Saturday, 28 March 2015

Jupiter Down : Siri Latihan Jupiter Aerobatic Indonesia Sebelum Nahas.


Seumur hidup saya, ini adalah kali pertama saya menyaksikan sendiri kemalangan udara. Bukan satu tetapi 2 kapal terbang serentak. Walaupun ianya hanyalah pesawat kecil, tetapi dentuman dan letupan udara tersebut cukup kuat malah saya akui agak menggeletar menyaksikan peristiwa tersebut. Apa yang saya nampak kemudiannya adalah 4 payung terjun kecil melonjak keluar daripada dua pesawat malang tersebut selepas ledakan dan langit mula dipenuhi dengan kepulan asap-asap hitam. Kepingan- kepingan kecil daripada sayap pesawat kelihatan berterbangan di udara.





Alhamdulillah. Selepas beberapa jam kemudian, saya diberitahu yang keempat-empat juruterbang daripada pasukan Tentera Udara Indonesia tersebut selamat tetapi sebuah rumah dan kereta penduduk tempatan musnah sama sekali.


Oleh kerana kehilangan 2 pesawat jenis KT-1B Wongbee tersebut, akhirnya pasukan Jupiter Aerobatic Indonesia membuat keputusan untuk menarik diri daripada pertunjukkan LIMA 2015 kali ini. Kehilangan mereka agak dirasai pada pertunjukkan kali ini kerana aksi mereka cukup memukau sewaktu LIMA 2013 yang lalu.




Bagaimanapun, saya agak bertuah kerana berjaya merakamkan beberapa gambar siri latihan mereka sebelum ditimpa kecelakan tempoh hari.
  



Gambar-gambar ini diambil pada hari yang sama dan beberapa saat sebelum kemalangan tersebut...Orang putih kata 'seconds before disaster....'








All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.