya jarang sekali lewat melainkan ada masalah teknikal yang kronik.

Namun begitu, harga tiketnya cukup mahal dan agak membebankan !
Adeh !


Jadual Awal Pagi
Shin Osaka - Kyoto - Nagoya - Shin Yokohama - Shinagawa - Tokyo


Peeep..Peeep..Ketibaan
Shinkansen N700 baru sampai dari Shin Osaka untuk mengambil penumpang di Kyoto.


Gerabak Panjang
Walaupun panjang, ianya memerlukan masa hanya 2 jam setengah untuk sampai ke Tokyo.


Siri N700
Berkeupayaan memecut sehingga 270 km -300 km sejam.


Sudah Bersedia Untuk Berlepas
Saya mengambil Shinkansen jam 0617 pagi untuk ke Tokyo dan harga tiket untuk waktu tersebut agak murah jika hendak dibandingkan dengan masa puncak.


Sudah Bergerak..............


Tata..Selamat Tinggal Kyoto.
(4 hari nanti saya pulang semula...)


Mewah & Selesa.
Interior dalaman yang lebih selesa dari pesawat penerbangan.


All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you..

Thursday, 18 December 2014

Otagi Nenbutsu-ji , おたぎねんぶつじ :1200 Penunggu Hutan Arashiyama (Part 3).

Anak-anak saya telah membuat keputusan yang Otagi Nenbutsu-ji  おたぎねんぶつじ  ini adalah tempat lawatan ketiga terbaik pernah mereka lawati di Jepun (selepas Tokyo's Disney & Tanukitanisan Fudouin). Saya percaya mereka begitu excited melihat expresi muka patung-patung "rakan" yang terdapat disini dan juga ianya agak less crowed kalau hendak dibandingkan dengan kuil-kuil lain di Kyoto.

Pada mereka, ini bukanlah lawatan yang terakhir meraka ke sini kerana masing-masing ingin datang semula mungkin pada musim yang berbeza.

Mungkin pada musim salji nanti..

Insya allah.


















All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.

Tuesday, 16 December 2014

Otagi Nenbutsu-ji , おたぎねんぶつじ :1200 Penunggu Hutan Arashiyama (Part 2).


Take note satu perkara.
Jangan cuba untuk berjalan kaki dari jambatan Togetsukyo di Arashiyama untuk ke Otagi Nenbutsu-ji. Walaupun arah jalan yang ditunjukkan nampak ianya seakan-akan dekat tetapi Otagi Nembutsuji ini agak jauh. Nasihat saya, naik sahaja bas yang lalu lalang di sekitar pekan kecil Arashiyama ini untuk ke sana. Ianya hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai. Untuk makluman, Kuil Otagi Nenbutsu-ji ini terletak betul-betul di tepi jalan dan sekirannya anda bimbang dan takut terlepas, pesan saja kepada abang pemandu bas untuk berhenti di hentian tersebut.
Oh Ya ! Untuk pedoman, kuil ini terletak sebelum anda memasuki terowong bawah tanah untuk ke Gunung Atago.
Nah, saya sertakan beberapa shots lagi semasa saya berada di sana.










 


Map untuk ke sana ( kredit kepada official page Otagi Nenbutsuji )







All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.

Sunday, 14 December 2014

Otagi Nenbutsu-ji , おたぎねんぶつじ :1200 Penunggu Hutan Arashiyama, Kyoto.


Seisi kembara ke Otagi Nenbutsu-ji ( おたぎねんぶつじ ) di pergunungan Kyoto pagi ini betul-betul membuat saya berasa seperti protagonist Aragorn yang menyeru "King Of The Dead" untuk keluar lalu mengetuai "Army Of The Dead" menyerbu masuk ke medan perang di Minas Tirith dalam filem epik fantasi Lord Of The RingApa tidaknya, sebaik sahaja saya melangkah masuk ke perkarangan Otagi Nenbutsu-ji sebentar tadi, saya terasa seperti banyak mata yang sedang memandang sambil mengawasi segala gerak-geri saya. 





 





Walaupun semua 1200 Jizo yang terdapat disini bukanlah puaka seperti Dead Men of Dunharrow ataupun Oathbreakers yang disumpah oleh Isildur lalu menjadi penunggu di White Mountains, tetapi kewujudan batu-batu Jizo disini dengan suasana persekitaran yang cukup suram , sejuk dan sunyi memang membuatkan hutan ini seperti dihuni ribuan puaka !



Aragorn dan The Dead Army didalam filem Lord Of The Ring , filem arahan Peter Jackson.
(Foto dari Google)






All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.