Thursday, 20 February 2014

Asuka-mura.

Kalau bercakap pasal wilayah Nara di Jepun, ingatan saya akan melayang terus ke Todaiji Shrine dan juga Nara Park yang terletak dikaki Gunung Wakakusa. Bagi saya, kembara ke Nara adalah satu pengalaman pengembaraan yang serba mudah dan cukup ringkas. Anda hanya perlu mengambil keretapi dari stesen ke stesen, berjalan kaki lebih kurang 10 minit dan sampai. Begitulah aktiviti rutin saya seharian sebelum ini kalau bercakap  tentang Nara.

Saya menjangkakan perkara yang sama apabila dijemput untuk ke Asuka-mura ataupun perkampungan Asuka yang juga terletak di wilayah Nara tempoh hari.
Dan jangkaan saya meleset ! 

Selain daripada terpaksa menaiki bas dari satu tempat ke satu tempat yang lain, saya juga terpaksa berjalan berbelas-belas kilometer bersama beg galas yang beratnya berbelas-belas kilo kerana dipenuhi dengan lensa dan juga kamera.Bukan setakat itu, saya juga terpaksa mendaki beberapa buah bukit-bukit kecil yang terdapat disini kerana tidak mahu terlepas menyaksikan kecantikan kawasan disini pada waktu petang musim luruh. Orang Kedah kata " Mengerang juga la kalau nak perabih melawat area ni" ! Lebih teruk lagi untuk orang yang kurang exercise seperti saya ini. Tetapi memang berbaloi !

Oh ya, saya paparkan disini beberapa keping gambar sewaktu lawatan hari tersebut untuk dikongsi bersama.Hampir keseluruhan gambar gambar yang diambil adalah dengan menggunakan kamera Nikon D300, Nikon D700 bersama lensa prime  70-200mm f/2.8, 17-55mm f/2.8, 50mm f/1.8 dan juga 85mm f/1.4.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, 9 February 2014

Yamauchi Kazutoyo やまうち かつとよ & Chiyo.........

Saya pernah menonton sebuah drama NHK berjudul Komyo-ga-tsuji: Yamauchi Kazutoyo no Tsuma pada tahun 2007 tentang Lord Of Kakegawa iaitu Yamauchi Kazutoyo dan isterinya yang cukup setia dan pintar bernama Chiyo.  

6 tahun kemudian, saya akhirnya sampai juga ke wilayah Kochi  yang terletak di kepulauan Shikoku, Jepun dan saya sempat juga melawat ke Istana Kochi sambil melihat sendiri monumen dan juga lukisan-lukisan yang diabadikan untuk Kazutoyo.

Yamauchi Kazutoyo lengkap berpakaian perisai dan berlatar belakang bunga-bunga sakura yang gugur.

Yamauchi Kazutoyo dan Chiyo. Dikatakan Chiyo pernah menghadiahkan seekor kuda kepada suaminya untuk ke medan perang.

Hasil tangan tradisional yang cukup mengagumkan.....

Monumen tembaga Yamauchi Kazutoyo diluar Istana Kochi, Jepun.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Saturday, 8 February 2014

Lagi Cerita Peristiwa Genji Dan "Matcha" di Ujigawa # Part 2.

Sambungan post bulan Januari yang lalu. 

Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang saya ambil sewaktu meneroka masuk ke sebuah kampung berhampiran Ujigawa di Kyoto,Jepun tempoh hari. Selain mempunyai kawasan persekitaran yang cukup bersih, nilai-nilai budaya yang dipamerkan disini cukup menghiburkan. 

Jangan lupa untuk melawat ke Ujigawa sekiranya anda menjejakkan kaki di Kyoto.  

Pengunjung yang datang melawat ke monumen Genji Monogatari yang terletak ditebing Sungai Ujigawa.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Thursday, 16 January 2014

Potret Fotografi : Samyang 85mm f/1.4 AS IF.

