Saya bukan jurugambar pro dan saya juga tidak mencari nafkah melalui photography. Oleh yang sedemikian, saya rasa adalah tidak praktikal untuk saya membeli lensa wide angle yang mahal-mahal untuk kamera saya .Cukuplah sekadar lensa "second hand" asalkan ianya mampu melahirkan imej-imej yang tajam serta menarik. Photography bagi saya hanyalah hobi untuk saya habiskan masa yang terluang sewaktu hujung minggu bersama keluarga.
Bercakap mengenai lensa murah, saya baru saja membeli satu lensa lama berjenama Sigma 21-35mm. Walaupun iannya hanya berharga RM300.00, lensa ini masih kelihatan baik dan berfungsi. Saya juga mendapati ianya mempunyai elemen kaca depan dan belakang yang bebas dari calar, kotoran dan kulat serta tiada habuk dalaman. Malah bilah aperture lensa ini juga bebas dari minyak dan mempunyai fokus yang sangat lancar. Secara overall, Sigma 21-35mm ini adalah belian yang terbaik dan saya sangat berpuas hati dengan kualiti gambar yang dihasilkan.
Lensa yang pada awalnya dibuat khas untuk kamera Nikon siri filem seperti N80, F100 juga sesuai digunakan pada body Nikon Digital SLR kamera yang lain seperti D50, D70, D80, D100, D200, D300,D2H dan lain-lain.Namun begitu, lensa ini tidak berupaya untuk auto focus pada kamera Nikon siri D3000, D3100, D5100 dan D60 kamera kerana ia tidak mempunyai motor yang dibina dalaman.
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.