Sunday, 9 October 2011

Cerita Gergasi Dan Lantern Merah Asakusa.

Tidak masuk akal rasanya jika sudah sampai ke Tokyo kalau tidak melawat ke Asakusa.Di sini terletaknya Sensoji Shrine, kuil buddha yang cukup terkenal dengan lantern merah gergasi yang tergantung di pintu gerbang masuk kuil tersebut. Menurut lagenda, 2 nelayan bersaudara, Hinokuma Hamanari dan Hinokuma Takenari terpancing patung emas dari Sungai Sumida pada tahun 628. Walaupun patung tersebut dibuang semula ke sungai, dikatakan ianya terus kembali kepada mereka berdua.

Menyedari kesucian dan keajaiban patung emas tersebut,ianya di bawa pulang dan diabadikan di sebuah tokong kecil di daerah Asakusa sehingga penduduk tempatan mula datang menyembah patung tersebut dari dahulu hingga sekarang.
  

Sensoji Shrine tetap dipenuhi pengunjung walaupun suhu sekeliling Tokyo pada musim panas boleh mencecah 42C.


Lantern gergasi ini adalah lambang kemasyuran Sensoji Shrine di Tokyo,Jepun.


Satu lagi lantern yang terdapat di pintu gerbang Sensoji Shrine. 


Ukiran kayu bermotifkan naga yang terdapat di bawah lantern gergasi terletak di pintu Hozomon. 


Sandal yang dipanggil "O-waraji" ini adalah seberat 2500 kilogram dan mempunyai ketinggian 4.5 meter.Ianya di buat oleh 80 penduduk bandar Maruyama dalam tempoh sebulan khas untuk Sensoji ShrineDipercayai sandal ini mempunyai kuasa "Ni-Ou" yang dapat menghalang kuasa jahat dari mengganggu anda sekiranya di sentuh. Ada juga versi yang mengatakan tujuan "O-waraji" diletakkan di pintu masuk Sensoji Shrine adalah untuk menipu kuasa jahat yang kononnya Sensoji Shrine juga dihuni oleh gergasi memandangkan pada saiz kasut tersebut.



Pemandangan di dalam Sensoji Shrine.
Bukan hanya setakat penganut agama Buddha saja berada di sini, malah ianya dipenuhi oleh pelancong pelancong asing termasuklah saya :)



Nakamise -Dori adalah satu kawasan yang dipenuhi dengan kedai kedai menjual cenderamata. Disini terdapat hampir 100 kedai yang menjual pakaian hinggalah barangan seperti pedang samurai !


Naomi, Sachiko dan anak anak cukup tertarik dengan key chain yang dijual disini. 


Key chain berwarna warni ini adalah hadiah yang cukup menarik sekiranya dapat dibawa pulang untuk ahli keluarga dan rakan rakan. Tetapi harganya ada yang mencecah ratusan ringgit untuk setiap satu !


Pedang samurai yang dijual sebagai barang perhiasan di Nakamise-Dori. Memandangkan Katana ataupun pedang samurai adalah nyawa kepada setiap samurai, ianya tidak patut dijual pada harga RM400-RM500 untuk setiap pedang. Bagi sesetengah keluarga yang berasal dari keturunan samurai, ianya cukup menjelikkan.Untuk pengetahuan, di Kyoto, harga pedang samurai dijual pada harga RM250,000 hingga jutaan ringgit.


Pemandangan di hadapan Sensoji Shrine.Perhatikan menara separa siap di dalam gambar diatas. Menara tersebut adalah Tokyo Sky Tree - mercu tanda terbaru bandaraya Tokyo yang dijangka siap pada mula May 2012. Ianya bakal menjadi salah satu menara tertinggi di dunia selepas dibuka nanti. Lawati disini untuk keterangan seterusnya : http://en.wikipedia.org/wiki/Tokyo_Sky_Tree


Selamat tinggal Asakusa. Tahun depan pasti saya datang lagi :)



All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.
 
 
 
 

Ameyoko Tokyo - Kembara Ke Bumi Jepun.

Seperti mana yang pernah saya menulis sebelum ini - Saya sempat juga mengambil peluang melawati bandaraya Tokyo pada trip kali ini. Lawatan tersebut menjadi cukup menarik dan bermakna kerana akhirnya saya berpeluang juga melawati Ameyoko.



Anda dapat melihat pintu gerbang Ameyoko ini sebaik sahaja anda menjejakkan kaki anda di luar stesen JR Ueno. Ianya terletak betul betul bersebelahan stesen monorail tersebut.


Walaupun keadaan sekeliling mengingatkan anda kepada Padang Besar di Thailand, ianya amat jauh berbeza terutama sekali pada kualiti barang yang dijual dan juga harganya.


Erika cukup gembira apabila beliau bertemu dengan seorang penjaja yang berasal dari Pulau Pinang,Malaysia !  


