Wednesday 20 May 2015

Fall Colors : Shhh...Can You Hear The Whispers Of Autumn Wind.

Left another 5 months......Tik,tok,tik,tok.....
Walaupun bulan Oktober nanti bukanlah peak untuk musim luruh di Kyoto tetapi saya tahu tempat-tempat "rahsia" untuk mencari dedaun kuning pepohon Ginkgo dan Momiji itu nanti. Apa-apa pun, peluang untuk ke pesta Jidai Matsuri dan Kurama No Hi-Matsuri  juga tidak harus dilepaskan kerana telah tujuh tahun saya missed kedua-dua acara besar Kyoto tersebut. 

By the way, ini adalah gambar musim luruh sewaktu musim "sejuk" di Nagoya tempoh hari...Ramai yang melahirkan rasa tidak percaya kepada saya kerana musim luruh selalunya berakhir pada bulan November di Jepun. 
Haha !













Tuesday 19 May 2015

Kyoto Travelogue: Kuasa Mistik Daruma だるま.




Patung comel ini dikenali sebagai Daruma. Selalunya, ia berwarna merah dan banyak dijual di kedai-kedai hiasan dan cenderahati di Kyoto, Jepun. Dikatakan daruma ini adalah azimat ajaib dan ramai yang percaya ianya boleh mendatangkan rezeki dan mampu memenuhi segala impian seseorang. Oleh kerana daruma ini cukup popular, ianya selalu dibeli dan dihadiahkan sebagai cenderahati kepada rakan-rakan ataupun sanak-saudara sebagai simbol "good luck" ataupun "motivasi" kepada mereka..





Sepanjang pengetahuan saya, tiada sebarang jampi serapah ataupun mentera digunakan sewaktu mereka berdoa untuk sesuatu dihadapan daruma ini. Apa yang selalu mereka lakukan hanyalah melukis bebola mata daruma pada sebelah bahagian sahaja dan sebahagian lagi dibiarkan kosong. Mengikut lagenda, ianya sebagai motivasi kepada daruma untuk memperkenankan segala hajat kita. Sebelah mata lagi hanya akan dilukis sekiranya kita mendapat apa yang kita hajati dan ianya juga dikira sebagai hadiah kepada daruma untuk melihat kejayaan tersebut.

Pelik ? Memang pelik pun !

By the way, posting hari ini hanyalah sebagai informasi dan ianya bukanlah bertujuan untuk meracuni pemikiran untuk mempercayai perkara syirik ataupun memesongkan akidah pembaca. Saya percaya patung daruma ini tidak mempunyai kuasa mistik ataupun magik apatah lagi kuasa untuk memenuhi segala hajat seseorang. Apa yang baik itu hanya datang dari Allal swt jua.



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday 18 May 2015

Jiu Roku Zakura 十六桜 : Kasihnya Hingga Bercerai Nyawa Dengan Badan.

Saya pernah terbaca satu cerita pelik tentang sepohon pokok sakura tua yang terletak di Wakegori (Wilayah Ehime) yang diberi nama " Jiu Roku Zakura" ataupun "pohon sakura hari ke enam belas". Ada pun cerita rakyat ini cukup terkenal kerana ianya pernah ditulis oleh Lafcadio Hearn dalam buku klasik "Kwaidan" pada tahun 1904, namun cerita ini masih  popular sehingga ke hari ini. 
 
( Sepohon pokok sakura weeping willow berhampiran rumah saya di Uji-shi di Kyoto.Untuk makluman, majority pohon sakura hanya berbunga pada penghujung bulan March dan berakhir pada minggu pertama bulan April )
 

 Diceritakan tentang kisah seorang samurai mempunyai sepohon pokok sakura yang tumbuh mekar dihalaman rumahnya. Kononnya, pohon ini telah mekar semenjak zaman berzaman serta bergenerasi usianya. Mengikut cerita itu lagi, samurai tersebut selalu bermain dibawah pohon sakura ini semasa zaman kecilnya sambil berlari-lari, menulis syair dan memuji akan kecantikan pohon tersebut dikala musim bunga. Hari berganti hari,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun dan samurai tersebut terus hidup lalu menjadi tua. Oleh kerana usianya yang terlalu tua, maka tiada siapa lagi yang tinggal bersamanya kerana kesemua anak-anak serta isterinya telah lama mati lalu tinggallah beliau bersama pohon sakura tersebut. Pada satu hari dalam musim panas sewaktu beliau keluar ke halaman rumah, beliau mendapati yang pohon tersebut telah layu dan hampir mati lalu timbulah perasaan sedih yang amat sangat dalam diri beliau.

Menyedari akan kesedihan beliau, pelbagai cara telah dilakukan oleh jiran-jiran untuk menghiburkan samurai tua tersebut termasuklah menanam semula anak-anak pohon sakura yang baru dengan harapan beliau akan kembali gembira.Walaupun beliau berterima kasih dan berpura-pura gembira atas segala usaha yang telah dilakukan, namun hatinya tetap sedih kerana beliau masih tidak dapat menerima kenyataan pohon sakura yang amat disayanginya itu akan mati.