Saya seharian bergelut mempelajari lensa manual Samyang 85mm f/1.4 yang saya beli tempoh hari. Saya juga bersetuju dengan sesetengah pendapat pembaca yang menyatakan bahawa Samyang 85mm adalah lensa yang agak rumit dan sukar untuk dipelajari sekiranya anda menggunakannya dengan kamera crop body  seperti Nikon D3000 ataupun Nikon D5200 !

Walau bagaimanapun tugas anda untuk mengambil gambar dengan lensa Samyang 85mm ini agak mudah sekiranya anda menggunakan kamera semi-professional seperti D300/D300S dan juga kamera-kamera high end lain seperti Nikon D700, D800, D600 ataupun D4.

Nikon D300 bersama 85mm F/1.4

Saya berpendapat gambar yang dihasilkan adalah lebih baik daripada Nikon 50mm f/1.8

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Tuesday, 14 January 2014

Lagi Cerita Peristiwa Genji Dan "Matcha" di Ujigawa !

Kami begitu excited dan bergerak ke Pekan Uji pada lewat petang tersebut walaupun ini bukanlah lawatan kali pertama ke sini. Cuma yang berbeza untuk trip balik kampung kali ini adalah saya lebih detail  tentang jadual sepanjang saya berada disini dan bertekad untuk berjalan kaki melawati segenap penjuru pekan ancient tersebut. Selain terkenal dengan novel Tales Of The Genji, Pekan Uji ini juga turut terkenal sebagai tempat pengeluaran teh hijau jepun (Matcha) yang cukup tersohor tersebut. 

Pendek kata, rata-rata monumen yang anda jumpa di sini kebanyakkannya berkait rapat dengan dua perkara tersebut .

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Tuesday, 31 December 2013

HDR Photography.

Saya tidak fikir HDR adalah teknik fotografi yang sebenar tetapi pada sudut yang lain, saya berfikir yang ianya boleh menjadi satu teknik seni yang cukup menarik. 
Perbezaannya mungkin agak ketara bagi sebahagian daripada kita, tetapi saya fikir tiada salah sekiranya kita mencuba..........

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 25 December 2013

Gion : Geisha & Kelucahan Melampau ?

Sekeping gambar yang saya ambil sewaktu saya berjalan kaki merentasi Gion untuk menuju ke Nanzen-ji di Kyoto beberapa hari yang lepas. Ada yang kata lucah...ada yang kata funny...ada yang tidak ambil kisah...dan apa pula kata anda ?

 Rata-rata pengunjung yang datang ke sini lebih banyak memberi tumpuan kepada Maiko  ataupun Geisha  yang lalu-lalang dan tiada sesiapa pula yang berminat untuk mengambil gambar foto patung dekorasi jualan ini kecuali saya .......... 

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Tuesday, 24 December 2013

Kobe:"Jatuh Tujuh Kali, Bangun Lapan Kali! "

七転び八起き

Pepatah Jepun pernah berkata : Jatuh Tujuh Kali, Bangun Lapan Kali !

Peribahasa tersebut terlintas difikiran saya selepas saya return semula ke Kobe's Meriken Park. Entah kenapa tetiba saya jadi begitu emotional . Mungkin kerana bayangan kehancuran bandar Kobe sewaktu dilanda The Great Hanshin Earthquake pada tahun 1995 masih segar dalam ingatan saya. Apa apa pun, Kobe kini telah "bangun" semula dan anda boleh saksikan sendiri melalui beberapa keping gambar yang saya sertakan disini...

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Saturday, 21 December 2013

Siri Fotografi Di Sungai Kamogawa,Kyoto.

Saya cukup kagum dengan sungai Kamo ( Kamogawa) di Kyoto,Jepun. 
Walaupun telah berpuluh kali saya datang melawat, saya masih belum puas menikmati keindahan sungai Kamo yang begitu nyaman pada setiap kali muruh luruh datang menjelma. Selain menjadi rumah kepada puluhan spesis-spesis binatang, sungai Kamo juga adalah spot terbaik bagi anda yang meminati bird watching dan juga photography. 

