Saturday, 21 December 2013

Siri Fotografi Di Sungai Kamogawa,Kyoto.

Saya cukup kagum dengan sungai Kamo ( Kamogawa) di Kyoto,Jepun. 
Walaupun telah berpuluh kali saya datang melawat, saya masih belum puas menikmati keindahan sungai Kamo yang begitu nyaman pada setiap kali muruh luruh datang menjelma. Selain menjadi rumah kepada puluhan spesis-spesis binatang, sungai Kamo juga adalah spot terbaik bagi anda yang meminati bird watching dan juga photography. 

Dan sudah tentu , kenakalan burung Tombi ataupun Japanese Black Kite pasti menjadi tumpuan kepada pengunjung-pengunjung yang datang.............. 







Dan inilah suasana sekiranya Tombi datang menyerang ......................



Video oleh  isteri - Naomi Sakane.


All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Thursday, 19 December 2013

Kyoto Jurnal 2013: Dan Salji Pun Mula Turun.....................

Perkh! Salji ? 

Cukuplah dengan pengalaman tahun lepas dengan musim salji ( sini ). Kalau boleh, saya tidak mahu lagi pulang ke Kyoto sewaktu musim sejuk.Selain daripada hari siangnya yang pendek ( pukul 5 petang sudah gelap), saya juga kurang sesuai dengan dengan persekitaran yang serba dingin dan lembab. 

Tapi yang pasti, saya akan pulang semula ke Kyoto sewaktu musim sakura nanti . 

Insyaallah!



Eeerrrrrr.....Salji tu special effect jer tau !


All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Thursday, 12 December 2013

Adakah Ini Yoroi Asal Milik Oda Nobunaga Di Honno-ji,Kyoto ?


Sudah tentu jawapannya TIDAK!

Mungkin ini hanyalah satu gimik untuk mendapat perhatian pengunjung untuk datang memandangkan Honno-ji adalah tempat asal Oda Nobunaga membunuh diri setelah beliau dikepung dan Honno-ji dibakar oleh Akechi Mitsuhide pada 21th June 1582.










Bersambung.............

( Nota Kaki: Tiada data gambar dapat dikongsi bersama kerana gambar diambil dengan Iphone 5)



All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 11 December 2013

47 Ronin: Entah Apa Punya Cerita !??

( Tiada Exif. Gambar diambil dengan Iphone 5 berhampiran Nishiki,Kyoto)  


Kalau anda memang seorang peminat sejarah peperangan medieval ataupun filem-filem klasik Jepun dan kemudiannya anda  menonton pula pra-tayangan filem 47 Ronin lakonan Keanu Reeves, anda pasti sakit hati mungkin juga sakit otak dan muntah darah! 

Mahunya tidak, segala jalan cerita sebenar tentang 47 ronin tersebut semua telah ditokok  tambah. Bermula daripada protagonist  Kai (lakonan Keanu Reeves) yang berdarah kacukan sehinggalah kepada pertembungan mereka dengan segala bentuk raksasa mistik dan shape shifting witchcraft - sejarah sebenar 47 Ronin habis "dilapah"dan terpesong jauh jauh dari cerita sebenar. Namun begitu, saya masih mahu memberikan rating lima bintang kepada Carl Rinsch, pengarah filem tersebut untuk faktor entertainment  tetapi kosong untuk nilai sejarah !  Bagi saya, ianya adalah filem yang paling teruk antara semua sequal 47 Ronin. 


Okay. Cukup sudah leteran saya tentang filem 47 Ronin tersebut. 

*******************

Kepada anda yang belum pernah mendengar cerita sebenar 47 Ronin ini, ianya berlaku pada awal bulan Mac tahun 1701 berpunca daripada pergaduhan antara Asano dan Kira Hozukenosuke. Asano Takuminokami yang pada ketika itu berada di istana Edo telah dicaci teruk oleh Kira Hozukenosuke. Selepas berkali-kali dicerca, Asano mula berang dan hilang sabar lalu mencabut pedang beliau serta menyerang Kira. Didalam serangan tersebut, Asano gagal membunuh tetapi beliau telah mencederakan Kira. 

Mengikut sejarah, pada hari yang sama juga beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh (Seppuku - acara ritual bunuh diri) oleh Shogun Tokugawa Tsunayoshi. 

Alasan yang diberikan oleh pihak Shogun untuk membenarkan hukuman tersebut adalah - marah serta bertindak mengikut perasaan adalah salah mengikut kod peraturan samurai dan melakukan serangan didalam istana juga adalah satu perkara yang tidak dapat dimaafkan. Pihak Shogun juga kemudiannya bertindak merampas segala harta milik keluarga Asano serta melucutkan kesemua jawatan pengikut-pengikut Asano dan mereka dibuang negeri.     
  


