\
Saya menuju ke Arashiyama awal pagi tersebut untuk melihat sendiri suasana sewaktu musim Sakura. Aliran sungai yang jernih serta berarus deras merentasi tiang-tiang Togetsukyo Bridge yang hampir setiap hari dilintasii ribuan manusia adalah trademark utama Arashiyama tetapi kali ini ianya diserlahkan lagi dengan pepohon sakura yang kembang ditebing sungai tersebut. Walaupun kebanyakkan bukit- bukau disini diselubungi dengan pepohon Sakura, saya berpendapat yang Arashiyama lebih cantik sewaktu musim luruh (autumn). Namun itu hanyalah pandangan peribadi saya.
Pada waktu tengah harinya saya menerokai kawasan hutan buluh Sagano yang juga terletak di Arashiyama sambil mencari patung-patung Jizo. Nasib saya agak baik kerana kawasan ini kurang dilawati sewaktu saya berada disni tempoh hari.
Oh Ya ! Jangan lupa menyertai pesta Hanami bersama keluarga sekiranya anda berada disini pada musim Sakura sambil menikmati hidangan jagung, sotong kurita atau pun ikan ayu (sweet fish) bakar yang dijual disini (harga sekitar RM8-RM15 ringgit). Bab minumannya pula, anda pilih sahaja segala jenis minuman yang terdapat pada vending machine yang banyak terdapat disini (RM4 setin). Nasihat saya, jangan sesekali mencuba untuk menikmati makanan di restoran-restoran yang terdapat disini kerana harganya yang cukup mahal. Ditambah pula dengan kenaikan cukai jualan Jepun yang terbaru sebanyak 8%, ianya memang tidak berbaloi.
Baiklah. Saya uploadkan juga disini video serba simple yang saya ambil sewaktu di Arashiyama tempoh hari. Walaupun kualitinya tidak sehebat mana, saya berharap ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk melancong ke sini.
Insya Allah.
All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.