Dan sudah tentu , kenakalan burung Tombi ataupun Japanese Black Kite pasti menjadi tumpuan kepada pengunjung-pengunjung yang datang.............. 

Dan inilah suasana sekiranya Tombi datang menyerang ......................

Video oleh  isteri - Naomi Sakane.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Thursday, 19 December 2013

Kyoto Jurnal 2013: Dan Salji Pun Mula Turun.....................

Perkh! Salji ? 

Cukuplah dengan pengalaman tahun lepas dengan musim salji ( sini ). Kalau boleh, saya tidak mahu lagi pulang ke Kyoto sewaktu musim sejuk.Selain daripada hari siangnya yang pendek ( pukul 5 petang sudah gelap), saya juga kurang sesuai dengan dengan persekitaran yang serba dingin dan lembab. 

Tapi yang pasti, saya akan pulang semula ke Kyoto sewaktu musim sakura nanti . 

Insyaallah!

Eeerrrrrr.....Salji tu special effect jer tau !

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Thursday, 12 December 2013

Adakah Ini Yoroi Asal Milik Oda Nobunaga Di Honno-ji,Kyoto ?

Sudah tentu jawapannya TIDAK!

Mungkin ini hanyalah satu gimik untuk mendapat perhatian pengunjung untuk datang memandangkan Honno-ji adalah tempat asal Oda Nobunaga membunuh diri setelah beliau dikepung dan Honno-ji dibakar oleh Akechi Mitsuhide pada 21th June 1582.

Bersambung.............

( Nota Kaki: Tiada data gambar dapat dikongsi bersama kerana gambar diambil dengan Iphone 5)

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 11 December 2013

47 Ronin: Entah Apa Punya Cerita !??

( Tiada Exif. Gambar diambil dengan Iphone 5 berhampiran Nishiki,Kyoto)  

Kalau anda memang seorang peminat sejarah peperangan medieval ataupun filem-filem klasik Jepun dan kemudiannya anda  menonton pula pra-tayangan filem 47 Ronin lakonan Keanu Reeves, anda pasti sakit hati mungkin juga sakit otak dan muntah darah! 

Mahunya tidak, segala jalan cerita sebenar tentang 47 ronin tersebut semua telah ditokok  tambah. Bermula daripada protagonist  Kai (lakonan Keanu Reeves) yang berdarah kacukan sehinggalah kepada pertembungan mereka dengan segala bentuk raksasa mistik dan shape shifting witchcraft - sejarah sebenar 47 Ronin habis "dilapah"dan terpesong jauh jauh dari cerita sebenar. Namun begitu, saya masih mahu memberikan rating lima bintang kepada Carl Rinsch, pengarah filem tersebut untuk faktor entertainment  tetapi kosong untuk nilai sejarah !  Bagi saya, ianya adalah filem yang paling teruk antara semua sequal 47 Ronin. 

Okay. Cukup sudah leteran saya tentang filem 47 Ronin tersebut. 

*******************

Kepada anda yang belum pernah mendengar cerita sebenar 47 Ronin ini, ianya berlaku pada awal bulan Mac tahun 1701 berpunca daripada pergaduhan antara Asano dan Kira Hozukenosuke. Asano Takuminokami yang pada ketika itu berada di istana Edo telah dicaci teruk oleh Kira Hozukenosuke. Selepas berkali-kali dicerca, Asano mula berang dan hilang sabar lalu mencabut pedang beliau serta menyerang Kira. Didalam serangan tersebut, Asano gagal membunuh tetapi beliau telah mencederakan Kira. 

Mengikut sejarah, pada hari yang sama juga beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh (Seppuku - acara ritual bunuh diri) oleh Shogun Tokugawa Tsunayoshi. 