Akhirnya datanglah kepadanya satu idea bagaimana untuk menghidupkan semula pohon sakura tersebut. Pada satu hari keenam belas bulan pertama (Januari?), beliau keluar semula kehalaman rumahnya lalu duduk bersujud menyembah kepada pohon sakura yang layu itu. Beliau merayu dan memohon agar pohon tersebut untuk mekar sekali lagi. Beliau juga bersumpah sanggup bertukar nyawa agar pohon tersebut hidup semula lalu beliau menawarkan nyawanya sebagai tukar ganti. Beliau kemudiannya menghamparkan kain putih lalu duduk diatasnya sambil menyempurnakan upacara "Seppuku" ataupun "harakiri" iaitu ritual bunuh diri bagi golongan samurai. Beberapa ketika selepas beliau membunuh diri, pohon sakura tersebut berkembang semula dan bunga-bunganya mula keluar melalui ranting walaupun hari tersebut adalah hari ke enam belas musim sejuk pada bulan yang pertama. Dipercayai roh samurai tersebut telah memasuki kedalam pohon sakura itu dan setiap tahun ia masih mekar pada hari ke enam belas bulan pertama walaupun ketika musim salji.

 *********


Naomi dan Erika dibawah rimbunan pohon sakura berhampiran pintu utama Heian Shrine di Kyoto. Setiap kali saya ternampak pepohon sakura sebegini mekar pada malam yang sejuk, cerita "Jiu Roku Zakura" akan berlegar-legar didalam kotak pemikiran saya.
Seram tetapi menyedihkan.






All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Saturday 16 May 2015

Cerita Asakusa, Tokyo Sky Tree Dan CGPA 3.85 !

Saya merayau-rayau sekitar Asakusa dan Tokyo Sky Tree sementara menunggu sistem keretapi bawah tanah pulih semula. Mungkin atas masalah teknikal, pihak berkenaan memberitahu yang mereka terpaksa mengambil masa beberapa jam untuk dibaiki.
Selain tidak berhenti-henti memohon maaf , timbul pula rasa kasihan apabila melihat 2 staff kaunter tiket serta uncle-uncle pengawal keselamatan terbongkok-bongkok memohon maaf kepada penumpang atas segala kesulitan tersebut. Memang respect to them !
 
Saya yakin perkara sebegini tidak ada ditempat kita. Kalau ada pun, bukannya permohonan maaf yang kita dapat tapi kena maki lagi ada la..Silap-silap siap kita pula diajak berlawan tumbuk ! Adeh !
 
----------------------
 
Sekadar berkongsi pengalaman. Setelah lebih 7 tahun saya berulang-alik ke Jepun, saya mendapati sistem pembelajaran Jepun tidak memaksa kanak-kanak yang berumur  6-12 tahun untuk melalui proses peperiksaan tahunan atau sebarang ujian membezakan antara siapa cerdik atau tidak. Apa yang diutamakan atau diajar guru adalah adab serta tatasusila dalam menjalani kehidupan seharian. Oh Ya! Saya juga diberitahu yang CGPA para menterinya bukanlah hebat ataupun pada rating 3.85 seperti pembesar-pembesar kita tetapi persoalannya mengapa mereka lebih cemerlang dan beradap daripada kita ?    
 
 




 
 






All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Friday 15 May 2015

Nagoya : 素晴らしい紅葉でした Amazing Fall Colors..

Sit back, relax and enjoy.
Nagoya : 素晴らしい紅葉でした, Amazing fall colors.















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Wednesday 13 May 2015

Low Key Photography : Percubaan Pertama Dengan Nikon D300 & Nikon SB800.


Ini adalah gambar pertama saya dengan teknik low key photography. Walaupun saya agak happy dengan hasilnya, tetapi saya akui banyak lagi yang saya perlu belajar dan memperbaiki teknik fotografi ini. By the way, saya sengaja tidak menggunakan contrast yang terlalu tinggi kerana tidak mahu "mengotorkan" potret Naomi.
 
Oh Ya. Bercakap tentang low key fotografi , teringat pula saya kepada lukisan-lukisan "chiaroscuro" zaman Renaissance. Untuk makluman, teknik low key ini juga sama seperti lukisan teknik "chiaroscuro" dimana kesan dramatik cahaya pada kawasan terang dan gelap nampak agak begitu ketara.





All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Sunday 10 May 2015

Tokyo Honda Welcome Plaza Aoyama !

Naomi dan anak-anak berhasrat untuk datang ke Honda Welcome Plaza di Tokyo hanya untuk satu perkara - melihat robot ASIMO dengan mata sendiri ! Saya pula bercadang untuk ke sini juga kerana satu benda - "berkenalan" dengan lebih dekat Honda HRC CBR 1000RR SP. So, lawatan kali ini adalah adil untuk semua.

