Monday, 26 March 2012

Kyoto Jurnal : Kyoto Botanical Garden.



8hb March 2012 - Saya bangun awal pagi tadi. Pukul 6.30 pagi, mata saya sudah terbeliak dan sukar untuk dipejamkan semula. Suasana di luar terlalu sejuk dan saya tidak mampu mendapatkan tidur yang cukup. Selepas bangun mendapatkan sarapan yang cukup ringkas, kami sekeluarga mula keluar ke stesen keretapi Obaku yang terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari rumah.

Destinasi pada hari ini - Kyoto Botanical Garden. 


Saya sampai di Kyoto Botanical Garden agak awal pada pagi tersebut. Kelihatan bebunga Ume betul betul mekar di sini. Suasana pagi itu agak meriah dengan kehadiran kanak-kanak tadika yang memenuhi ruang taman permainan. Selepas puas mengambil gambar, saya mula bergerak menuju ke Kyoto Art Garden pula.Ianya hanya terletak betul-betul bersebelahan taman tersebut.


Beberapa lagi shots pada pagi tersebut....







Bersambung.......



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Friday, 23 March 2012

Kyoto Jurnal : Byodo-in


Ada sesuatu yang menarik mengenai duit syiling 10 Yen dan saya sendiri terlepas pandang.
Ianya memaparkan gambar rumah berhala Byodo-in yang begitu indah dan kaya dengan nilai-nilai arkitek. Ianya telah diistihar sebagai World Heritage Site pada tahun 1994 oleh UNESCO. Namun, percaya atau tidak yang lawatan saya ke sini adalah yang pertama walaupun ianya betul-betul terletak berhampiran dengan rumah saya di Kyoto !!


Byodo-in pada awalnya adalah tempat rehat yang dibina khas untuk ahli politik Jepun yang paling berpengaruh - Fujiwara no michinaga dan bukannya sebagai rumah berhala.Ianya mula dibina seawal tahun 998 dan diubah menjadi rumah berhala hanya pada tahun 1053. Lebih mengagumkan, Byodo-in ini masih tetap kukuh walaupun ianya pernah beberapa kali dijilat api dan dibina semenjak era Heian (Tahun kuno Jepun iaitu 794 hingga tahun 1185).


Bagi pembaca yang ingin melawati Byodo-in , ianya terletak hanya 15 minit perjalanan dengan berjalan kaki dari stesen JR  di hentian Uji,Kyoto. Jangan lupa mengambil peluang memasuki dewan Phoenix kerana ianya adalah tarikan sebenar rumah berhala ini.Saksikan juga keindahan ukiran dua ekor burung Phoenix yang dipahat khas diatas bumbung dewan tersebut dan juga artifak-artifak sejarah yang lain menceritakan peradaban zaman terdahulu. Sebagai peringatan , tiket masuk untuk ke dewan Phoenix berharga 300 Yen (RM12) selain daripada 600 Yen yang perlu di bayar sebelum anda memasuki kawasan Byodo-in ini.

   
Naomi dan Sachiko di hadapan Byodo-in.


Erika juga tidak mahu melepaskan peluang bergambar di sini.


Hiasan burung Phoenix yang diukir indah.


Dewan Phoenix. Keindahan senibina dewan ini begitu memukau.  


Bersambung.......



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Thursday, 22 March 2012

Kyoto Jurnal : Lagi Cerita Dari Ujigawa

Selain terkenal sebagai salah satu tourism spot di Kyoto,Ujigawa juga cukup terkenal kerana pesta memancing. Namun, pesta memancing yang dimaksudkan bukanlah dengan menggunakan tali kail bersama fishing rod sebaliknya menggunakan burung cormorant untuk menangkap ikan.Teknik cormorant fishing ini adalah salah satu teknik memancing kuno yang cukup terkenal bukan sahaja di Jepun malah di negara Perancis,Macedonia dan China.Kaedah yang digunakan adalah burung-burung cormorant yang dilatih akan diikat tali pada lehernya lalu dibiarkan berenang menangkap.Ikatan tali yang dilakukan pada leher burung tersebut harus dipastikan tidak terlalu ketat agar ikan-ikan yang ditangkap dapat dimuntahkan semula di dalam bot oleh burung-burung tersebut.


Salah seekor burung cormorant yang sedang dilatih di tebing Ujigawa.


Jambatan merah ini betul-betul menarik perhatian saya. Selain daripada warnanya yang cukup terang, ianya juga mempunyai ciri-ciri tradisional jepun yang begitu ketara.


