Sunday, 19 August 2012

Misi November: Mencari IJN Yamato & SS-579 Akishio di Hiroshima?

Saya sudah memberitahu Naomi yang saya harus ke Hiroshima pada bulan November nanti ! Entah kenapa saya selalu memikirkan tentang bandar yang pernah digelar sebagai neraka dunia tersebut. Ingatan saya selalu melayang terkenangkan kemusnahan Hiroshima akibat ledakan bom atom dan keinginan saya yang membuak-buak ingin melihat sendiri sisa-sisa kapal perang Yamato yang cukup terkenal tersebut. Mungkin kerana saya baru saja habis membaca buku yang bertajuk Hiroshima: Bridge Of Forgiveness ataupun saya terlalu taksub dengan dokumentari Yamato: Sinking The Supership


Replika kapal Imperial Japanese Navy (IJN) Yamato. 

Ditauliahkan secara rasmi seminggu selepas serangan Pearl Harbor pada akhir tahun 1941, Yamato adalah kapal perang peneraju Armada Tentera Laut Imperial Jepun semasa Perang Dunia II bersama kembarnya Musashi. Mempunyai berat 72.800 tan metrik pada beban penuh dan bersenjatakan dengan sembilan laras meriam utama, ianya masih gagal merubah nasib kapal tersebut sewaktu menyertai Operasi Ten-Go, satu misi "suicide mission" untuk melindungi Pulau Okinawa daripada pencerobohan pihak berikat. IJN Yamato akhirnya tenggelam pada tengah hari 7hb April 1945 jam 14:20hrs akibat serangan bertubi-tubi pihak berikat. Ternyata, kapal tersebut gagal menyerap segala serangan dan musnah setelah dibedil dengan 10 torpedo dan lima bom seberat 1000 pound. Dilaporkan seramai 2498 anak kapal turut terkorban dalam serangan dasyat tersebut.


Mitsubishi A6M "Zero".
 Sewaktu mula diperkenalkan pada awal Perang Dunia II, Mitsubishi "Zero" dianggap antara pesawat pejuang terbaik pernah disaksikan dunia. Selain daripada mempunyai maneuverability yang pantas , ianya juga mampu terbang pada jarak yang sangat jauh. Mitsubishi Zero mendapat reputasi sebagai lagenda dogfighter kerana ianya pernah mencapai nisbah membunuh pada kadar yang cukup tinggi iaitu pada ratio  12- 1.
Kegemilangan "Zero" ini terus dipopularkan lagi dengan cerita- cerita pertempuran udara yang hebat antara Saburo Sakai, seorang juruterbang ace pesawat "Zero" Jepun menentang juruterbang handalan pesawat "Wildcat" pihak berikat iatu  James "Pug" Southerland di Guadalcanal.
 Walaupun pesawat "Pug" Southerland berjaya ditembak jatuh oleh Saburo Sakai, beliau diberitakan terselamat sewaktu pesawat beliau terhempas.   Kedua-dua juruterbang tersebut juga pernah menulis akaun  tentang pertempuran tersebut dan menjadikannya salah satu daripada dogfights hebat pernah didokumenkan semasa Perang Dunia II. Pada bulan Februari, 1998,  bangkai pesawat Wildcat  milik "Pug" Southerland akhirnya ditemui termasuk pistol berkaliber 0.45  beliau yang masih tersisip di bangkai pesawat tersebut. Dengan kehadiran bukti-bukti tersebut maka pihak penyiasat telah mengesahkan yang dogfight antara kedua-dua juruterbang tersebut memang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia II.  Pada tahun-tahun akhir Perang di Pasifik, "Zero" kerap kali digunakan dalam operasi berani mati (Kamikaze) dan ianya merupakan pesawat pejuang yang terbanyak pernah dibina daripada mana-mana pesawat Jepun yang lain.


SS-579 Akishio

Kapal selam kelas Yushio milik Tentera Laut Jepun (IJN) yang kini dijadikan muzium perang untuk tatapan umum di Kure, Hiroshima. Kapal selam berkuasa diesel ini mula memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Laut Jepun pada tahun 1985 dan tamat perkhidmatan pada tahun 2004. Dikatakan pernah terlibat didalam beberapa operasi khas sewaktu bersama IJN. 


