Wednesday, 24 July 2013

Kyoto Jurnal : Fushimi Inari Taisha !

Ini adalah kali kedua saya menulis tentang Fushimi Inari Taisha yang terletak di bandar Kyoto ini. Shrine yang terletak di kawasan pergunungan Inari ini juga baru saja selesai menjalani kerja-kerja membaik-pulih dan ianya kini kelihatan lebih menarik. Selain daripada terkenal dengan ribuan tiang-tiang torii berwarna merah, Fushimi Inari ini juga sememangnya cukup popular dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem-filem blockbuster seperti Memoirs Of A Geisha dan juga Karmen Rider 2012.

Kepada anda yang belum pernah sampai ke sini, saya ingin menasihati yang Fushimi Inari Taisha bukanlah kawasan lawatan yang sesuai untuk anda yang bercuti bersama-sama anak-anak kecil ataupun bersama warga emas oleh kerana lokasinya yang tinggi dan terletak hampir 230 meter diatas Gunung Inari . Oh Ya ! Bawa bersama air minuman dan pakai kasut yang bersesuaian untuk mengelak frustration sewaktu pendakian untuk sampai ke puncak.

















All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.