Nana betul-betul enjoy dengan lawatan ke Ujigawa kali ini.


Berhampiran tugu perang Ujigawa.


Ume, Ume,Ume! 


Ini adalah pohon weeping willow-sejenis pohon sakura yang akan mekar indah pada awal bulan April nanti. Tahukah anda yang jangka hayat bunga sakura hanyalah mekar selama seminggu sahaja sebelum gugur menyembah bumi? 


Ujigawa...cukup klasik !





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Wednesday, 21 March 2012

Kyoto Jurnal : Mencari Murasaki Shikibu.

Saya sampai di rumah (Kyoto) pagi tersebut pada pukul 11.00 dan berehat lebih kurang 30 minit sebelum Sachiko datang membawa kami sekeluarga keluar untuk makan tengah hari. Naomi sempat mengajak kakaknya tersebut untuk meninjau pemandangan di Sungai Uji (Ujigawa) sebelum bertukar arah menuju ke Byodo-in kemudiannya.


Antara beberapa perkara menarik mengenai Ujigawa ini adalah ianya pernah menjadi medan pertempuran hebat antara Kiso Yoshinaka dan Minamotono Yoshitsune pada tahun 1184. Di sini, anda juga berpeluang untuk melihat sendiri monument Murasaki Shikibu , pengarang terkenal novel The Tale Of Genji ataupun Genji Monogatari yang dikatakan adalah novel tertua di dunia. Novel ini pernah di alih ke beberapa bahasa kerana keunikkannya dan nilai sastera yang cukup berkualiti.


Walaupun flight dari LCCT Kuala Lumpur ke Kansai mengambil masa hampir 7 jam, saya terus keluar bersiar-siar sebaik sahaja sampai di Kyoto walaupun dalam keadaan keletihan.


Bersama tugu Murasaki Shikibu - pengarang novel Tale Of The Genji.


Sekeluarga bersama tugu tersebut.


Ratusan burung merpati liar yang begitu jinak.


Pepohon Ume yang sedang mekar di tebing sungai Uji.Sekali pandang ianya seakan-akan bunga sakura !


Aliran sungai Uji pada tengah hari tersebut agak deras. Namun kebersihan sungai Uji harus menjadi contoh untuk semua.  


Bersambung............



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Tuesday, 20 March 2012

Kyoto Jurnal : Meredah Dingin Malam Ke Osaka.


Terminal T16 di LCCT agak sibuk pada awal pagi tersebut. Selain kelihatan begitu ramai penumpang jepun yang akan pulang ke negara mereka, saya dapati ramai juga pengunjung Malaysia yang akan terbang ke sana. Daripada perbualan saya dengan sesetengah penumpang lain, barulah saya sedar yang ramai antara mereka adalah pengunjung dari negeri Perlis yang akan mengikuti rombongan Travel Agent selama seminggu ke Kyoto.
Ramai antara mereka yang kelihatan begitu excited !


Mimpi Kyoto

Flight saya berlepas ke Kansai di dalam kedinginan awal pagi tersebut melalui terminal T16. Ternyata penerbangan AirAsia X, D7532 pukul 1.15 pagi dari LCCT ke Kansai tersebut adalah penuh. Walaupun suasana di dalam pesawat tersebut agak riuh rendah, saya sekali lagi terlelap dan dibuai mimpi-mimpi indah tentang Kyoto di sepanjang penerbangan tersebut.

*****

Saya sampai di lapangan terbang antarabangsa Kansai di Osaka pada jam 8 pagi. Mengikut laporan juruterbang, suhu diluar adalah 8'C.Suhu yang cukup sukar bagi saya untuk survive lama-lama di Jepun !! Urusan kami sekeluarga dengan imigresen selesai dalam jangka masa kurang dari 5 minit. Agak mengejutkan juga kerana ruangan imigresen bagi pemeriksaan paspot dan visa kelihatan begitu lengang dan tidak seperti lawatan saya terdahulu yang mana memerlukan hampir setengah jam untuk selesai.


Ume Sepanjang Jalan

Saya meneruskan perjalanan saya ke Kyoto dengan MK teksi yang disewa pada harga RM400 untuk satu hala. Perjalanan dari Kansai ke rumah saya di Kyoto memerlukan satu setengah jam perjalanan untuk sampai. Di sepanjang perjalanan pagi tersebut, kelihatan bunga Ume sedang mekar indah (Bunga apricot) dan hampir keseluruhan pepohon di tepi jalan dan halaman rumah orang-orang di sini kelihatan berwarna pink dihiasi cambahan bunga-bunga Ume.


