Saturday, 16 January 2016

Kuala Kedah : 18 Tahun Berlalu Namun Geloranya Masih Terasa.




Pejam celik-pejam celik, hampir 18 tahun saya telah keluar meninggalkan Kuala Kedah.
Tidak banyak yang berubah tentang pekan kecil ini. Puluhan bot-bot nelayannya masih lagi keluar bersimpang siur membelah arus lautan pada lewat petang. Ada yang kecil dan ada yang besar. Ada yang baru hendak keluar mencari rezeki dan ada juga yang baru balik mencari jalan pulang. 


Gelora di penghujung muaranya juga masih lagi keruh serta berkeladak. Walaupun sebegitu, jangan dipandang rendah kerana buminya masih dihuni ribuan ikan pari, duri, gelama, belodok serta semilang. Begitu juga dengan angin malamnya, ianya masih tetap sama, panas serta berbahang sambil membawa lalu bau anyir ikan yang dipunggah di tambatan nelayan.


Banyak cerita dan kenangan lama yang masih segar serta subur disini...
Banyak juga harapan dan impian yang tertinggal dan baranya masih belum terpadam sehingga hari ini. Harapan tentang hari esok yang tidak pasti...Impian tentang hari esok yang kononnya rezeki akan datang bergundi-gundi...


Saya tidak pasti bila saya akan kembali semula lagi. Tetapi cukuplah untuk sekali ini.
Moga-moga saya masih berpeluang untuk datang semula ke sini, membawa isteri dan anak anak menjamu selera lewat petang dihujung pelabuhan sambil memerhati matahari senja yang tergantung menjunam di garis horizon malam.


By the way, seronok juga apabila berpeluang dapat membawa anak-anak berjalan balik ke kampung. Punyalah "berselfie", hanya tuhan saja yang tahu !













 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Muzium Kyoto Genji Monogatari : Hebat, Cantik Tetapi Agak Menyeramkan.

Niat awal untuk ke restoran hebat hidangan teh hijau jepun Itohkyuemon terpaksa saya batalkan kerana malas untuk beratur panjang. Restoran yang mempunyai reputasi sebagai antara restoran yanbg terbaik di Kyoto tersebut memang selalu dikunjungi orang ramai terutama sekali kepada pengemar-pengemar "matcha" ataupun teh jepun. Apa tidaknya, macam macam terdaoat disitu, bermula dari hidangan air krim hinggalah ke hidangan kek atau ramen, semuanya dibuat dengan menggunakan teh hijau jepun !  
  
Sebaliknya, saya melencong ke Muzium Genji Monogatari yang juga terletak di Pekan Uji, Kyoto pada lewat petang tersebut bersama Naomi dan Sachiko kerana saya belum pernah ke sini walaupun ianya terletak agak berhampiran dengan rumah.
 

Saya sampai ketika musim luruh baru bermula. Maka beruntunglah saya kerana dapat menyaksikan keindahan muka bumi Jepun bertukar warna menjadi serba kuning serta kemerah-merahan. Pada ketika saya menulis ini, pokok-pokok disekitar kawasan ini berkemungkinan besar sudah gondol menanti musim sejuk yang bakal menjelang tiba.  
 

Papan tanda yang terletak dihadapan muzium ini betul-betul telah menyelamatkan keadaan. Walaupun muzium ini terletak berhampiran rumah kami di Kyoto, tetapi ini adalah lawatan saya yang pertama ke sini. Saya sudah pasti akan sesat jalan kalau tidak kerana papan tanda ini.
 

 Boleh bertutur atau faham bahasa Jepun bukan bermaksud anda serba tahu segalanya tentang Jepun. Saya langsung tidak boleh membaca segala risalah (dalam bahasa jepun) yang dihulurkan kepada saya sewaktu saya membayar tiket untuk masuk ke muzium. Maka terpaksalah saya mencari Naomi untuk menerangkan segala-galanya kepada saya.
 
 
Saya cukup kagum dengan hiasan serta papan penjelasan yang dipamerkan.
Walaupun patung-patung hiasan yang menceritakan tentang kisah Genji Monogatari ini nampak cukup ayu serta cantik, adakalanya ianya agak menyeramkan terutama sekali sekiranya anda bersendirian di ruang bilik pameran. 







All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.
 

Thursday, 14 January 2016

The Entrance Near Kiyomizu-dera: Kimono Of All Styles And Colors




All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 13 December 2015

Kamikaze Diaries: Special Attack Corps.

It's not even Halloween yet when I was at Chiran Airbase, Kagoshima but this is very much a horror show. I've been told that Special Attack Corps at Chiran Airbase in Kagoshima sent off a total of 439 pilots on their kamikaze suicide attack missions and none of them ever returned.






















 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday, 3 December 2015

Kyoto Photoshelter : Another Hike To Kuramadera & Yuki-jinja.

Summer has finally ended and so it's time for the annual “Back in Japan” event. After a long night, long flight from Kuala Lumpur to Osaka and 2 hours taxi ride from Kansai International Airport,I showed up at home in Kyoto at about 12 noon. Tadaimaaaaaaaaaa......
 ただいま!!!!!!
















 


















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.