Bukan hanya pakaian dan alatan elektronik sahaja terdapat di sini. Ikan ikan segar, jeruk dan sayuran juga dijual.


Pastikan tiada tawar menawar harga sewaktu berurusan di Jepun . Anda akan dianggap kurang sopan jika berkelakuan sedemikian. 


Majoriti penduduknya juga amat menghormati orang awam sekeliling.
Maka amat jarang sekali "Perokok" kelihatan :)


Saya akan menulis lagi mengenai bandar bandar di Jepun yang akan saya lawati pada pertengahan bulan March nanti.Insya allah ! 







All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Monday, 3 October 2011

Bushido Code Of The Samurai - The Ritual Suicide


In mythology, Samurai committed "Seppuku" or ritual suicide to preserve their honor.Seppuku is a Samurai famous ritual suicide by cutting into the belly with wakizashi (a small sword) by disembowelment.It was a key part and strict code of Bushido - The way of the warrior and considered a privilege for the Samurai class family. The ritual would require the Samurai to put the blade into abdomen and moving the blade from left to right in a slicing motion. Samurai was supposed to lower his neck and the second man, who stood behind him will proceed to the last step - blow off the samurai head with a sword. This will shorten the suffering of the suicider by executing a strong and swift blow.The women (Samurai) usually done it by slashing the throat with a small knife. Before the final act, usually the Samurai was expected to write their death poem.


Whether been ordered as punishment or chosen in preference to a dishonorable death, it was unquestionable demonstration of the samurai courage,honor and moral characters.For them, death is still consider better than dishonour although many people think this ritual form of suicide is gruesome and barbaric act.Notable Samurai who committed Seppuku was :


- The legendary 46 of the 47 Ronin; Ordered by Shogun to commit Seppuku instead having them executed as criminal after taking the law into their own hand.It recounts the most famous case involving the samurai code of honor, bushidō.The ronin avenged their master's honor after patiently waiting and planning for over a year to kill Lord Kira. 


- Byakkotai or the White Tiger Brigade; Committed ritual suicide as the boys saw the rising smoke and assumed that the castle they defended had fallen believing their lord and families dead.However,they are mistaken in their assessment of defeat.The castle not actually been breached.


-Takeda Katsuyori: Head of Takeda Clan.Committed Seppuku with his son as his forces were destroyed by the combined armies of Oda Nobunaga and Tokugawa Ilyasu at Temmokuzan in 1582.
  

- Saigo Takamori , The Last Samurai: The bodies of Saigo Takamori and other leaders of the rebellion were found beheaded. The last samurais had committed seppuku by cutting off each other's head with one strike of the sword. This was the traditional samurai way of committing suicide on the battlefield when no time was left for a ceremonial suicide.Legends claimed the head was never been found.



Biblology:


Saigo Takamori - The Last Samurai by Yoshitoshi Tsukioka
Byakkotai: Wikipedia
47 Ronins: Wikipedia

Images: Googles.






Sunday, 2 October 2011

Kita Datang Nak Memancing, Bukan Nak Poco Poco !

Selepas berhari hari sibuk melayani request pihak atasan di tempat kerja, baru semalam dapat merasa nikmat sebenar berehat bersama keluarga. Barulah saya sedar yang masa memang cukup berharga.Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya, masa memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada saja tugasan serta urusan harus diselesaikan.

 Kali ini, tiba pula giliran saya melayani request anak-anak yang kaki pancing untuk keluar menghabiskan cuti hujung minggu mereka. Mana lagi hala tuju saya untuk memancing kalau bukan ke Berjaya Langkawi Resort. Resort seluas 70 ekar ini adalah khazanah segala hasil alam, dari hutan ke lautan. Dengan fasiliti dan servis yang menarik, tidak hairanlah ianya sentiasa dipenuhi pengunjung sepanjang tahun.

Untuk makluman, sekiranya anda memilih untuk menyewa bilik on water dan jika  anda bernasib baik anda akan dapat melihat segerombolan ikan lumba-lumba bermain di hadapan bilik anda. Yang uniknya, kesemua ikan lumba lumba pacific indo tersebut adalah berwarna "Pink"! 

Seperti biasa, saya post beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.


Gerepoh (GT - Giant Trevally) bersaiz juvenile ini membedal umpan hirisan ikan gelama yang saya hambur ke dasar chalet untuk memikat Siakap Merah. Satu bonus yang tidak disangka.


Gerepoh selalunya bergerak berkumpulan. Pemancing selalunya menjerat gerepoh melalui teknik popping ataupun casting. Waktu yang sesuai untuk memancing gerepoh adalah ketika awal pagi dan lewat petang.


Naomi juga teruja dengan tangkapan tersebut. Sewaktu memancing di perairan Jepun tahun lepas, tangkapan sea bream ataupun ikan kuku Naomi adalah lebih besar dari gerepoh di atas.


