Tuesday 23 October 2012

Tengu: Si Penunggu Tua Gunung Kurama.




Saya pernah diberitahu yang Tengu, sejenis makhluk tahyul yang terdapat didalam cerita rakyat Jepun adalah guru sebenar yang menurunkan ilmu bermain pedang kepada Minamoto no Yoshitsune. Minamoto no Yoshitsune iaitu salah seorang Shogun terulung dalam sejarah Jepun dikatakan mendapat ilmu tersebut daripada Tengu sewaktu beliau tinggal di Kuil Kurama ratusan tahun yang lalu sewaktu zaman Heiji Rebellion. Mengikut cerita pendita Buddha lama, makhluk Tengu ini bukanlah hantu tetapi merupakan makhluk ajaib dan dikatakan hidup di pergunungan Kurama yang terletak di Kyoto.

Mempunyai hidung yang panjang, Tengu dikatakan selalu menunjukkan kakinya yang berkedut-kedut kepada sesiapa yang ditemuinya untuk membuktikan yang beliau telah hidup pada usia yang lama. 

Saya sendiri akan mendaki pergunungan Kurama pada bulan hadapan untuk mencari fakta sebenar tentang Tengu dan semestinya saya akan berkongsi bersama pengalaman tersebut pada posting bulan hadapan !



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.