Sunday, 9 October 2011

Ameyoko Tokyo - Kembara Ke Bumi Jepun.

Seperti mana yang pernah saya menulis sebelum ini - Saya sempat juga mengambil peluang melawati bandaraya Tokyo pada trip kali ini. Lawatan tersebut menjadi cukup menarik dan bermakna kerana akhirnya saya berpeluang juga melawati Ameyoko.



Anda dapat melihat pintu gerbang Ameyoko ini sebaik sahaja anda menjejakkan kaki anda di luar stesen JR Ueno. Ianya terletak betul betul bersebelahan stesen monorail tersebut.


Walaupun keadaan sekeliling mengingatkan anda kepada Padang Besar di Thailand, ianya amat jauh berbeza terutama sekali pada kualiti barang yang dijual dan juga harganya.


Erika cukup gembira apabila beliau bertemu dengan seorang penjaja yang berasal dari Pulau Pinang,Malaysia !  


Bukan hanya pakaian dan alatan elektronik sahaja terdapat di sini. Ikan ikan segar, jeruk dan sayuran juga dijual.


Pastikan tiada tawar menawar harga sewaktu berurusan di Jepun . Anda akan dianggap kurang sopan jika berkelakuan sedemikian. 


Majoriti penduduknya juga amat menghormati orang awam sekeliling.
Maka amat jarang sekali "Perokok" kelihatan :)


Saya akan menulis lagi mengenai bandar bandar di Jepun yang akan saya lawati pada pertengahan bulan March nanti.Insya allah ! 







All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.