Tuesday, 20 March 2012

Kyoto Jurnal : Meredah Dingin Malam Ke Osaka.


Terminal T16 di LCCT agak sibuk pada awal pagi tersebut. Selain kelihatan begitu ramai penumpang jepun yang akan pulang ke negara mereka, saya dapati ramai juga pengunjung Malaysia yang akan terbang ke sana. Daripada perbualan saya dengan sesetengah penumpang lain, barulah saya sedar yang ramai antara mereka adalah pengunjung dari negeri Perlis yang akan mengikuti rombongan Travel Agent selama seminggu ke Kyoto.
Ramai antara mereka yang kelihatan begitu excited !


Mimpi Kyoto

Flight saya berlepas ke Kansai di dalam kedinginan awal pagi tersebut melalui terminal T16. Ternyata penerbangan AirAsia X, D7532 pukul 1.15 pagi dari LCCT ke Kansai tersebut adalah penuh. Walaupun suasana di dalam pesawat tersebut agak riuh rendah, saya sekali lagi terlelap dan dibuai mimpi-mimpi indah tentang Kyoto di sepanjang penerbangan tersebut.

*****

Saya sampai di lapangan terbang antarabangsa Kansai di Osaka pada jam 8 pagi. Mengikut laporan juruterbang, suhu diluar adalah 8'C.Suhu yang cukup sukar bagi saya untuk survive lama-lama di Jepun !! Urusan kami sekeluarga dengan imigresen selesai dalam jangka masa kurang dari 5 minit. Agak mengejutkan juga kerana ruangan imigresen bagi pemeriksaan paspot dan visa kelihatan begitu lengang dan tidak seperti lawatan saya terdahulu yang mana memerlukan hampir setengah jam untuk selesai.


Ume Sepanjang Jalan

Saya meneruskan perjalanan saya ke Kyoto dengan MK teksi yang disewa pada harga RM400 untuk satu hala. Perjalanan dari Kansai ke rumah saya di Kyoto memerlukan satu setengah jam perjalanan untuk sampai. Di sepanjang perjalanan pagi tersebut, kelihatan bunga Ume sedang mekar indah (Bunga apricot) dan hampir keseluruhan pepohon di tepi jalan dan halaman rumah orang-orang di sini kelihatan berwarna pink dihiasi cambahan bunga-bunga Ume.


Satu pemandangan yang agak luar biasa dan menakjubkan !! 


Bersambung..............



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.