Filem 47 Ronin terbitan tahun 2001. Mempunyai jalan cerita yang menarik 
dan pelakon utama yang handsome - Takuya Kimura  :)


Tindakan tersebut ternyata menyebabkan pengikut-pengikut Asano berasa tidak berpuas hati malah mereka lebih marah selepas mengetahui yang Kira langsung tidak menerima sebarang hukuman walaupun beliau sebenarnya adalah dalang didalam pergaduhan tersebut. Oishi Kuranosuke, salah seorang daripada pengikut setia Asano berasa sangat terhina akibat keputusan tersebut dan bertindak mengumpul semula kesemua pengikut-pengikut Asano yang lain dan merancang untuk membalas dendam. Niat mereka hanya satu - Kira mesti dibunuh akibat perbuatannya !

Selepas lebih satu setengah tahun merancang mereka akhirnya bertemu semula pada  malam 14 Disember tahun 1702. Kumpulan 47  samurai yang sekarang berada dibawah pimpinan Oisi Kuranosuke ini mula berkumpul lalu bergerak menuju ke istana milik Kira.
Mereka meredah malam yang sangat gelap dan bersalji tebal itu tanpa disedari sesiapa termasuklah pengawal-pengawal istana Kira.   
   
Setelah sampai di istana Kira, kumpulan tersebut berpecah kepada dua kumpulan kecil lalu menyerbu masuk ke istana tersebut. Pengawal-pengawal Kira yang sedang bertugas pada malam tersebut terpinga-pinga dengan serangan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa malah ramai antara mereka dibunuh.



Terbaik antara semua. Filem terbitan tahun 1958 ini betul-betul mengikut jalan cerita sebenar sejarah 47 ronin. 


Kira yang menyedari akan serangan tersebut mula menjadi cemas dan hanya mampu bersembunyi di dalam istana. Beliau akhirnya berjaya ditangkap selepas didapati bersembunyi di bilik bawah tanah lalu diheret keluar untuk menerima hukuman. 
Oishi Kuranosuke yang bertindak sebagai ketua kumpulan tersebut memberitahu yang tujuan mereka datang adalah untuk menuntut bela atas kematian tuan mereka - Asano Takuminokami. Kira yang masih bersikap sombong dan enggan meminta maaf mula dibelasah teruk. Akhirnya, kepala Kira Hozukenosuke dipenggal oleh kumpulan tersebut lalu digantung pada sebatang tombak dan dibawa mengelilingi kawasan bandar sebagai trofi tanda kemenangan. 

 Mereka kemudiannya bergerak menuju ke kubur Asano Takuminokami di Sengakuji di Edo ( Tokyo)  sambil mengusung kepala Kira dan disaksikan oleh ribuan penduduk sekeliling. Kepala Kira yang dipenggal tadi akhirnya dibasuh berdekatan telaga di Sengakuji lalu dipersembahkan di hadapan kubur Asano menandakan mereka telah berjaya menuntut bela atas kematian Asano.
    
Kesemua 47 samurai tersebut akhirnya diarahkan untuk "membunuh diri" kerana tindakkan mereka namun kisah mereka kini menjadi sangat popular dan diabadikan 
didalam banyak filem dan pertunjukkan kabuki di mana kesetiaan dan hormat adalah perkara yang sangat disanjungi oleh golongan samurai.



All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Tuesday, 10 December 2013

"The Chrysanthemum Dolls Di Hirakata Park, Osaka"

Selepas hasrat untuk berkunjung ke Tokyo terpaksa dibatalkan kerana freak accident yang terjadi kepada Oni-san, Naomi mengubah jadual perjalanan ke Disneyland lalu digantikan dengan Hirakata Park yang terletak di Osaka. Walaupun Hirakata Park ini tidaklah terkenal ataupun happening seperti Disneyland dan Universal Studio, namun ianya tetap menghiburkan dan pas masuk yang dikenakan juga adalah cukup murah.

* * * * *

Dalam perjalanan keluar daripada Hirakata Park pada lewat petangnya, saya singgah sebentar di pesta bunga Chrysanthemum untuk menyaksikan hiasan patung-patung samurai yang digubah dengan menggunakan bunga-bunga Chrysanthemum. Kepada anda yang mempunyai rangkaian sistem NHK ataupun selalu menonton Taiga Drama dirumah, anda tentu kenal dengan watak-watak samurai yang dipamerkan. Sudah tentulah samurai hebat seperti Saigo Takamori hinggalah ke Sakamoto Ryoma semuanya ada dan dipamerkan disini. 

Oh Ya. Tiada Exif (data gambar) dapat saya sertakan kali ini kerana keseluruhan gambar-gambar ini diambil dengan menggunakan telefon bimbit Samsung S4.      



















 .






All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.







Sunday, 8 December 2013

Daigo-ji : Meriah Di Musim Luruh Dan Juga Sakura !

