Pejam celik-pejam celik, meningkat lagi usia saya hari ini. Tidak banyak perkara yang dapat dilakukan pada harijadi saya pada tahun ini memandangkan Naomi masih berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Selepas habis kerja jam 5 petang tadi - saya terus membawa anak anak pergi mengail sotong di Teluk Datai. Walaupun niat sebenar hanya untuk bersiar siar sambil mengambil angin segar di tepi pantai, tangan masih gatal juga untuk menduga sotong di Teluk tersebut. Namun, hasilnya...Hmmmm kosong! Rezeki untuk hari ini memang tidak ada.
Bagi Nana & Erika , keceriaan jelas terpancar di wajah mereka kerana berjaya menangkap beberapa ekor ketam liar untuk dikaji selidik..
(Ketam-ketam tersebut akhirnya dilepaskan semula ke lautan....)
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.