Saturday, 28 March 2015

Jupiter Down : Siri Latihan Jupiter Aerobatic Indonesia Sebelum Nahas.

Seumur hidup saya, ini adalah kali pertama saya menyaksikan sendiri kemalangan udara. Bukan satu tetapi 2 kapal terbang serentak. Walaupun ianya hanyalah pesawat kecil, tetapi dentuman dan letupan udara tersebut cukup kuat malah saya akui agak menggeletar menyaksikan peristiwa tersebut. Apa yang saya nampak kemudiannya adalah 4 payung terjun kecil melonjak keluar daripada dua pesawat malang tersebut selepas ledakan dan langit mula dipenuhi dengan kepulan asap-asap hitam. Kepingan- kepingan kecil daripada sayap pesawat kelihatan berterbangan di udara.

Alhamdulillah. Selepas beberapa jam kemudian, saya diberitahu yang keempat-empat juruterbang daripada pasukan Tentera Udara Indonesia tersebut selamat tetapi sebuah rumah dan kereta penduduk tempatan musnah sama sekali.

Oleh kerana kehilangan 2 pesawat jenis KT-1B Wongbee tersebut, akhirnya pasukan Jupiter Aerobatic Indonesia membuat keputusan untuk menarik diri daripada pertunjukkan LIMA 2015 kali ini. Kehilangan mereka agak dirasai pada pertunjukkan kali ini kerana aksi mereka cukup memukau sewaktu LIMA 2013 yang lalu.

Bagaimanapun, saya agak bertuah kerana berjaya merakamkan beberapa gambar siri latihan mereka sebelum ditimpa kecelakan tempoh hari.
  
Gambar-gambar ini diambil pada hari yang sama dan beberapa saat sebelum kemalangan tersebut...Orang putih kata 'seconds before disaster....'

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.
 
Friday, 27 March 2015

LIMA 2015 - RMAF Lockheed C-130 Hercules

Ini adalah kali pertama saya melihat pesawat C-130 Hercules TUDM berwarna celoreng (camouflage). Lebih gempar lagi ianya turun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sewaktu pertunjukkan udara LIMA 2015 tempoh hari.

Mati-mati saya ingatkan ianya milik pasukan Tentera Udara Amerika ataupun Tentera Udara Thailand yang selalu datang ke sini.
  
Comel lah !

Impak LIMA terhadap kanak-kanak cukup ketara. Apabila ditanya apa cita-cita mereka apabila besar nanti, hampir kesemuanya memberi jawapan yang sama - Pilot !!!!

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday, 26 March 2015

Welcome Home : RMAF Atlas Airbus A400

Bigger & Better.
Introducing the newest member of the Royal Malaysian Air Force (RMAF) - the Airbus A400M Atlas strategic airlifter. The pride of RMAF (TUDM).

All  photos taken in March during LIMA 2015 @ Pulau Langkawi Malaysia.

 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Wednesday, 25 March 2015

Sukhoi Su-30MKM : So Long Langkawi !

Hampir kesemua pesawat Sukhoi 30MKM milik TUDM kini telah mula meninggalkan Pulau Langkawi lalu kembali semula ke airbase masing - masing. Senyap sunyi Pulau Langkawi semenjak kebelakangan ini. Tiada lagi kedengaran dentuman enjin pesawat Sukhoi membelah langit Langkawi.

Moga berjumpa lagi kita pada LIMA 2017 nanti.

Insya Allah !

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Tuesday, 24 March 2015

The Fighting Falcons: RSAF Black Knights At LIMA 2015

 Untuk makluman, Republic of Singapore Air Force (RSAF) telah menampilkan dua pesawat F-16C Fighting Falcons di Pulau Langkawi sewaktu pertunjukkan udara LIMA 2015 tempoh hari. Selain daripada berjaya memukau semua pengunjung yang datang dengan aksi vertical twist dan mirror pass mereka , color scheme pada badan pesawat pejuang ini juga cukup striking dan menarik .

Cuba anda lihat. 

Apa komen saudara ?

 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday, 23 March 2015

LIMA 2015 : High Octane Photography !

Saya shoot kesemua foto-foto ini hanya dengan menggunakan kamera "crop body" Nikon D300 & D3000 disulami dengan beberapa lensa amatur seperti Sigma 300mm & Tamron 70-200 f/2.8. Saya yakin foto-foto ini akan kelihatan lebih menarik dan tajam sekiranya saya mempunyai kamera full frame bersama lensa-lensa monster seperti Nikon 400mm f/4 ataupun Nikon 600mm f.4.

Insyaallah,  kalau ada rezeki dan umur panjang , saya akan cuba mengambil gambar-gambar yang lebih baik pada LIMA 2017 untuk dikongsi bersama. Terima kasih kepada 130,000 pengunjung yang datang pada hari-hari terakhir LIMA dan ianya adalah rekod pengunjung tertinggi pernah dicatatkan.

Pesawat TUDM Hawk mengiringi Airbus A400 Atlas milik TUDM

F/A-18 Hornet TUDM mempamerkan aksi menarik di LIMA 2015 baru baru ini.

Sukhoi Su-30MKM bersama 4 pesawat Hawk dan juga F/A-18. Kesemua ini adalah aset TUDM yang dipamerkan di LIMA 2015.

3 pesawat Sukhoi SU-30MKM merentasi puncak Gunung Mat Chinchang di Pulau Langkawi.

Sukhoi Su-30MKM TUDM.

4 gambar F/A-18 Hornet milik TUDM.

 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Sunday, 22 March 2015

Supermaneuverability : RMAF SUKHOI SU-30MKM.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.  
Thank you.

LIMA 2015 : August 1st Aerobatic Team , PLA China.

Saya rasa pasukan aerobatic "August 1st" dari Negara China ini mampu melakukan aksi yang lebih baik daripada apa yang telah mereka pamerkan. Saya juga percaya populariti pasukan ini lebih terarah kepada juruterbang Chengdu J-10 wanitanya dan bukannya disebabkan keupayaan aerobatik mereka itu sendiri.

 Rata-rata pengunjung yang datang lebih terarah kepada pasukan-pasukan lain seperti RSAF-Black Knights, UAE Al Fursan dan juga RMAF Sukhoi SU-30 MKM. Harus diingatkan yang penduduk tempatan agak fussy apabila bercakap tentang persembahan aerobatic. memandangkan pendedahan mereka terdahulu terhadap pertunjukkan udara LIMA yang mana pernah dihadiri oleh nama nama besar lain British RAF Red Arrow dan juga Russian Knights dan.     

Apa-apa pun, terima kasih "August 1st"  - jumpa lagi pada LIMA 2017 nanti ! 

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.  
Thank you.

Saturday, 21 March 2015

Dassault Rafale : Au Revoir LIMA 2015 !

Hari ini adalah hari terakhir pertunjukkan udara LIMA 2015. Kelihatan lautan manusia membanjiri kawasan tarmac Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Kelihatan pesawat pejuang Dassault Rafale membuat persembahan terakhir sebelum berangkat pulang. Pesawat yang pernah terlibat dalam perang di Afghanistan, Libya, Mali dan Iraq ini dikatakan adalah calon utama untuk menggantikan pesawat TUDM MiG-29N.
Entah betul atau tidak, wallahualam.

Apa-apa pun, besar sangat harapan saya sekiranya pihak Dassault Aviation dapat datang lagi ke Pulau Langkawi untuk LIMA  pada tahun 2017 nanti. 

Au revoir Rafale, see you again in 2017.