Thursday, 28 August 2014

Supermoon : World Of Sci-Fi Bersama Naomi !

Saya meneroka masuk ke alam Sci-Fi melalui aplikasi 
Photoshop CS5 dan juga Lightroom 4 . Walaupun ini adalah percubaan pertama saya untuk membawa Naomi mengembara ke alam Sailormoon, Voltron, Gundam, Laputa dan pelbagai lagi , namun saya cukup berpuas hati.

Insya Allah, akan saya cuba uploadkan beberapa keping gambar lagi selepas ini.

Supermoon di Pantai Chenang, Pulau Langkawi.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Sunday, 17 August 2014

Kyoto's Travelogue: Bunga Sakura Di Keage Incline !

Beberapa lagi gambar-gambar musim sakura (cherry blossoms) di Kyoto yang baru sempat saya post untuk kali ini. Keage Incline yang terletak di Kyoto ini selalunya dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung dari negara China dan bukannya penduduk tempatan itu sendiri . Walaupun penduduk dunia tahu akan sejarah dan hubungan "kurang mesra" kedua-dua negara tersebut tetapi ianya tidak berlaku disini. 

Masing-masing menghormati antara satu sama lain dan moga-moga hubungan tersebut berkekalan selamanya. 

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Saturday, 16 August 2014

HDR Fotografi : Kena Maki Ler Pula !

Minta maaf kepada sesetengah pembaca yang tidak suka tentang posting HDR yang saya buat semenjak beberapa hari yang lepas. Seperti mana yang saya nyatakan didalam post tersebut, saya sebenarnya masih belajar dan percayalah bahawa segala kritikan-kritikan yang dilemparkan akan saya jadikan motivasi untuk lebih berjaya.

Mudah-mudahan, saya mampu melakukannya dengan lebih baik. 

Insya Allah.

Pantai Pasir Hitam, Pulau Langkawi Kedah.

Pantai Teluk Burau, Pulau Langkawi Kedah.

Tsurumi Ryokuchi Koen , Osaka.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, 10 August 2014

HDR Fotografi : Rumah Api Harbour Park, Pulau Langkawi.

 Kalau bercakap tentang rumah api , ada tiga 3 rumah api yang betul-betul mencuri tumpuan saya. Yang pertama, rumah api Cape Hatteras yang terletak di North Carolina, Amerika Syarikat. Kedua , rumah api Enoshima yang terletak di Jepun dan ketiga, rumah api Harbour Park yang terletak di Pulau Langkawi. Masing masing cantik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. 

Sekali lagi saya menghabiskan masa pada lewat kelmarin disekitar rumah api Harbour Park untuk mendapatkan shot ini.

Nikon D300 / RAW / 17mm / ISO 200 / f16 / Photomatix Pro 5 / Lightroom / 5 Exposure.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Saturday, 9 August 2014

HDR Fotografi : Pantai Kok, Teluk Burau Langkawi.

Saya sebenarnya kurang berminat dengan High-dynamic-range ataupun HDR fotografi. Tetapi atas desakan rakan-rakan, saya mencuba juga pada lewat petang kelmarin di sekitar Pantai Kok berhampiran rumah api Teluk Burau di Langkawi. 

Alhamdulillah, jadi juga imej HDR walaupun ini adalah percubaan pertama saya. Selain daripada menggunakan bracketing 3 - 5 exposure dan RAW, imej ini juga telah diproses dengan perisian Lightroom CS3 dan juga Photomatix Pro 5. 

  Nikon D300 / RAW / 17mm / ISO 200 / f16 / Photomatix Pro 5 / Lightroom / 5 Exposure.          

Nikon D300 / RAW / 26mm / ISO 200 / f20 / Photomatix Pro 5 / Lightroom / 3 Exposure.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, 3 August 2014

Random Pictures From Around Kyoto @ Autumn.

Beberapa keping gambar di sekitar bandar Kyoto untuk dikongsi bersama. 
Enjoy !

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Monday, 28 July 2014

Eid Mubarak 2014

Wish you all a very happy and peaceful Eid Mubarak.May Allah accept your good deeds, forgive your transgressions and ease the suffering of all peoples around the globe.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Tuesday, 8 July 2014

Kyoto : Antara Musim Luruh Dan Musim Sakura.........

Saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah didalam memilih penerbangan untuk pulang ke Jepun. Kalau sebelum ini saya kerap memilih untuk turun di Kansai International Airport Osaka, bulan Disember nanti pula, saya memilih untuk turun di Chubu International Airport di Nagoya. Bagi saya ,kedua-dua lapangan terbang tersebut mempunyai advantage yang tersendiri .Kalau saya turun di Osaka, perjalanan pulang ke rumah hanyalah 1 jam setengan tetapi harga tiket penerbangan agak mahal dan sekiranya saya memilih Nagoya, perjalanan pulang mencecah 2 jam setengah tetapi segala-galanya amat murah. 
So, saya memilih untuk turun di Nagoya memandangkan saya sebenarnya tidaklah mengejar masa pada setiap kali saya balik ke Kyoto.

Bercakap tentang Kyoto, musim bunga kali ini agak panas berbanding tahun tahun sebelumnya. Cambahan bunga sakura juga agak banyak berbanding sebelum ini. Kawasan kawasan utama seperti Maruyama Park, Hirani Shrino dan Keage Incline dipenuhi dengan ribuan pengunjung pada setiap hari. Mahu atau tidak, anda terpaksa juga meredah lautan manusia dikawasan-kawasan ini untuk menikmati keindahan panorama musim sakura di sini. 

Cuba anda lihat kedua dua foto yang saya sertakan dibawah. Kedua-duanya diambil pada tempat yang sama tetapi pada musim yang berbeza. Sebab itulah Kyoto selalu diserbu pengunjung pada setiap kali musim sakura menjelang tiba...  

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, 15 June 2014

Saya Masih Disini Setelah Sebulan Menghilang ..............

Sebelum lebih saya tidak update apa apa pada blog saya. Selain daripada busy dengan tugas seharian, aktiviti bola tampar, saya juga sibuk dengan homework saya untuk terbang ke Nagoya sambil menjelajah Shimonoseki, Jepun. Ada benda yang hendak saya lihat,kaji dan huraikan. Sama ada saya sudah terpengaruh dengan buku terpengaruh dengan buku Tales Of The Genji ataupun peperangan Dannoura, hanya Tuhan saja yang tahu. 

Apa-apa pun, Insya Allah - banyak perkara yang hendak saya kongsikan disini nanti........

 \

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Friday, 9 May 2014

Potret Fotografi Di Hirakata Park,Osaka.

Siri mari belajar DSLR bersama anak-anak dan isteri.
Saya menuju ke Hirakata Park, Osaka awal pagi tersebut sambil bertekad untuk mengambil beberapa keping gambar famili untuk disimpan sebagai memori dan bukannya untuk syok sendiri :)   

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Wednesday, 30 April 2014

Kyoto's Arashiyama : Kembara Setengah Hari Di Hutan Buluh Sagano Mencari Jizo.

 \

Saya menuju ke Arashiyama awal pagi tersebut untuk melihat sendiri suasana sewaktu musim Sakura. Aliran sungai yang jernih serta berarus deras merentasi tiang-tiang Togetsukyo Bridge yang hampir setiap hari dilintasii ribuan manusia adalah trademark utama Arashiyama tetapi kali ini ianya diserlahkan lagi dengan pepohon sakura yang kembang ditebing sungai tersebut. Walaupun kebanyakkan bukit- bukau disini diselubungi dengan pepohon Sakura, saya berpendapat yang Arashiyama lebih cantik sewaktu musim luruh (autumn). Namun itu hanyalah pandangan peribadi saya.

Pada waktu tengah harinya saya menerokai kawasan hutan buluh Sagano yang juga terletak di Arashiyama sambil mencari patung-patung Jizo. Nasib saya agak baik kerana kawasan ini kurang dilawati sewaktu saya berada disni tempoh hari. 

Oh Ya ! Jangan lupa menyertai pesta Hanami bersama keluarga sekiranya anda berada disini pada musim Sakura sambil menikmati hidangan jagung, sotong kurita atau pun ikan ayu  (sweet fish) bakar yang dijual disini (harga sekitar RM8-RM15 ringgit). Bab minumannya pula, anda pilih sahaja segala jenis minuman yang terdapat pada vending machine yang banyak terdapat  disini (RM4 setin). Nasihat saya, jangan sesekali mencuba untuk menikmati makanan di restoran-restoran yang terdapat disini kerana harganya yang cukup mahal. Ditambah pula dengan kenaikan cukai jualan Jepun yang terbaru sebanyak 8%, ianya memang tidak berbaloi.  

Baiklah. Saya uploadkan juga disini video serba simple yang saya ambil sewaktu di Arashiyama tempoh hari. Walaupun kualitinya tidak sehebat mana, saya berharap ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk melancong ke sini. 