Terowong yang dibina pada tahun 1927 ini dikatakan berpuaka. Kononnnya banyak kemalangan maut terjadi disini selepas pemandu ternampak bayangan hantu pada cermin sisi kenderaan mereka. Mengikut lagenda, terowong ini dikatakan cukup "haunted" kerana terdapat banyak buruh paksaan yang mati disini sewaktu kerja-kerja pemunggahan besi landasan keretapi sewaktu zaman perang dahulu. Segala cerita-cerita tersebut menjadi lebih menarik kerana panjang terowong ini adalah 444 meter (nombor sial bagi kepercayaan orang Jepun 4-4-4 ). Entah betul atau tidak, wallahualam.
Naomi (isteri saya) adalah calon guide yang terbaik untuk explorasi ke kampung-kampung kecil yang terletak di lembah pergunungan Kyoto untuk kali ini. Tiada sebarang charge yang dikenakan. Ianya free !
Saya menyusur turun mengikuti denai kecil yang terletak bersebelahan hutan lalu sampai ke perkampungan tradisional yang cukup bersih dan menarik ini . Terdapat sungai yang cukup jernih dan mengalir lesu. Cuaca disekeliling pula amat sejuk memandangkan ianya terletak betul-betul dicelah pergunungan Kyoto.
Keadaan sungai disini yang cukup jernih. Terdapat banyak anak-anak ikan didalamnya.
Hampir 700 keeping gambar saya ambil disini tetapi hanya 10 keping saja mampu di proses sehingga hari ini. Lebihannya masih disimpan di dalam Lightroom folder. Hidup saya terlalu sibuk semenjak kebelakangan ini. Heh !
Walaupun saya tiba disini pada musim sejuk , namun masih terdapat pepohon momiji yang daun-daunnya baru bertukar menjadi kekuningan. Momiji selalunya bertukar menjadi merah pada lewat bulan November dan Kyoto menjadi cukup meriah sewaktu musim tersebut.
Walaupun hampir setiap tahun Erika pulang melawat datuk dan neneknya disini, beliau masih tidak jemu-jemu mengajak saya untuk meneroka seluruh pelusuk Kyoto !