Sunday 9 December 2012

Kunjungan Ke Pangkalan Tentera Laut Jepun.


Saya berada di Hiroshima sepanjang minggu ini dan sempat melawat ke pangkalan tentera laut (IJN) Imperial Japanese Navy di Kure. seperti mana yang diketahui umum, Jepun juga mempunyai armada kapal selam yang hebat seperti kuasa besar lain dan aktif semenjak Perang Dunia Kedua.Malah sejarah peperangan pernah membuktikan yang Jepun pernah mempunyai beberapa jenis kapal selam yang boleh mengendalikan peluru torpedo, kapal selam jarak sederhana malah kapal selam yang boleh membawa 3 pesawat pengebom Aichi M6A (kapal selam Sen Toku I-400)  
 

Semasa Perang Dunia Kedua juga, Jepun dikatakan mempunyai 52 kapal selam yang lebih besar (3,000 tan) dan mereka membina 65 kapal selam dengan julat melebihi 20,000 kilometer pada 10 knot malah tentera Berikat sendiri tidak mempunyai kapal selam yang mampu sebegini.. Menjelang tahun 1945, Jepun telah berjaya membina 39 kapal selam diesel-elektrik berkuasa 10,000 kuasa kuda dan mampu bergerak pada kelajuan 23 knot di permukaan.




Lawatan saya ke sini betul-betul membuka mata saya tentang kapal selam.Malah pada malamnya, sebelum saya tidur, saya sempat membaca tentang kisah kapal selam "The Drebbel" hasil rekaan Cornelius Drebbel pada tahun 1620 yang dipercayai adalah kapal selam pertama pernah dibina. Walaupun mempunyai reka bentuk yang agak kelakar dan mempunyai dayung, revolusi kapal selam terus berkembang semenjak "The Drebble" diperkenalkan diikuti David Bushnell dengan mencipa "Turtle" pada tahun 1775, Robert Fulton dengan kapal selam Nautilius (1800 ) sehinggalah ke era kapal selam berkuasa diesel dan nuklear seperti kapal selam kelas Viriginia milik tentera laut Amerika dan Akula milik Rusia.


Malah ada fakta yang menyatakan bahawa kapal selam kelas typhoon milik armada tentera laut Russia boleh beroperasi selama 120 hari di dasar lautan tanpa perlu timbul ke permukaan!

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.