Antara beberapa alatan anti-kapal selam yang dipamerkan di muzium JMSDF di Hiroshima.



** Kesemua imej adalah dari Google dan bukannya milik penulis ** 

Saturday, 18 August 2012

Kyoto's Ginkakuji / 銀閣寺.

Anda boleh mendapatkan keterangan penuh tentang Ginkakuji di halaman Wikipedia ataupun melayari internet untuk cerita seterusnya. Terlalu panjang kisahnya kalau hendak dihuraikan disini. Ginkakuji ataupun Kuil Pavilion Perak ini harus dilawati sekiranya anda menjejakan kaki di bumi Kyoto. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara dengan Kinkakuji (Golden Pavilion) - iaitu satu lagi kuil popular yang terdapat di Kyoto, Ginkakuji ini juga tidak kurang hebatnya. Buktinya, kunjungan pelawat yang datang ke sini adalah hampir sama bilangannya dengan Kinkakuji !   

Tiket masuk ke Ginkakuji ini berharga JPY500 ataupun RM20 dan ianya dibuka setiap hari mulai pukul 8:30 pagi sehinggalah jam 5:00 petang.









All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Friday, 17 August 2012

Tennoji Zoo, Osaka.

Saya ke Tennoji Zoo di Osaka tempoh hari untuk melihat beruang kutub dan juga panda merah. Nasib saya agak baik kerana kedua-dua haiwan tersebut memang pun available di Zoo tersebut. Saya masih ingat dengan kekecewaan musim sejuk tahun 2009 dimana saya tidak berpeluang melihat beruang panda di Ueno Zoo, Tokyo yang mati beberapa bulan sebelum saya sempat sampai di sana. Punyalah kecewa, hanya Tuhan saja yang tahu.

Untuk yang belum pernah ke sini, saya syorkan anda tidak menaruh expectation yang terlalu tinggi. Selain daripada kurang informasi dan interaksi antara staff dengan pengunjung tentang haiwan-haiwan yang ada, suasana habitat yang cuba hendak ditunjukkan juga agak kurang menarik jika hendak dibandingkan dengan Zoo Taiping ataupun Zoo Negara di Malaysia. Ini mungkin disebabkan faktor ruang yang terhad dan juga cuaca empat musim negara tersebut.
 
Namum, saya tetap enjoy dengan lawatan ke sini.














All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.







 

Wednesday, 15 August 2012

Raja Udang Atau Pekaka ?

Saya jarang sekali mengambil gambar-gambar burung. Namun minat tersebut mula hadir sebaik sahaja saya membeli lensa telephoto ( 200mm - 300mm) di Kyoto tempoh hari.
Sebaik sahaja menyedari yang saya kini mempunyai advantage untuk mengambil gambar unggas-unggas yang berterbangan, saya terus mengajak Naomi bermotosikal menyeberangi petak sawah yang begitu luas di hadapan rumah di Langkawi.

Ternyata nasib kami agak baik.Terdapat dua ekor burung Raja Udang yang sedang bertenggek mencari makanan berhampiran terusan air di petak sawah berkenaan.
Sepanjang petang tersebut saya mula menyedari yang burung Raja udang ini kerap duduk berdiam diri di ranting-ranting pokok menunggu mangsa.

Ianya kerap kali memburu katak-katak kecil, belalang, udang dan anak-anak ikan. Mangsa selalunya dibunuh dengan dipukul ke atas batu atau dahan-dahan sebelum dimakan.

    
 Nikon D2H  200mm  f/4.0 ISO 200  1/500secs 

Nikon D2H  200mm  f/4.0 ISO 200  1/350secs 


All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Tuesday, 14 August 2012

The Battle Of Uji.


"For years Uji was considered a strategic site for land and water transportation, and many battles were fought here. An especially famous battle took place in 1184 between Kiso Yoshinaka and Minamotono Yoshitsune, who had orders from the Imperial court to execute Yoshinaka. To determine which of Yoshitsune's vanguards would spearhead the attack against Yoshinaka, his two leading commanders competed againts one anothers.

