Monday, 10 December 2012

Hiroshima - The Genbaku Dome


Saya terkedu berdiri dihadapan A Dome di bumi Hiroshima. Saya jadi celaru terkenangkan segala cerita tentang kezaliman manusia sesama manusia. Enam puluh tujuh tahun yang lalu, sebutir bom atom telah digugurkan tanpa sebarang amaran di  bandar Hiroshima.
Letupan daripada bom tersebut cukup dasyat ! Kesannya juga membawa malapetaka radiasi selama bertahun-tahun. Seratus empat puluh ribu orang terbunuh dan majoriti daripada angka tersebut adalah wanita dan kanak-kanak dan bukan musuh yang di cari iaitu tentera Jepun!



Puluhan ribu mangsa lain meninggal dunia akibat keracunan radiasi dan ramai juga yang menjadi cacat ! Beberapa hari selepas pengeboman tersebut, akhirnya Radio Tokyo mengumumkan bahawa Maharaja Jepun telah menerima terma Amerika untuk menyerah kalah. Maka seluruh dunia bersorak gembira dan percaya yang Amerika telah menyelamatkan dunia. Rata-rata penduduk dunia pada masa itu (sehingga hari ini) percaya bahawa bom atom tersebut telah menyebabkan perang berakhir serta berjaya "menyelamatkan" jutaan nyawa yang mungkin akanhilang jika Amerika bertekad untuk menyerang tanah besar Jepun secara habis-habisan. Ada satu ketika, saya sendiri percaya yang pengeboman tersebut adalah tindakan yang wajar dilakukan bagi menamatkan perang dunia. Namun setelah saya sampai ke sini, barulah saya mengetahui yang tindakan tersebut adalah tidak tepat dan tidak adil. Terlalu banyak pembohongan dilakukan bagi mengelak daripada serangan tersebut diketahui umum. Banyak cerita-cerita karut direka supaya dunia dapat menghalalkan pengeboman zalim tersebut. Daripada perbualan saya dengan penduduk veteran tempatan, angka kematian awal yang dilaporkan juga adalah tidak tepat malah jauh dari angka sebenar. 


Saya juga mendapati yang cerita tentang pesawat tentera udara Amerika yang menggugurkan risalah khas di bandar-bandar Jepun sebagai amaran untuk berpindah kepada penduduk awam Jepun adalah cerita karut ! Hakikatnya, risalah tentang serangan tersebut hanya digugurkan di bandar-bandar tersebut selepas Hiroshima dan Nagasaki telah musnah dijilat api.




Ah.. manusia...we are animals and we just pretend to be civilized !!!!!




All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.