Alasan yang diberikan oleh pihak Shogun untuk membenarkan hukuman tersebut adalah - marah serta bertindak mengikut perasaan adalah salah mengikut kod peraturan samurai dan melakukan serangan didalam istana juga adalah satu perkara yang tidak dapat dimaafkan. Pihak Shogun juga kemudiannya bertindak merampas segala harta milik keluarga Asano serta melucutkan kesemua jawatan pengikut-pengikut Asano dan mereka dibuang negeri.     
  
Filem 47 Ronin terbitan tahun 2001. Mempunyai jalan cerita yang menarik 
dan pelakon utama yang handsome - Takuya Kimura  :)

Tindakan tersebut ternyata menyebabkan pengikut-pengikut Asano berasa tidak berpuas hati malah mereka lebih marah selepas mengetahui yang Kira langsung tidak menerima sebarang hukuman walaupun beliau sebenarnya adalah dalang didalam pergaduhan tersebut. Oishi Kuranosuke, salah seorang daripada pengikut setia Asano berasa sangat terhina akibat keputusan tersebut dan bertindak mengumpul semula kesemua pengikut-pengikut Asano yang lain dan merancang untuk membalas dendam. Niat mereka hanya satu - Kira mesti dibunuh akibat perbuatannya !

Selepas lebih satu setengah tahun merancang mereka akhirnya bertemu semula pada  malam 14 Disember tahun 1702. Kumpulan 47  samurai yang sekarang berada dibawah pimpinan Oisi Kuranosuke ini mula berkumpul lalu bergerak menuju ke istana milik Kira.
Mereka meredah malam yang sangat gelap dan bersalji tebal itu tanpa disedari sesiapa termasuklah pengawal-pengawal istana Kira.   
   
Setelah sampai di istana Kira, kumpulan tersebut berpecah kepada dua kumpulan kecil lalu menyerbu masuk ke istana tersebut. Pengawal-pengawal Kira yang sedang bertugas pada malam tersebut terpinga-pinga dengan serangan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa malah ramai antara mereka dibunuh.

Terbaik antara semua. Filem terbitan tahun 1958 ini betul-betul mengikut jalan cerita sebenar sejarah 47 ronin. 

Kira yang menyedari akan serangan tersebut mula menjadi cemas dan hanya mampu bersembunyi di dalam istana. Beliau akhirnya berjaya ditangkap selepas didapati bersembunyi di bilik bawah tanah lalu diheret keluar untuk menerima hukuman. 
Oishi Kuranosuke yang bertindak sebagai ketua kumpulan tersebut memberitahu yang tujuan mereka datang adalah untuk menuntut bela atas kematian tuan mereka - Asano Takuminokami. Kira yang masih bersikap sombong dan enggan meminta maaf mula dibelasah teruk. Akhirnya, kepala Kira Hozukenosuke dipenggal oleh kumpulan tersebut lalu digantung pada sebatang tombak dan dibawa mengelilingi kawasan bandar sebagai trofi tanda kemenangan. 

 Mereka kemudiannya bergerak menuju ke kubur Asano Takuminokami di Sengakuji di Edo ( Tokyo)  sambil mengusung kepala Kira dan disaksikan oleh ribuan penduduk sekeliling. Kepala Kira yang dipenggal tadi akhirnya dibasuh berdekatan telaga di Sengakuji lalu dipersembahkan di hadapan kubur Asano menandakan mereka telah berjaya menuntut bela atas kematian Asano.
    
Kesemua 47 samurai tersebut akhirnya diarahkan untuk "membunuh diri" kerana tindakkan mereka namun kisah mereka kini menjadi sangat popular dan diabadikan 
didalam banyak filem dan pertunjukkan kabuki di mana kesetiaan dan hormat adalah perkara yang sangat disanjungi oleh golongan samurai.