Showing posts with label Raja Buah. Show all posts
Showing posts with label Raja Buah. Show all posts

Saturday 6 July 2024

Raja Buah Pulau Kayangan Mai Dah! (2024)

 Sebelum tiba musim durian di Langkawi tempoh hari, kami sempat melawat ke kebun durian di atas bukit milik Ayah Harun, bekas pengasuh anak-anak waktu kecil dulu. 

Waktu sampai di kebun beliau, kelihatan banyak buah-buah durian muda yang sudah mula membesar namun banyak juga yang telah dicuri oleh tupai dan juga kera-kera liar. Kata Ayah Harun, itu dah rezeki haiwan-haiwan tersebut, jadi kita yang masuk tanam dalam kawasan dia ni kena la belajar berkongsi rezeki. 
 
Perkhh.. Tinggi ilmu dia. 
 

Durian kampung Langkawi ini mula meriah pada bulan June hingga August tiap-tiap tahun tetapi tidaklah semeriah seperri di tempat-tempat lain. Majoriti penduduk sini menanam hanya untuk makan dan bukan untuk berniaga.



Dek kerana permintaan yang tinggi tetapi bekalan buah yang terhad maka ianya menjaadi salah satu faktor kenapa buah durian kampung ini dijual agak mahal. Malah kebanyakkan buah-buah ini diniagakan terus dari ladang dan bukannya di tepi-tepi jalan.

 
By the way, orang tua-tua pesan, kalau nak beli buah yang murah, kenalah tunggu hari hujan. Kata mereka, buah durian tidak tahan bila terkena air dan ianya cepat merekah atau pecah. Selalunya buah-buah merekah ni dijual pada harga RM15-20 jer pun untuk sebakul! 



Antara beberapa buah muda yang terselamat daripada serangan haiwan perosak. 
Hilang sebiji pun makan modal ni.


Motosikal off road sebegini amat effective digunakan untuk lari daripada dikejar kera-kera liar, babi hutan dan langsuir dikala senja katanya 😂


All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.