Ketika lewat senja, banyak koyan (hand line) dan fishing rod kami digegarkan oleh serangan kerapu botol.Kerapu Botol yang kadang-kadang dipanggil kerapu hijau juga dikenali sebagai Green Greasy Grouper. Kerapu spesis ini banyak ditembak (underwater cross bow) oleh nelayan nelayan yang menyelam di karang luas dan juga tuas di Langkawi . Harga sekilogram kerapu botol di sini boleh mencecah RM40.00. Aduhai ....


Ada juga sesetengah pihak di Langkawi cuba mengusahakan penternakan benih ikan kerapu botol. Adalah kalanya, mereka mengupah buruh buruh kasar dari Burma dan Thailand untuk mengail anak anak kerapu  tersebut untuk dijual kepada mereka pada harga RM2.00 - 3.00 seekor. Namun saya percaya perbezaan kualiti isi ikan kerapu yang dibela di dalam kolam dan kerapu liar adalah ibarat langit dengan bumi. Saya dapati isi ikan ternakan dalam kolam lebih tawar dari ikan di lautan. Tak percaya? Cuba anda beli ikan Siakap di pasar pasar basah berhampiran anda, rasa dan bau lumpur cukup ketara pada ikan ikan tersebut !


Luluh hati saya apabila melihat malong (Tiger Moray Eel) bersaiz bagak yang menelan umpan hirisan ikan tongkol (aya kurik)  saya. Seawalnya, saya ingatkan bapa kerapu botol yang mengheret umpan tersebut.  


Malong ini dilepaskan semula ke lautan untuk generasi akan datang. Untuk peringatan, janganlah kita bunuh haiwan tersebut walaupun ianya tidak sesuai untuk di buat santapan.


Tekstur warna yang cantik sesuai benar kalau dibuat beg tangan wanita :)





All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Monday, 26 September 2011

The Immortal Godzilla (ゎゞラ) !

I use to be obsessed with Godzilla when I was little (I guess I still am). I remember drawing pictures of the monster destroying cities when I was in art class. Till now,I still think Godzilla is still the king of all monsters and Godzilla will forever be king in Japan, so questioning that is not an issue.

If you remember the film or the creature- it probably goes something like this.

Take a look:

 Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/5.6 — 1/250 sec, f/5.6, ISO 200

This wasn’t the creature where Puff Daddy sings together on stage !  

 Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/5.6 — 1/250 sec, f/5.6, ISO 200

Another "Freakzilla"

 Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/5.6 — 1/250 sec, f/5.6, ISO 200

Say hello to little Godzilla!

Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/5.6 — 1/250 sec, f/5.6, ISO 200


When this creature stands, he reminds me of Godzilla. But yes, this is a very nice looking iguana.

(Google image)

Fact - Godzilla is from Japan not France !! Hollywood created the immortal version of Godzilla that can be killed by humans. Original version was a  Japanese movie , first appearing in Ishiro Honda's 1954 film  Godzilla.





All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Sunday, 25 September 2011

Hiking To A Mystical Temurun Waterfall, Langkawi Malaysia.

This pics was taken at the Temurun Waterfall in Langkawi. Located on the north-western part of Langkawi Island on the way to Datai Bay.To be honest , I dont like the photo and the woods in this particular area are just so strange to my eyes.
Everything is so weird and covered with lichen and moss . . .
I found it a bit spooky...

 Nikon D3000 + Nikkor 35-80mm f/5.6 — 1 sec, f/5.6, ISO 200

The locals know the tales of this place but I will not name it. I have heard multiple stories of this waterfall but I have only heard of one from the person who it happend to...

 Nikon D3000 + Nikkor 35-80mm f/5.6 — 1 sec, f/5.6, ISO 200

I believe this waterfall is haunted and I've also heard people refer to this place as the "spooky" waterfall ...

Nikon D3000 + Nikkor 35-80mm f/5.6 — 1 sec, f/5.6, ISO 200

Wading in the misty water to get closer to the falls and to set up my camera ...




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Saturday, 24 September 2011

Journey To The Bottom Of The Sea - Langkawi Chapter / Final Part.


Just another pics from the recent trip-final chapter ! Will upload more pics on new posting in the next few days...

Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400

Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400

Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400

Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400


Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400


Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400


All images copyright © Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Friday, 23 September 2011

Rockhopper : The Penguinarium Underwater World Langkawi

Do you still remember an important milestone was achieved on Sept 9, 2007  when the country’s first Rockhopper Penguin chick was hatched at the Underwater World Langkawi ?
I would suggest you guys to visit the Langkawi UnderWater World (UWW) to see these fantastic bird. Do visit this place once you're in Langkawi since Langkawi Under Water World is also an incredible destination for the family - providing hours of fun, leisure and learning for all...

Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400

 The Rockhopper Penguin - they are small, aggressive crested penguin. It is a bird that cannot fly, but it swims very well.

Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400

A Happy Feet Family

Nikon D3000 + Sigma 70-300mm f/4 — 1/50 sec, f/4, ISO 400




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.