Tuesday, 10 December 2013

"The Chrysanthemum Dolls Di Hirakata Park, Osaka"

Selepas hasrat untuk berkunjung ke Tokyo terpaksa dibatalkan kerana freak accident yang terjadi kepada Oni-san, Naomi mengubah jadual perjalanan ke Disneyland lalu digantikan dengan Hirakata Park yang terletak di Osaka. Walaupun Hirakata Park ini tidaklah terkenal ataupun happening seperti Disneyland dan Universal Studio, namun ianya tetap menghiburkan dan pas masuk yang dikenakan juga adalah cukup murah.

* * * * *

Dalam perjalanan keluar daripada Hirakata Park pada lewat petangnya, saya singgah sebentar di pesta bunga Chrysanthemum untuk menyaksikan hiasan patung-patung samurai yang digubah dengan menggunakan bunga-bunga Chrysanthemum. Kepada anda yang mempunyai rangkaian sistem NHK ataupun selalu menonton Taiga Drama dirumah, anda tentu kenal dengan watak-watak samurai yang dipamerkan. Sudah tentulah samurai hebat seperti Saigo Takamori hinggalah ke Sakamoto Ryoma semuanya ada dan dipamerkan disini. 

Oh Ya. Tiada Exif (data gambar) dapat saya sertakan kali ini kerana keseluruhan gambar-gambar ini diambil dengan menggunakan telefon bimbit Samsung S4.      

 .

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Sunday, 8 December 2013

Daigo-ji : Meriah Di Musim Luruh Dan Juga Sakura !

Sambungan tentang perjalanan saya di Jepun. 

Saya hari ini singgah sebentar di Daigo-ji, satu lagi kuil purba yang terletak di daerah Fushimi di Kyoto. Saya hanya berlegar-legar di kawasan luar kuil sahaja dan tidak mengambil keputusan untuk membayar tiket masuk ( JPY 500 ataupun RM 17) kerana daun-daun momiji yang bercambah keluar disini agak kurang berbanding dengan kawasan-kawasan yang lain. Namun begitu , kehadiran pengunjung yang datang ke sini agak ramai mungkin kerana status kuil ini yang menjadi salah satu ikon  dan juga National Treasure Of Japan. 

Saya tinggalkan Daigo-ji selepas sejam berada di situ dan berjanji untuk kembali semula sewaktu musim sakura nanti. Katanya, sakura disini sangat cantik ketika mankai !

Nikon D300 26mm 1/60 sec f/11 ISO 400

                                                   Nikon D300 34mm 1/125 sec f/1o ISO 400

                                                    Nikon D300 18mm 1/40 sec f/10 ISO 400

                                                 Nikon D3000 50mm 1/160 sec f/6  ISO 1600 

                                                     Nikon D300 35mm 1/80 sec f/10 ISO 400

Nikon D300 38mm 1/2000 sec f/2.8 ISO 400

 Nikon D300 26mm 1/160 sec f/10 ISO 400

 Nikon D300 30mm 1/160 sec f/10 ISO 320 

                                                      Nikon D300 55mm 1/100 sec f/10 ISO 320

                                                       Nikon D300 26mm 1/60 sec  f/8  ISO 400

                                                         Nikon D300 23mm 1/2000 sec  f/2.8  ISO 400

                                                            Nikon D300 17mm 1/160 sec  f/10  ISO 640

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Thursday, 5 December 2013

Tofuku-ji: Momiji,Ginkyo Dan Lautan Manusia.

Kyoto betul-betul meriah pada musim luruh kali ini. Hampir kesemua tempat-tempat untuk menyaksikan pemandangan daun-daun momiji padat dan dipenuhi manusia.Malah saya sendiri terpaksa tinggalkan kereta di stesen Keihan Rokujizo dan menggunakan perkhidmatan keretapi semata-mata untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke Tofuku-ji. 

Tekaan saya memang benar.Tofukuji yang terletak sebegitu hampir dengan Kyoto Station ini memang menjadi tumpuan. 

Nikon D300 70mm 1/160 sec  f/8 ISO 1000.

Sekali pandang, saya berasa seperti berada di medan pertempuran pula -  ye la, tersepit ditengah-tengah ribuan manusia dan dikelilingi ratusan pokok berdaun kemerah-merahan yang seperti disimbah darah !

