I wrote ( in Malay):
Kepada saudara Barack Obama. Esok, genap sudah 65 tahun bandar Hiroshima di bom oleh pasukan tentera udara Amerika. Terbalas sudah dendam Amerika terhadap Jepun kerana serangan mereka terhadap Pearl Harbour dan " Pacific fleet " pihak saudara.Saya menjangkakan yang pihak saudara pasti menyambut meriah ulang tahun serangan keatas Hiroshima dan berbangga dengan kebolehan Kolonel Paul Tibbets dan pasukan B-29 Enola Gay yang menjatuhkan bom atom pertama pernah disaksikan dunia pada awal pagi Isnin,6hb Ogos 1945 di Hiroshima. Untuk makluman saudara, lebih 166 000 orang termasuk kanak-kanak tidak berdosa mati rentung akibat pengeboman tersebut, ramai juga yang menjadi cacat akibat radiasi melampau dan dunia pasti tidak akan pernah melupakan sejarah kezaliman Amerika. Saya juga yakin yang seluruh warga dunia dan khususnya warga Hiroshima tidak akan dapat memaafkan Jeneral Leslie Groves dan si genius Robert Oppenheimer kerana terlibat didalam "Projek Manhattan" untuk mencipta bom atom dan mengubah sejarah dunia.
Gambar serangan pagi Isnin, 6hb Ogos 1945 di Hiroshima.
(Hiroshima 65 years ago)
(Hiroshima 65 years ago)
Hiroshima. 65 tahun kemudian...
( Hiroshima 2010/2011)
( Hiroshima 2010/2011)
Sementara itu di Detroit,United States - 65 Tahun selepas Hiroshima diserang .
( Detroit, United States - Now ?? )
Saudara Obama, sekali lagi selamat hari jadi saya ucapkan dan oleh kerana saudara tidak fasih berbahasa Melayu, maka saya terpaksa bertanya saudara satu soalan di dalam bahasa Inggeris.
( Detroit, United States - Now ?? )
Saudara Obama, sekali lagi selamat hari jadi saya ucapkan dan oleh kerana saudara tidak fasih berbahasa Melayu, maka saya terpaksa bertanya saudara satu soalan di dalam bahasa Inggeris.
Dear Mr Obama: Who The Hell Won The War ?
*** Images : Info credit to Puan Nazly Ahmad Shariman & images by Google.