Saturday, 29 July 2017

Kyoto Koto Hajime : Khas Kepada Semua Peminat Maiko, Geiko & Geisha !

Sekiranya anda betul betul ingin melihat Geisha, Maiko dan Geiko, jangan lupa untuk datang ke Gion, Kyoto pada 13hb Disember setiap tahun kerana pada hari inilah perayaan Koto Hajime disambut meriah disini. Perjumpaan sesama mereka ini selalunya akan bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada awal tengah hari. 

Pastikan bekalan air minuman yang cukup, payung serta kamera dibawa bersama kerana terlalu ramai pelancung-pelancung lain yang bersesak-sesak berbaris untuk melihat perayaan ini. Pastikan anda betul betul "menjaga" ruang baris anda kerana sekiranya anda tinggal walaupun untuk sementara, pastinya ia akan diambil alih oleh pengunjung lain.

Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang diambil tempoh hari.






















All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you


Saturday, 3 June 2017

Kemas Kini Blog: Selesai Sudah Projek Bobber V5.

Hampir 3 bulan saya langsung tidak mengemas kini halaman blog saya kerana faktor kerja dan juga terlalu sibuk dengan projek motosikal kostum. Tetapi, alhamdulillah, hari ini sempena hari ke 8 bulan Ramadhan, saya tiba-tiba mempunyai masa terluang untuk saya update beberapa keping gambar lagi mengenai projek motosikal saya yang telah pun selesai.
 
Insya allah, semiggu dua nanti saya akan kembali with full force untuk menulis semula.  













 


 All images copyright © 2017 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.


Thursday, 23 February 2017

Bobber Project : Cubaan Cobra Stripe & Double Barrel Pada Vulcan V5?

Untuk makluman, bobber saya telah pun siap dan alhamdulillah saya cukup berpuas hati dengan reka bentuk tersebut. Sebelum saya upload lebih banyak lagi gambar-gambar yang telah siap, saya sertakan disini beberapa keping gambar lagi untuk tatapan umum.













All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday, 18 February 2017

Week 5: Vulcan V5 Yang Hampir Siap.

Insya allah !
Kalau tiada apa-apa halangan, motosikal V5 kustom aya akan siap pada hujung minggu nanti. Selepas sebulan lebih saya tinggalkan di garaj mtosikal "Din Moto", hari ini  dapati pemasangan tayar "white wall" serta cat-cat pada bahagian yang simple telah lengkap sempurna. 
 
Tunggu lah !
 
 
 




 
 
 
 All images copyright © 2017 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday, 28 January 2017

Photo Op: "Siberian Tiger" Di Osaka Aquazoo,NIFREL .

Sewaktu saya di Osaka tempoh hari, saya sempat juga melawat Aquazoo, NIFREL yang terletak berhampiran stadium utama pasukan bolasepak J-League Gamba Osaka. Osaka Aquazoo yang terletak di perkarangan Osaka Expo City ini agak mudah untuk dilawati kerana ianya betul-betul terletak bersebelahan stesen keretapi di Expo City.

Untuk makluman, selain daripada terdapatnya model robot GUNDAM yang menjadi tarikan utama untuk pengunjung datang ke sini, Aquazoo juga ada mempamerkan haiwan-haiwan liar yang jarang dapat kita lihat di luar sana seperti harimau Siberia yang cukup "manja" ini.

Anda boleh melayari halaman utama NIFREL sekiranya berminat untuk datang ke sini.









All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.