 Alhamdulillah, tidak ramai pengunjung yang datang sewaktu saya berada disini. By the way, selain daripada mempamerkan motorsikal berkuasa tinggi, terdapat juga beberapa jenis kereta Honda yang dipamerkan disini. Tetapi ianya agak terhad.


Hmmm... Tiada apa yang lebih menarik selain dapat menikmati secawan kopi panas pada musim sejuk sambil melihat robot ASIMO menari dan menyanyi diatas pentas !

















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Saturday 9 May 2015

Odaiba Gundam & Supermoon : Lonely In The Midst Of A Bustling City.

Lonely in the midst of a bustling city..... 
 
Nikon D300 with Sigma 17-70mm f/2.8.



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com 
All rights reserved.


All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday 6 May 2015

The Bodyguard From Tokyo : Kusunoki Masashige.


The mighty Kusunoki Masashige -14th century samurai who fought for Emperor Go Daigo.
All photos taken during my previous visit to Tokyo, Japan.  












All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.

Sunday 3 May 2015

Alor Setar Tower : スターライトパレード ( Starlight Parade !! )


The Alor Setar Tower's Illuminations  2015. Welcome to the starlight parade !





All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Wednesday 29 April 2015

Masjid Zahir : Lambang Hubungan Erat Antara Raja Dan Rakyat !


 

Minta maaf atas kualiti gambar yang agak kurang memuaskan. Ada beberapa benda dan perkara yang saya terlupa bawa bersama sewaktu kepulangan kali ini. Antaranya adalah tripod, masa dan juga skill fotografi :(   
 
Gambar diambil secara hand held jer ni.




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.

Tuesday 28 April 2015

Menara Alor Setar : Tinggi Melayup Aiiihh !!!!

Ada satu perkara yang membuatkan Menara Alor Setar lebih baik daripada Tokyo Sky Tree ataupun Kyoto Tower di Jepun ! Saya agak suka dengan cara kawasan dibawah menara tersebut diubah suai sebagai kawasan permainan kanak-kanak dan gerai-gerai makanan. Dan apa yang menarik lagi, ianya cukup bersih !

Sebagai anak jati Alor Setar, saya cukup berbangga dengan kemajuan sebegini  dan moga-moga kebersihan dan sambutan hebat umum terhadap Menara Alor Setar berkekalan. Tahniah kepada pihak Telekom Malaysia dan badan-badan berkaitan !



Nikon D300 / Nikon 18-55mm /  ISO 200 / 25 sec / F/22 / Digital Blended.



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.

Wednesday 22 April 2015

Siakap Merah : Petua Dan Cara Memburu Spesis Tersebut.



 

Berikut adalah beberapa fakta dan pengalaman saya sepanjang memburu ikan siakap merah.
 
 

-Saya percaya ikan siakap merah bergerak secara berpasangan. Bukan satu,bukan sepuluh tetapi dua ekor.
 
-Pengalaman juga menyebabkan saya percaya yang ikan siakap merah galak menyambar umpan sewaktu air mula bergerak naik dan sewaktu bergerak turun. Saya belum pernah dapat spesis ini sewaktu air pasang penuh.
 
-Waktu terbaik memburu ikan siakap merah adalah ketika hari yang air pasangnya mula naik sewaktu senja hingga ke awal pagi.
 
- Otai-otai kaki pancing boleh mengatakan apa saja umpan yang mereka fikirkan bagus tetapi saya berpendapat hirisan ikan kembung segar adalah yang terbaik
 
- Untuk pemancing tepi pantai berbatu, siakap merah kerap menyerang umpan yang dilemparkan berdekatan bongkah bongkah batu, batu timbul ataupun tepi-tepi struktur laut.

 

 
- Saya belum pernah mendapat ikan siakap merah pada siang hari. Kalau ada pun hanya bersaiz juvenile  (Melainkan casting ataupun memancing di tukun.)  
 
- Di Pulau Langkawi, ikan siakap merah kerap diburu di tebing batu berhampiran Sheraton Langkawi Resort hinggalah ke kawasan jeti Harbour Park.
 
- Saya juga pernah mendengar ikan siakap merah bersaiz  mega banyak dipancing di sekitar Teluk Datai , Langkawi Water Breaker dan juga paya bakau di Tanjung Rhu.
 
- Kata orang tua-tua, ikan siakap merah tidak makan umpan sekiranya ternampak nyalaan api dari puting rokok - saya agak bersetuju dengan kenyataan ini.
 
- Siakap merah tidak makan umpan ketika bulan terang ? Mitos! saya pernah mendapat
siakap merah di Sungai Kuah pada malam bulan penuh sewaktu saya keluar mencari ikan bulan tempoh hari.
 
- Saiz tali perambut 40 adalah yang terbaik.



Errrr....Ini bukan siakap merah tetapi dipanggil ikan Sharifah Aini.







All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.