Sunday, May 27, 2012

Tamron 70-200mm f/2.8 Di LD Macro AF Lens Nikon AF

Saya percaya yang saya telah melakukan satu keputusan yang baik kerana membeli lensa Tamron 70-200mm f/2.8 berbanding dengan jenama Nikkor ataupun Sigma.Selain daripada harganya yang amat murah berbanding Nikkor (RM8000.00) dan Sigma (RM4000.00), kualiti gambar yang dihasilkan oleh Tamron ini juga agak setanding dengan kedua-dua pencabarnya tersebut.

Selain daripada ringan dan berbentuk professional, ianya juga merupakan satu lensa yang pantas serta dilengkapi dengan sistem dual format.Pendek kata, lensa Tamron ini amat sesuai kepada umum yang ingin menjadikan fotografi sebagai hobi.


Tamron 70-20mm f/2.8 dipadankan dengan Nikon D2H


Walaupun lebih murah dari Nikkor 70-200mm, lensa Tamron ini bersaiz hampir sama dengan peneraju lensa Nikon tersebut.

Nikon D2H 200mm f/11 1/250 sec ISO 200

Imej pepatung yang saya ambil tempoh hari menggunakan lensa Tamron bersama Nikon D2H.

Nikon D2H 200mm f/4 1/320 sec ISO 200

Lagi contoh gambar yang saya ambil menggunakan lensa Tamron 70-200 f/2.8.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you




All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.