Selepas berhari hari sibuk melayani request pihak atasan di tempat kerja, baru semalam dapat merasa nikmat sebenar berehat bersama keluarga. Barulah saya sedar yang masa memang cukup berharga.Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya, masa memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada saja tugasan serta urusan harus diselesaikan.
Kali ini, tiba pula giliran saya melayani request anak-anak yang kaki pancing untuk keluar menghabiskan cuti hujung minggu mereka. Mana lagi hala tuju saya untuk memancing kalau bukan ke Berjaya Langkawi Resort. Resort seluas 70 ekar ini adalah khazanah segala hasil alam, dari hutan ke lautan. Dengan fasiliti dan servis yang menarik, tidak hairanlah ianya sentiasa dipenuhi pengunjung sepanjang tahun.
Kali ini, tiba pula giliran saya melayani request anak-anak yang kaki pancing untuk keluar menghabiskan cuti hujung minggu mereka. Mana lagi hala tuju saya untuk memancing kalau bukan ke Berjaya Langkawi Resort. Resort seluas 70 ekar ini adalah khazanah segala hasil alam, dari hutan ke lautan. Dengan fasiliti dan servis yang menarik, tidak hairanlah ianya sentiasa dipenuhi pengunjung sepanjang tahun.
Untuk makluman, sekiranya anda memilih untuk menyewa bilik on water dan jika anda bernasib baik anda akan dapat melihat segerombolan ikan lumba-lumba bermain di hadapan bilik anda. Yang uniknya, kesemua ikan lumba lumba pacific indo tersebut adalah berwarna "Pink"!
Seperti biasa, saya post beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.
Gerepoh (GT - Giant Trevally) bersaiz juvenile ini membedal umpan hirisan ikan gelama yang saya hambur ke dasar chalet untuk memikat Siakap Merah. Satu bonus yang tidak disangka.
Gerepoh selalunya bergerak berkumpulan. Pemancing selalunya menjerat gerepoh melalui teknik popping ataupun casting. Waktu yang sesuai untuk memancing gerepoh adalah ketika awal pagi dan lewat petang.
Naomi juga teruja dengan tangkapan tersebut. Sewaktu memancing di perairan Jepun tahun lepas, tangkapan sea bream ataupun ikan kuku Naomi adalah lebih besar dari gerepoh di atas.
Ketika lewat senja, banyak koyan (hand line) dan fishing rod kami digegarkan oleh serangan kerapu botol.Kerapu Botol yang kadang-kadang dipanggil kerapu hijau juga dikenali sebagai Green Greasy Grouper. Kerapu spesis ini banyak ditembak (underwater cross bow) oleh nelayan nelayan yang menyelam di karang luas dan juga tuas di Langkawi . Harga sekilogram kerapu botol di sini boleh mencecah RM40.00. Aduhai ....
Ada juga sesetengah pihak di Langkawi cuba mengusahakan penternakan benih ikan kerapu botol. Adalah kalanya, mereka mengupah buruh buruh kasar dari Burma dan Thailand untuk mengail anak anak kerapu tersebut untuk dijual kepada mereka pada harga RM2.00 - 3.00 seekor. Namun saya percaya perbezaan kualiti isi ikan kerapu yang dibela di dalam kolam dan kerapu liar adalah ibarat langit dengan bumi. Saya dapati isi ikan ternakan dalam kolam lebih tawar dari ikan di lautan. Tak percaya? Cuba anda beli ikan Siakap di pasar pasar basah berhampiran anda, rasa dan bau lumpur cukup ketara pada ikan ikan tersebut !
Luluh hati saya apabila melihat malong (Tiger Moray Eel) bersaiz bagak yang menelan umpan hirisan ikan tongkol (aya kurik) saya. Seawalnya, saya ingatkan bapa kerapu botol yang mengheret umpan tersebut.
Malong ini dilepaskan semula ke lautan untuk generasi akan datang. Untuk peringatan, janganlah kita bunuh haiwan tersebut walaupun ianya tidak sesuai untuk di buat santapan.
Tekstur warna yang cantik sesuai benar kalau dibuat beg tangan wanita :)
All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.