Nikon D300 105mm 1/100 sec  f/20 ISO 1000.

Nikon D300 20mm 1/80 sec  f/22 ISO 1000.

 Nikon D300 55mm 1/80 sec  f/22 ISO 1000.

 Nikon D300 200mm 1/60 sec  f/5  ISO 1000.

Nikon D300 145mm 1/320 sec  f/10 ISO 400.

Nikon D300 55mm 1/640 sec  f/2.8 ISO 1000.

Nikon D300 122mm 1/320 sec  f/9 ISO 1000.

Nikon D300 22mm 1/80 sec  f/10 ISO 1000.

Bersambung.......................

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Tuesday, 3 December 2013

Hamparan "Permaidani Kuning" Di Nanzen-ji,Kyoto.

Saya sepatutnya bergerak menuju ke Iwato Ochiba Jinja tetapi oleh kerana jadual perjalanan bas untuk ke sana adalah sejam sekali, maka saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Sebaliknya, saya dan Naomi bertekad untuk berjalan kaki menuju ke Nanzen-ji,  sebuah kuil purba yang cukup terkenal di Kyoto dan terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Shijo Street. Untuk pengetahuan, Nanzen-ji merupakan salah satu hot-spot untuk peminat-peminat fotografi musim luruh kerana cambahan daun-daun merah momiji
dan juga guguran daun-daun kuning pohon ginkyo.

Punyalah ramai pengunjung yang datang pada hari tersebut hanya Tuhan saja yang tahu. Ianya penuh sesak dengan bas-bas persiaran, teksi dan kereta-kereta milik pengunjung. Belum pernah saya saksikan sebegitu banyak orang mengunjungi Kyoto sebegini ramai.

 Apa- apa pun, suasana didalam kawasan shrine ini cukup tenang dan amat berbeza dengan keadaan di luar............

Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

                                                 Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

                                                Nikon D700 70mm 1/1250 sec  f/2.8 ISO 400.

Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

                                           Nikon D3000 50mm 1/800 sec  f/1.8 ISO 1600.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Friday, 1 November 2013

Nikon D700 : Demam Yang Belum Lega !

Saya akui yang saya tidak mampu membeli D700 sewaktu ianya dilancarkan pada tahun 2008 dahulu.  Selain kerana ianya agak sukar untuk dibeli di Pulau Langkawi, harganya pada masa tersebut juga agak terlalu mahal. Apa yang saya ingat, harganya pada waktu tersebut adalah hampir mencecah RM10,000 (JPY 300,000 Yen) dan bersaing rapat dengan harga Canon EOS 5D Mark II dan juga Sony DSLR -A900.

Walaupun kini pihak Nikon telah pun melancarkan edisi kamera full frame terbaru iaitu siri D800, D800E,D610 dan D600, namun D700 masih lagi menerajui rank kamera-kamera full frame buatan Nikon (selain dari D4 dan D3X).  Saya juga mendapati yang ramai Nikonian masih lagi membincangkan tentang prestasi dan advantage kamera lagenda tersebut pada ruangan blog-blog dan juga forum-forum kamera walaupun ianya telah dilancarkan hampir 5 tahun yang lalu. Malah, saya sendiri yang telah bertahun-tahun menggunakan body buatan Nikon (D2H,D3000 & D300) turut terkena tempias akan kehebatan kamera tersebut. 

Kini, saya cuba mendapatkan bantuan Kitamura no Camera dan juga Matsuyastore Tokyo untuk mencari satu kamera Nikon D700 yang baru ataupun refurbished untuk saya membelinya.Walaupun saya sedar yang saya boleh membelinya melalui halaman eBay, namun saya agak ragu-ragu tentang rupa bentuk dan condition kamera tersebut. Biarlah saya sendiri yang memeriksa sebelum saya membelinya. 

Harap-harap pihak Kitamura No Camera dan Matsuyastore tidak akan menghampakan saya.   
  
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstandingThank you.

Thursday, 31 October 2013

Tahniah Kepada Jabatan Imigresen Pulau Langkawi !

