Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum.
Di sini saya, Naomi,Nana dan Erika ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam! Semoga Hari Raya kali ini anda dapat menyambutnya dengan penuh kasih sayang, aman dan dilimpahi kemakmuran.


Seperti tahun-tahun yang lalu, sambutan Hari Raya di sambut secara sederhana oleh seluruh keluarga. Apa yang menariknya tentang Hari Raya tahun ini adalah, saya mencuba kembali segala resipi masakan arwah emak dan alhamdulillah ianya betul-betul menjadi dan cukup sedap terutama sekali masakan nasi carrot dan rendang daging ini. Moga-moga roh emak dicucuri rahmat.
 Amin !!

 Nikon D3000 50mm F/1.8 ISO200  1/80 sec

Nasi Carrot ( Carrot Rice)

Nikon D3000 50mm F/1.8 ISO200  1/80 sec

Rendang Daging ( Beef Curry)

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa jenis kuih lain yang dibeli oleh Naomi untuk menjadi hidangan buat rakan-rakan dan kanak-kanak yang datang ke rumah nanti :)














All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.