Kajiwara Kagesue on the renowned steed Surusumi was pitted against Sasaki Takatsuna on the steed Ikezuki. Takatsuna's strategy proved superior, so the remainder of Yoshitsune's troops followed him across the Uji river's (Ujigawa) swift currents and crushed their rivals.........."
 
 
 

 
 
 
 
 
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Suzuka Circuit : Lagi Aksi Menarik Nana, Erika & Sachiko !

Ada lagi beberapa keping gambar sambungan daripada post lawatan saya ke Suzuka Circuit di Mie,Jepun tempoh hari. Selain daripada membiarkan Nana & Erika membuat percubaan menunggang motosikal di Motopia , saya biarkan juga mereka mencuba Go-cart dan memandu kenderaan lasak sambil diawasi oleh Sachiko.

Ternyata, walaupun tiket masuk ke taman permainan ini agak murah kalau hendak dibandingkan dengan Tokyo Disneyland ataupun Universal Studio,Osaka - Nana & Erika
masih tetap mahu kembali ke sini.
Insya Allah !








All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Saturday, 11 August 2012

Nagahama Castle, Shiga Jepun.

Sewaktu merentasi Tasik Biwa di Wilayah Shiga tempoh hari, saya sempat singgah sebentar di Istana Nagahama. Tidak banyak informasi menarik yang saya dapat disini melainkan  ianya hanyalah sebuah Istana yang dibina oleh Toyotomi Hideyoshi sekitar tahun 1576.

Saya juga mendapat tahu yang kemudiannya sebahagian daripada istana tersebut dirobohkan lalu diguna pakai untuk pembinaan Istana Hikone yang terletak berhampiran.






All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

Wednesday, 8 August 2012

The Death Poems : Toyotomi Hideyoshi.


Toyotomi Hideyoshi
1536-1598

 
Nikon D3000  ISO 200  165mm  f2.8  1/200 sec

My life
came like dew
disappears like dew.
All of Naniwa
is dream after dream.


Nikon D3000  ISO 200  135mm  f2.8  1/100 sec

 


All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Tuesday, 7 August 2012

Ii Naomasa - Bertembung Syaitan Merah Shiga!

Ii Naomasa memang tiada tolok bandingnya. Beliau cukup terkenal dengan gelaran "Syaitan Merah" kerana pakaian perisai beliau (Yoroi) yang berwarna merah. Mengikut sejarah, beliau juga merupakan salah seorang dari empat pengawal peribadi Shogun Tokugawa dan sebaris dengan Honda Tadakatsu, Sakakibara Yasumasa dan Sakai Tadatsugu.
Ii Naomasa diberitakan mati pada tahun 1602 kononnya akibat kecederaan teruk yang dialami beliau sewaktu pertempuran Sekigahara pada tahun 1600.

Saya melawat jauh ke pendalaman Jepun bagi menjejak tugu peringatan beliau dan juga melawat Istana Hikone yang terletak di wilayah Shiga. Agak memeranjatkan kerana suasana di sekitar Istana Hikone pada petang tersebut cukup meriah. Selain dapat melihat sendiri tugu Ii Naomasa, saya sempat juga berjumpa dengan Hikonyan, maskot kucing yang cukup popular tersebut ! 










All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Monday, 30 July 2012

Cerita Pohon Gharqad, Zeus Dan Anti Yahudi.


(Imej dari google)

Penuh halaman facebook saya dibanjiri dengan komen-komen tentang isu upacara pembukaan sukan Olimpik London 2012 tempoh hari. Selain daripada teruja dengan montage Daniel Craig, si James Bond kacak yang mengiringi Ratu Elizabeth, rata-rata antara kita banyak yang membincangkan tentang isu pokok Gharqad yang memayungi seluruh atlet pada malam tersebut dan kaitannya dengan Yahudi.
Ramai juga yang berfikir sukan Olimpik kali ini adalah agenda Zionis dan berunsur freemason. Maka ramailah antara kita mula membangkitkan isu kebangkitan dajjal dan bercambahlah ribuan halaman blog bak cendawan tumbuh selepas hujan membincangkan isu yang sama. Untuk makluman, saya tahu tentang cerita pohon Gharqad ini malah Nabi Muhamad saw sendiri pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

" Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam, sehingga apabila orang yahudi berselindung disebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya; Wahai muslim,wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi,marilah bunuhnya; kecuali pokok Gharqad yang tidak bersuara, keran sesunggihnya ia merupakan pokok Yahudi "

Untuk pengetahuan, saya percaya pada hadis dan apa yang diriwayatkan. Saya hormat segala pandangan anda dan saya juga amat berterima kasih kerana kita dapat membincangkan tentang isu pokok Gharqad ini. Saya percaya ada diantara kita yang belum pernah mendengar tentang cerita pokok Gharqad dan ianya tentulah merupakan satu informasi yang cukup baik buat semua . Tetapi percayalah yang saya melihat sukan Olimpik ini lebih daripada masalah isu Arab-Israel ataupun anti-semitic. Saya letak sebelah kedua-dua isu tersebut kerana ianya harus dibincangkan pada medium yang betul.
Pada saya, sukan Olimpik adalah acara sukan teragung yang menghimpunkan para-para atlet sukan dari seluruh pelusuk dunia. Ianya melambangkan semangat perpaduan, setiakawan dan keamanan untuk warga dunia. Kalau kita mahu mempertikaikan hampir segala isu Olimpik - dari maskot bermata satu seumpama dajjal hinggalah isu pokok Gharqad, saya merasakan adalah lebih baik kita langsung tidak menyertai temasya sukan Olimpik itu sendiri kerana sejarahnya. Tahukan kita yang sukan Olimpik itu sebenarnya dicipta oleh orang-orang Greek sebagai penghormatan agama kepada dewa Zeus yang mana patungnya masih terdapat dibandar Olympia ? Apa pula hukumnya sekiranya kita bersekongkol menyambut pesta puak pagan tersebut iaitu Olimpik ? 

Tepuk dada tanya selera. 


*****

Sunday, 29 July 2012

Mencari Tyrannosaurus Rex...

Saya pernah terbaca artikel Nat-Geo yang mana para pengkaji percaya yang Tyrannosaurus Rex berupaya membaham daging sebanyak 230 kilogram dengan sekali makan. Kajian melalui fosil tulang yang pernah dijumpai juga mendapati ianya adalah haiwan yang cukup besar - panjang lebih daripada 40 kaki dan lebih kurang 20 kaki tinggi.

Tyrannosaurus rex dikatakan pernah hidup bebas di hutan Amerika Utara pada zaman Crectaceous dan pupus semenjak 65 juta tahun yang lalu.Saya agak bernasib baik kerana tidak perlu ke Amerika Utara untuk  mencari haiwan tersebut kerana ianya kini berada di Taman Nagai - Osaka !





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Saturday, 28 July 2012

Japan Street Scenes.

Saya meneroka hampir segenap pelusuk lorong-lorong kecil di Nippombashi, Namba dan juga Amanohashidate. Lihatlah sendiri bagaimana orang-orang Jepun mempromosikan perniagaan mereka disana.

Bermacam-macam bentuk dan rupa dapat anda temui disini !









All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you



Monday, 23 July 2012

Kyoto Jurnal: Moby Dick Di Osaka !


Ikan paus tersebut cukup besar! Berkemungkinan ianya lebih besar daripada ikan paus Moby Dick yang pernah diceritakan oleh Herman Melville dalam novel beliau terbitan tahun 1851 bertajuk Moby Dick-The Whale! Bagi kanak-kanak kecil, ikan paus tersebut seolah-olah seperti merempuh masuk bangunan HEP 5 (Hankyu Entertainment Park) dan berenang-renang didalamnya. Bagi saya, ini adalah hasil seni yang cukup menakjubkan!

-Hasnul Yakin Mohammed
Sewaktu pertama kali melihat hiasan ikan paus merah karya Tatsuya Ishi di HEP 5 , Osaka.  

Fujifilm Z5 6.1mm f/3.5 ISO 200 1/60 sec


All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved