Sunday, 30 June 2013

Memburu Milky Way (Amanogawa) Di Pulau Langkawi,Malaysia.

Lupakan sejenak tentang kisah hantu langsuir yang diceritakan sering berterbangan dari pokok ke pokok berhampiran lembah bukit di Ulu Melaka. Lupakan juga tentang kisah jelmaan ular tedung selar sebesar peha yang juga dikatakan selalu melintas petak-petak sawah dan juga ancaman penunggu pepohon jawi di situ.

Semalam, saya sudah tiada ada apa-apa alasan lagi untuk tidak keluar rumah bagi mencari Milky Way kerana cuaca di langit adalah sangat baik dan juga sistem aplikasi Stellarium saya jelas menunjukkan yang Milky Way akan keluar dan merentasi langit malam di Pulau Langkawi dari arah Timur Selatan menghala ke Barat. Milky Way iaitu rangkaian himpunan jutaan bintang-bintang yang selalunya bercahaya dan tergantung pada langit malam ini selalunya mudah dilihat ketika bulan gelap tetapi oleh kerana pembangunan yang melampau dan juga light polution keterlaluan dari bandar-bandar berdekatan , ianya adalah mustahil untuk di lihat dengan mata kasar.Sebab itulah kadang-kadang kita pernah terbaca dan mendengar cerita yang peminat-peminat hardcore astrophotography sanggup memandu ratusan kilometer dari bandar bagi mencari kawasan yang bebas dari limpahan cahaya untuk tujuan fotografi.

Oh ya, bercakap tentang peminat astrophotography, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Alex Lim , penulis blog fotografi "Just Another Photography Enthusiast " yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada saya tentang penggunaan Stellarium dan juga bagaimana untuk "memburu" Milky Way di langit malam. Atas nasihat saudara Alex Lim lah , saya akhirnya berjaya juga mengambil gambar Milky Way tepat pada jam 10:09 malam berhampiran Kampung Mawar yang terletak di Jalan Makam Mahsuri Pulau Langkawi. Punyalah seronok, hanya Tuhan sahaja yang tahu !

Saya percaya, sekiranya saya mampu mengambil gambar Milky Way ketika bulan gelap ( semalam, bulan separuh penuh), hasil gambarnya pasti lebih menarik !



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. All photos are copyright the photographer and may not be used without written permission. 
Thank you.