Friday, 1 November 2013

Nikon D700 : Demam Yang Belum Lega !

Saya akui yang saya tidak mampu membeli D700 sewaktu ianya dilancarkan pada tahun 2008 dahulu.  Selain kerana ianya agak sukar untuk dibeli di Pulau Langkawi, harganya pada masa tersebut juga agak terlalu mahal. Apa yang saya ingat, harganya pada waktu tersebut adalah hampir mencecah RM10,000 (JPY 300,000 Yen) dan bersaing rapat dengan harga Canon EOS 5D Mark II dan juga Sony DSLR -A900.

Walaupun kini pihak Nikon telah pun melancarkan edisi kamera full frame terbaru iaitu siri D800, D800E,D610 dan D600, namun D700 masih lagi menerajui rank kamera-kamera full frame buatan Nikon (selain dari D4 dan D3X).  Saya juga mendapati yang ramai Nikonian masih lagi membincangkan tentang prestasi dan advantage kamera lagenda tersebut pada ruangan blog-blog dan juga forum-forum kamera walaupun ianya telah dilancarkan hampir 5 tahun yang lalu. Malah, saya sendiri yang telah bertahun-tahun menggunakan body buatan Nikon (D2H,D3000 & D300) turut terkena tempias akan kehebatan kamera tersebut. 

Kini, saya cuba mendapatkan bantuan Kitamura no Camera dan juga Matsuyastore Tokyo untuk mencari satu kamera Nikon D700 yang baru ataupun refurbished untuk saya membelinya.Walaupun saya sedar yang saya boleh membelinya melalui halaman eBay, namun saya agak ragu-ragu tentang rupa bentuk dan condition kamera tersebut. Biarlah saya sendiri yang memeriksa sebelum saya membelinya. 

Harap-harap pihak Kitamura No Camera dan Matsuyastore tidak akan menghampakan saya.   
  



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstandingThank you.