Terima kasih dan sejuta tahniah kepada pihak Jabatan Imigresen Pulau Langkawi diatas kecemerlangan mereka dalam menjalankan tugas harian ! Saya cukup kagum dengan prestasi Jabatan Imigresen semenjak akhir-akhir ini walaupun pada satu ketika dahulu saya agak "tawar hati" untuk menjalankan urusan dengan mereka. 

Namun terdapat perbezaan sedikit dengan perkhidmatan yang mereka berikan tempoh hari. Selain tidak kedekut dengan senyuman yang dilemparkan, urusan memperbaharui paspot antarabangsa saya juga berjaya disiapkan dalam tempoh kurang dari 15 minit ! 
Perrkh ! 

Saya yang kelihatan seperti Sakamoto Ryoma ! 

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstandingThank you.

Saturday, 26 October 2013

Pretty Girls All In A Row........

 How can a guy get any work done living in a place like this !? 
Joke !

 (EXIF - IPHONE 5)

(EXIF - IPHONE 5)

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstandingThank you.

Friday, 25 October 2013

Kenko 2X Teleconverter (Auto Focus).

Saya kurang pasti apa akan terjadi pada gambar-gambar macro yang saya ambil sekiranya Kenko 2X Teleconverter yang baru saya beli ini dipadankan dengan lensa Tamron 90mm f/2.8. 

Saya juga bercita-cita untuk mencuba Kenko 2X Teleconverter ini bersama lensa-lensa telephoto saya yang lain dengan harapan ianya mampu menghasilkan imej-imej yang berkualiti (walaupun terdapat banyak komen-komen negatif di internet). Good luck for me and thank you Tomoyo Kawashima!

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Monday, 21 October 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace 2013: Dassault Rafale - Multirole Fighter ( LIMA 2013 ).

Kementerian Pertahanan (MINDEF) masih belum memberi kata putus tentang pesawat baru yang akan mengambil alih tugas yang sebelum ini dijalankan oleh pesawat pemintas MiG-29N. Khabar angin mula bertiup kencang yang kononnya pesawat tempur dari Perancis iaitu Dassault Rafale bakal tiba ke bumi Malaysia bagi menggantikan MiG-29N. Entah betul atau tidak, saya kurang pasti.

Apa-apa pun, saya sertakan disini beberapa shot pesawat tersebut yang saya sempat ambil sewaktu pertunjukkan udara LIMA 2013 tempoh hari.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Tuesday, 15 October 2013

Kobe Photography: 2900 "Like" & Counting .............

Saya mendapat tahu foto yang saya hantar kepada pihak facebook KOBEjp  (Kobe's Tourism & Photography) telah pun disiarkan lewat malam semalam. Walaupun foto tersebut bukanlah hasil kerja tangan jurugambar professional tetapi ianya tetap mendapat sambutan. Gambar yang saya ambil di Hachimaki Observation area di puncak Gunung Rokko, Kobe tersebut memang pernah mendapat kepujian daripada rakan-rakan tetapi saya berasa seperti tidak percaya apabila ianya diterima oleh pihak KOBEjp.Belum pun 24 jam gambar tersebut keluar , hampir 3000 "Like" telah diberikan dan saya percaya angka tersebut akan meningkat pada lewat petang nanti. 

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.'

Sunday, 13 October 2013

Test Shot : Tamron 90mm with Kenko Extension Tube Set

Saya masih ingat beberapa tahun yang lepas betapa saya membazir duit dengan sebegitu banyak untuk mempelajari teknik macro photography. Kerana terlalu mempercayai perbincangan forum-forum didalam internet, saya banyak membeli filter-filter yang kononnya dapat menghasilkan gambar macro yang bagus dan ini termasuklah dengan membeli kanta Raynox DCR 250 yang sebegitu mahal tetapi hasilnya amatlah mengecewakan.

Namun, rahsia macro photography tersebut akhirnya terbongkar apabila saya mengikuti pembelajaran teknik fotografi di halaman Youtube yang mana menasihati peminat-peminat photography supaya menggunakan kombinasi lensa Tamron 90mm f/2.8 yang dipadankan dengan Automatic Extension Tube (Kenko).

Nah ! 

Inilah hasilnya ! Selamat mencuba..

Nikon D300 / 90mm / 1/200 sec / ISO 400 / Kenko Extension Tube DG

Nikon D300 / 90mm / 1/250 sec / ISO 400 / Kenko Extension Tube DG