Niat awal untuk ke restoran hebat hidangan teh hijau jepun Itohkyuemon terpaksa saya batalkan kerana malas untuk beratur panjang. Restoran yang mempunyai reputasi sebagai antara restoran yanbg terbaik di Kyoto tersebut memang selalu dikunjungi orang ramai terutama sekali kepada pengemar-pengemar "matcha" ataupun teh jepun. Apa tidaknya, macam macam terdaoat disitu, bermula dari hidangan air krim hinggalah ke hidangan kek atau ramen, semuanya dibuat dengan menggunakan teh hijau jepun !
Sebaliknya, saya melencong ke Muzium Genji Monogatari yang juga terletak di Pekan Uji, Kyoto pada lewat petang tersebut bersama Naomi dan Sachiko kerana saya belum pernah ke sini walaupun ianya terletak agak berhampiran dengan rumah.
Saya sampai ketika musim luruh baru bermula. Maka beruntunglah saya kerana dapat menyaksikan keindahan muka bumi Jepun bertukar warna menjadi serba kuning serta kemerah-merahan. Pada ketika saya menulis ini, pokok-pokok disekitar kawasan ini berkemungkinan besar sudah gondol menanti musim sejuk yang bakal menjelang tiba.
Papan tanda yang terletak dihadapan muzium ini betul-betul telah menyelamatkan keadaan. Walaupun muzium ini terletak berhampiran rumah kami di Kyoto, tetapi ini adalah lawatan saya yang pertama ke sini. Saya sudah pasti akan sesat jalan kalau tidak kerana papan tanda ini.
Boleh bertutur atau faham bahasa Jepun bukan bermaksud anda serba tahu segalanya tentang Jepun. Saya langsung tidak boleh membaca segala risalah (dalam bahasa jepun) yang dihulurkan kepada saya sewaktu saya membayar tiket untuk masuk ke muzium. Maka terpaksalah saya mencari Naomi untuk menerangkan segala-galanya kepada saya.
Saya cukup kagum dengan hiasan serta papan penjelasan yang dipamerkan.
Walaupun patung-patung hiasan yang menceritakan tentang kisah Genji Monogatari ini nampak cukup ayu serta cantik, adakalanya ianya agak menyeramkan terutama sekali sekiranya anda bersendirian di ruang bilik pameran.
All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.