Satu pemandangan yang agak luar biasa dan menakjubkan !! 


Bersambung..............



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


















Monday, 19 March 2012

Kyoto Jurnal : Dari Langkawi Ke Kyoto !



6hb March 2012 - Hujan turun hampir di keseluruhan Pulau Langkawi. Saya mengambil penerbangan AK 5329 AirAsia dari Pulau Langkawi ke Kuala Lumpur pada jam 5:45 petang. Alhamdulillah, urusan check in dan baggage cukup sempurna dan tiada sebarang masalah atau pun delay.

Saya sampai di Terminal LCCT 15 minit lebih awal dari jadual penerbangan. Entah apa yang dibuat oleh juruterbang pesawat tersebut sehingga kami sampai sebegitu awal. Apa yang saya tahu, sebaik saja pesawat tersebut berlepas dan juruterbang mengumumkan yang pesawat tersebut berada pada 30,000 kaki dari paras lautan dan bergerak pada 825 km sejam, saya terus terlelap di sepanjang penerbangan tersebut.

Banyak masa saya dihabiskan di KFC LCCT menikmati minuman air berkarbonat tanpa terhad (bayar sekali saja, lepas tu minumlah sebanyak mana yang mampu..) sambil membaca majalah Digital Photography. Saya kemudiannya meneruskan sesi "makan-minum" di Restoran "Taste Of Asia" pula menikmati teh tarik dan nasi lemak dan berharap masa akan cepat terus berjalan kerana saya sudah tidak sanggup lagi menantikan flight saya ke Kansai yang hanya akan berlepas pada pukul 1:10 pagi nanti  !!!

Bersambung.............


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you




All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Sunday, 18 March 2012

Scuderia Ferrari - Sesi Latihan Di Litar Suzuka, Jepun

Uh ! Beruntung betul saya tempoh hari. Niat sebenar membawa anak pergi bermain di taman hiburan berhampiran litar Suzuka menjadi lebih bermakna kerana kebetulan pasukan Scuderia Ferrari sedang menjalani latihan untuk sesi perlumbaan di Australia dan juga perlumbaan domestik.

Saya kemudiannya baru mendapat tahu yang pada hari yang sama adalah ulang tahun yang ke 50 tahun litar Suzuka.Patutlah ada macam macam aktiviti yang disediakan.

Memandangkan ini adalah kali yang pertama saya menjejakan kaki di wilayah Mie,  maka ianya adalah merupakan pengalaman yang sukar untuk saya lupakan. Seperti biasa, beberapa keping gambar diambil untuk dikongsi bersama.  










Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you




All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Monday, 5 March 2012

Kyoto Jurnal.

Tinggal lebih kurang 48 jam lagi sebelum saya terbang pulang Kyoto. Nantikan jurnal perjalanan tersebut dan sudah pasti ianya disertakan dengan gambar-gambar perjalanan saya di sana.





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

Monday, 27 February 2012

Senandung Anak Laut - Part 2

Pejam celik-pejam celik, meningkat lagi usia saya hari ini. Tidak banyak perkara yang dapat dilakukan pada harijadi saya pada tahun ini memandangkan Naomi masih berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Selepas habis kerja jam 5 petang tadi - saya terus membawa anak anak pergi mengail sotong di Teluk Datai. Walaupun niat sebenar hanya untuk bersiar siar sambil mengambil angin segar di tepi pantai, tangan masih gatal juga untuk menduga sotong di Teluk tersebut. Namun, hasilnya...Hmmmm kosong! Rezeki untuk hari ini memang tidak ada.

 Bagi Nana & Erika , keceriaan jelas terpancar di wajah mereka kerana berjaya menangkap beberapa ekor ketam liar untuk dikaji selidik..
(Ketam-ketam tersebut akhirnya dilepaskan semula ke lautan....)












Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Wednesday, 22 February 2012

Wordless Wednesday #8 - The Man Behind The Myth.


Tinggal 14 hari saja lagi untuk saya pulang ke Kyoto bersama keluarga.Harapan saya hanya satu - Saya ingin menjelajah ke dataran Iga dan mendalami gaya hidup dan apa itu erti ninja !  





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

Images: Credit to Google & Iganinja.jp