Sambungan tentang perjalanan saya di Jepun. 

Saya hari ini singgah sebentar di Daigo-ji, satu lagi kuil purba yang terletak di daerah Fushimi di Kyoto. Saya hanya berlegar-legar di kawasan luar kuil sahaja dan tidak mengambil keputusan untuk membayar tiket masuk ( JPY 500 ataupun RM 17) kerana daun-daun momiji yang bercambah keluar disini agak kurang berbanding dengan kawasan-kawasan yang lain. Namun begitu , kehadiran pengunjung yang datang ke sini agak ramai mungkin kerana status kuil ini yang menjadi salah satu ikon  dan juga National Treasure Of Japan. 

Saya tinggalkan Daigo-ji selepas sejam berada di situ dan berjanji untuk kembali semula sewaktu musim sakura nanti. Katanya, sakura disini sangat cantik ketika mankai !



Nikon D300 26mm 1/60 sec f/11 ISO 400

                                                   Nikon D300 34mm 1/125 sec f/1o ISO 400

                                                    Nikon D300 18mm 1/40 sec f/10 ISO 400

                                                 Nikon D3000 50mm 1/160 sec f/6  ISO 1600 

                                                     Nikon D300 35mm 1/80 sec f/10 ISO 400

Nikon D300 38mm 1/2000 sec f/2.8 ISO 400

 Nikon D300 26mm 1/160 sec f/10 ISO 400

 Nikon D300 30mm 1/160 sec f/10 ISO 320 

                                                      Nikon D300 55mm 1/100 sec f/10 ISO 320

                                                       Nikon D300 26mm 1/60 sec  f/8  ISO 400

                                                         Nikon D300 23mm 1/2000 sec  f/2.8  ISO 400

                                                   
                                                            Nikon D300 17mm 1/160 sec  f/10  ISO 640





All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.



Thursday, 5 December 2013

Tofuku-ji: Momiji,Ginkyo Dan Lautan Manusia.

Kyoto betul-betul meriah pada musim luruh kali ini. Hampir kesemua tempat-tempat untuk menyaksikan pemandangan daun-daun momiji padat dan dipenuhi manusia.Malah saya sendiri terpaksa tinggalkan kereta di stesen Keihan Rokujizo dan menggunakan perkhidmatan keretapi semata-mata untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke Tofuku-ji. 

Tekaan saya memang benar.Tofukuji yang terletak sebegitu hampir dengan Kyoto Station ini memang menjadi tumpuan. 

Nikon D300 70mm 1/160 sec  f/8 ISO 1000.

Sekali pandang, saya berasa seperti berada di medan pertempuran pula -  ye la, tersepit ditengah-tengah ribuan manusia dan dikelilingi ratusan pokok berdaun kemerah-merahan yang seperti disimbah darah !


Nikon D300 105mm 1/100 sec  f/20 ISO 1000.

Nikon D300 20mm 1/80 sec  f/22 ISO 1000.

 Nikon D300 55mm 1/80 sec  f/22 ISO 1000.

 Nikon D300 200mm 1/60 sec  f/5  ISO 1000.

Nikon D300 145mm 1/320 sec  f/10 ISO 400.

Nikon D300 55mm 1/640 sec  f/2.8 ISO 1000.

Nikon D300 122mm 1/320 sec  f/9 ISO 1000.

Nikon D300 22mm 1/80 sec  f/10 ISO 1000.


Bersambung.......................




All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Tuesday, 3 December 2013

Hamparan "Permaidani Kuning" Di Nanzen-ji,Kyoto.

Saya sepatutnya bergerak menuju ke Iwato Ochiba Jinja tetapi oleh kerana jadual perjalanan bas untuk ke sana adalah sejam sekali, maka saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Sebaliknya, saya dan Naomi bertekad untuk berjalan kaki menuju ke Nanzen-ji,  sebuah kuil purba yang cukup terkenal di Kyoto dan terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Shijo Street. Untuk pengetahuan, Nanzen-ji merupakan salah satu hot-spot untuk peminat-peminat fotografi musim luruh kerana cambahan daun-daun merah momiji
dan juga guguran daun-daun kuning pohon ginkyo.

Punyalah ramai pengunjung yang datang pada hari tersebut hanya Tuhan saja yang tahu. Ianya penuh sesak dengan bas-bas persiaran, teksi dan kereta-kereta milik pengunjung. Belum pernah saya saksikan sebegitu banyak orang mengunjungi Kyoto sebegini ramai.

 Apa- apa pun, suasana didalam kawasan shrine ini cukup tenang dan amat berbeza dengan keadaan di luar............

Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

                                                 Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

                                                Nikon D700 70mm 1/1250 sec  f/2.8 ISO 400.

Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

                                           Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.





All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.