Sewaktu
saya hendak keluar dari rumah untuk mengambil gambar suasana pagi di Pulau
Langkawi, saya nampak berlambak-lambak surat dalam peti surat yang abang posmen
selitkan.Boleh dikatakan hampir kesemua surat-surat tersebut ditujukan untuk
Nana, anak sulong saya yang kini sedang menunggu keputusan SPM. Surat-surat
tersebut datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Ada yang bersampul kecil, ada
yang besar, yang berwarna warni, yang panjang dan ada juga yang pendek. Nak
tahu surat apa? Heh..Semuanya surat tawaran masuk ke IPT dan
universiti-universiti swasta! Ini termasuklah juga biasiswa-biasiswa pelik lagi
tak masuk akal.
Selain
daripada surat tawaran, berjela-jela juga promosi dan prospektus yang
disertakan. Kelayakkan masuk pun punyalah senang. Kalau dapat 2-5 kepujian, dah
gerenti boleh masuk. Guna keputusan percubaan pun boleh. Eh? Senang benar. Dah
la tu, kalau setuju dengan tawaran pun, boleh main hantar persetujuan melalui
Whatapps jer. Salinan dokumen-dokumen pun tak perlu di cop pengesahan. Tapi
yang paling penting, jangan lupa bawa duit RM500 untuk pendaftaran! Amboi!
Anyway,
saya tak nak komen apa-apa la. Bukan niat saya nak demotivate sesiapa. Saya pun
bukanlah pandai sangat.Tapi sebaik-baiknya, kalau ada anak-anak dekat luar sana
yang mengalami “peristiwa” yang sama seperti saya, janganlah terlalu rambang
mata. Saya nasihatkan, tunggulah dulu keputusan SPM yang sebenar keluar nanti. Janganlah
terburu-buru. Kalau dapat keputusan yang bagus, insya allah, banyak lagi
peluang yang akan muncul tiba. Sabarlah. Kalau inginkan kepastian, saya cadangkan agar ibu bapa dan adik-adik refer dulu dengan guru. Lagi pun, bukannya murah harga untuk Diploma dan Ijazah yang ditawarkan di
IPTS. Bergolok-bergadai pun belum tentu boleh dapat duit secukup itu. Ada yang
RM20 ribu, ada yang RM30 ribu malah RM50 ribu pun ada. Manalah ibu-bapa nak
cekau cari duit sebanyak tu.
By the way,
siapalah yang pandai-pandai mendedahkan alamat rumah dan nombor- nombor telefon
kita kepada pihak ketiga ni?
Hmmm.. Apa
apa pun, sebelum terlupa, saya kongsikan beberapa gambar waktu pagi yang
diambil di sekitar Pulau Langkawi.
All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are
exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights
reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content
found on this site. Thank you.