Thursday 18 July 2024

Mesir 2024 - Jiwa Dah Meruntun Untuk Ke Sana !

 
Kalau tengok ke taraf ekonomi sekarang, keinginan hati untuk kembali ke kampung di Kyoto terpaksa ditangguhkan dulu bukan sebab kera a harga tiket penerbangan yang mahal tapi kerana kos daily expenses di sana yang semakin meroket. 

Nak pendekkan cerita,  seminggu perbelanjaan kau di sana adalah sama dengan total kos kau boleh belanja di Mesir. Bercakap mengenai Mesir, sudah berbulan homework saya lakukan dan insya allah, kalau ada rezeki memang saya nak merayau ke belah sana pula!

Bagi saya, Mesir adalah sebuah negara yang mempunyai kepentingan sejarah dan budaya yang amat unik dan sudah pasti ianya menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik
untuk para pengunjungnya. Walaupun ada beberapa cerita yang tak sedap didengar telinga terutamanya mengenai isu touts dan scammers yang berleluasa di sana dan pihak keselamatannya yang anti dron dan kamera DSLR,tapi jiwa tetap meronta-ronta untuk ke sana. Insya allah, semuanya akan OK sekiranya kita berhati-hati dan mematuhi segala aturan yang ditetapkan. 





All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Tuesday 9 July 2024

Langkawi : Cintakan Membawamu Kembali Di Sini (2024)



Kalau anda permerhati isu politik tempatan dan rajin ambil tahu isu semasa  anda alan dapati perbagai mainan serta politik kotor cuba ditujukan kepada Langkawi. Bermula dari isu makanan mahal, cara berpakaian di pantai  dan isu pelancong tempatan lebih suka memilih ke Thailand, banyak isu yang dibicarakan cukup berat sebelah, tidak adil dan lebih banyak menjahamkan ekonomi di sini daripada membantunya.  Tapi itulah. Tuhan tu maha kaya, adil lagi bijaksana. Walau dah bermacam-macam sentimen negatif yang telah dimainkan pun, 
anda tetap akan mendapati yang Pulau Langkawi adalah bumi permai lagi bertuah!


 Ianya masih merupakan destinasi pelancongan yang cukup popular, sangat menarik dan mempesonakan. Malah kini telah dinobatkan antara 10 Pulau terbaik di Asia untuk tahun 2024.
 

Dengan keindahan alamnya yang memukau, Langkawi tetap menjadi tempat yang sangat istimewa untuk dikunjungi. Dengan pasir putihnya yang halus mulus, air laut yang kebiruan jernih (perkhh macam Pantai Pasir Temgkorak tu) dan hutan tropikal jutaan tahunnya yang menghijau, maka tidak hairanlah ianya masih menjadi pilihan dan kerap dikunjung jutaan pelancong saban tahun.











All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.



Monday 8 July 2024

Keheningan Senja & Merdu Ombak Di Pantai Pasir Berdengung, Langkawi.

Suasana matahari terbenam di Pantai Pasir Berdengung, Pulau Langkawi sememangnya cukup indah dan menenangkan jiwa. Bunyi deruan angin serta ombak yang perlahan-lahan membelai ke arah pantai menambahkan lagi keindahan senja di pantai tersebut. Pantai yang jauh dari keriuhan pengunjung ini adalah tempat yang paling sesuai untuk meluangkan masa untuk bersantai dan menghayati keindahan alamsemula jadi yang menakjubkan di Langkawi bersama keluarga.

By the way, kalau ingin melihat suasana sebegini apabila matahari terbenam di Langkawi, seelok-eloknya datanglah pada bulan October sehingga April. Ini kerana cuaca pada musim tersebut agak kering dan langit lebih cenderung nenjadi cerah dan bersih.

Datang lah.



All images copyright @ 2024 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.



Sunday 7 July 2024

Tanabata 7 Julai: Tragedi Cinta Luar Biasa (2024)

Kisah cinta tragis antara Orihime dan Hikoboshi atau legenda Tanabata adalah merupakan cerita rakyat dari budaya Jepun dan ianya dirayakan setiap tahun pada tanggal 7 Julai. 

Diceritakan yang Orihime adalah seorang puteri yang sangat cantik dan pandai menenun sutera adalah anak kepada Dewa langit (Tentei). Hikoboshi, juga dikenali sebagai Kengyuu, adalah seorang gembala binatang. Mereka jatuh cinta dan kemudian berkanwin. Namun, setelah berkahwin, mereka begitu mabuk cinta sehinggakan mereka mengabaikan tugas harian dan pekerjaan mereka. 

Orihime mula berhenti menenun sutera untuk ayahnya, sementara Hikoboshi membiarkan semua ternaknya berkeliaran ke seluruh alam semesta. Dewa langit berasa sangat marah kepada meraka berdua dan memisahkan mereka dengan menempatkan mereka di sisi bertentangan di Sungai Surgawi (Amanogawa), yang dikenali kita sebagai Galaksi Bima Sakti dan mereka dilarang bertemu langsung.

 

Orihime berasa sangat sedih atas arahan tersebut mula menangis memohon belas ehsan daripada ayahnya. Sang Dewa Langit yang merasa terharu dengan linangan air mata dan penyesalan Orihime bersetuju untuk mengizinkan mereka berdua bertemu sekali dalam setahun, yaitu pada malam 7 Julai asalkan mereka menyelesaikan pekerjaan mereka dengan baik dan sempurna.

Diceritakan juga yang mereka hanya boleh bertemu jika langit cerah dan tiada hujan pada malam tersebut. Jika hujan turun, Sungai Surgawi menjadi terlalu berbahaya untuk direntasi dan mereka harus menunggu setahun lagi untuk bertemu kembali.

Disebabkan cerita lagenda ini maka terciptalah pesta perayaan Tanabata di Jepun, China dan Korea yang sekarang masih dirayakan dengan aktiviti menulis hajat lada kertas-kertas origami berwarna-warni  lalu digantung lada pepohon buluh. Terdapat juga berbagai lagi aktiviti lain   seperti menyalakan lampu tanglung, pesta tarian dan makanan bagi meraikan kisah cinta Orihime dan Hikoboshi ini.

 

All images copyright @ 2024 Langkawi nk.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.