Selepas lawatan saya ke Jepun bulan lepas, saya banyak berfikir tentang keupayaan kamera-kamera saya.Apa yang saya sedari, Nikon D3000 saya dan segala kamera compact yang saya miliki masih tidak mampu melakukan apa-apa sewaktu saya melawat litar Suzuka tempoh hari. Kepantasan segala kamera tersebut cukup perlahan dan gagal mendapatkan imej-imej kereta Ferarri yang sedang melakukan sesi pandu uji pada pagi tersebut.
Iktibar dari lawatan tersebut - saya akhirnya berjaya mendapatkan kamera Nikon D2H !
Walaupun tidak sehebat abangnya iaitu Nikon D4 atau D3 yang berharga sekitar USD8000, kepantasan Nikon D2H ini memang cukup menakjubkan. Berkeupayaan "menembak" 8 frames sesaat sehingga 40 frames maksimum, ianya adalah kamera yang cukup baik dan sesuai untuk sports/action photographers !
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.