Sunday 2 November 2014

Kyoto's Sakura Travelogue: Pesta Hanami Di Ujigawa, Kyoto.

Saya selalu menulis mengenai pekan Uji yang terletak di Kyoto ini . Malah , saya selalu datang ke sini setiap kali saya pulang ke Kyoto. Ada tarikan tersendiri tentang pekan kecil ini. Selain daripada terkenal sebagai tempat perusahaan produk teh hijau ataupun matcha yang terkenal , Uji juga terkenal sebagai salah satu hot spot untuk hanami (pesta bunga sakura). Saya agak beruntung kerana lawatan saya ke Ujigawa pada bulan April yang lalu adalah waktu kemuncak cherry blossom disana.




















All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Saturday 1 November 2014

Kyoto's Sakura Travelogue: Mother Nature Atau Mak Mertua?


Okay.
Ada dua isu yang betul-betul membimbangkan saya setiap kali saya berada di Kyoto. Pertama , saya takut kepada amarah mother nature dan keduanya rungutan mother-in-law ! :)

Atas faktor-faktor tersebut, saya selalunya mengelak untuk pulang ke Jepun sewaktu musim panas (July-Sept) bukan kerana takut kulit menjadi hitam ataupun tidak boleh lena malam tetapi kerana saya bimbangkan badaian ribut taufan ataupun super typhoon yang rajin membedal tanah Jepun pada waktu tersebut. Apa-apa pun, saya kini lebih kerap pulang ke sana pada musim-musim yang yang lain dan terima kasih saya ucapkan kepada Air Asia yang selalu mempromosikan tiket penerbangan yang cukup murah pada ketika ini. Kalau nak harapkan promosi dari syarikat penerbangan lain, sepuluh tahun sekali pun belum tentu saya  boleh saya pulang ke sana.

Oh Ya, saya sertakan beberapa keping gambar lagi sewaktu musim sakura (cherry blossoms) di Kyoto. Kesemua gambar-gambar ini diambil berhampiran terusan kecil Shirakawa-dori.
























All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Friday 31 October 2014

Kyoto's Sakura Travelogue: Cerita Bunga Sakura Di Sanjo Ohashi.


Saya dibesarkan di Tongkang Yard, Alor Setar dan separuh daripada usia saya banyak dihabiskan disekitar kawasan tersebut. Dulu-dulu orang pernah berkata yang Tongkang Yard ini adalah "black area", bukan kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan ancaman komunis bintang tiga tetapi kerana ancaman lain yang lebih berbahaya iaitu dadah. Akibatnya, saya selalu digelar sebagai "taik pit" ataupun penagih tegar setiap kali saya memperkenalkan diri dan asal usul saya kepada umum. Lebih malang lagi, saya juga sering ditertawakan didalam kelas apabila saya memberitahu yang cita-cita saya ingin adalah menjadi seorang doktor kepada cikgu. Punyalah malu hanya Tuhan saja yang tahu. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana kawasan tempat tinggal saya pada waktu tersebut memang sarang "doktor-doktor" yang hobinya adalah mengubat dan mencucuk diri mereka sendiri. 

Walau bagaimanapun, telahan mereka terhadap saya pada puluhan tahun yang lalu adalah salah kerana saya survive membesar tanpa terlibat dengan najis dadah ataupun rokok jua ! Apa-apa pun, itu cerita dulu tentang Tongkang Yard. Sekarang kawasan tersebut telah maju serta bebas dari ancaman dadah dan juga "taik-taik pit".

======

Saya akui ada banyak persamaan antara Bandar Kyoto & Alor Setar terutama sekali pada sudut keharmonian dan juga ketenangan kedua-dua bandar tersebut. Kalau Alor Setar ada menara Alor Setar, Kyoto juga mempunyai menara mereka tersendiri. Kalau Alor Setar mempunyai jambatan sungai yang cantik ( tetapi sungai yang agak kotor), Kyoto juga mempunyai jambatan Sanjo (Sanjo Ohashi) yang cukup cantik dan sentiasa sibuk.

Sanjo Ohashi - jambatan yang cukup terkenal semenjak dari zaman pemerintahan Toyotomi Hideyoshi sehinggalah hari ini masih berdiri dengan gagah di bandar Kyoto.Ianya cukup gah bukan hanya sewaktu musim sakura malah pada hari-hari kebiasaan. Malah, tebing-tebing pejalan kaki dan laluan basikal disini sering dikunjungi dan hampir ribuan pengunjung datang  setiap hari kesini untuk beriadah ataupun menghabiskan masa bersama keluarga.

By the way, Sungai Kamogawa yang mengalir jernih dibawah Sanjo Ohashi ini cukup menarik malah belum pernah saya melihat sungai yang begitu bersih sebegini ditanah air saya sendiri iaitu Malaysia.



















All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you

Thursday 30 October 2014

Musim Luruh Yang Memukau Di Chion-in, Higashiyama-ku, Kyoto.


Sekiranya anda berpeluang melawat Bandar Kyoto, anda seharusnya singgah sebentar di Chion-in. Kuil purba yang terletak di pekan Higashiyama ini cukup menarik sewaktu musim luruh dimana anda berpeluang untuk melihat ratusan pepohon Ginkyo dan Momiji bertukar warna dan mewarnai kawasan persekitaran disini. Kuil ini juga adalah salah satu daripada National Treasures Of Japan dan ianya cukup mudah dicari kerana mempunyai pintu gerbang gergasi Sanmon yang cukup unik.

Walaupun pemandangan diluar kuil ini agak biasa namun anda harus menerokainya kawasan didalamnya untuk melihat keindahan tersendiri kuil ini. Waktu terbaik untuk anda kesini adalah pada penghujung bulan November sehinggalah awal bulan December. Untuk makluman semua, sebahagian bangunan disini ditutup untuk baik-pulih sehingga tahun 2016/2017 !

Jangan lupa membawa kamera sewaktu memasuki kawasan kuil ini !



Pintu gerbang Sanmon yang jelas kelihatan di tepi jalan.


Naomi & Erika di hadapan Chion-in.


Nana - jurugambar remaja yang sedang menerima latihan.


Saya terlupa nama pendita ini. Saya pernah diberitahu yang beliau adalah salah satu figure utama dalam ajaran Buddha di Jepun.


Meditasi Shot berlainan arah.


Lambakan buah "kaki" ataupun persimmon. 


Dedaun Momiji bertukar warna. 
Ada yang berminat untuk menjadikan ini sebagai wallpaper PC anda ?


Daun Momiji. 
Warnanya tiba-tiba menjadi cukup funky pada penghujung musim luruh.






All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Wednesday 8 October 2014

Autumn In Kyoto: Musim Luruh Datang Lagi !


Tiada apa yang lebih menarik di Kyoto selain daripada musim luruh dan juga musim sakura. Angin dingin yang menandakan autumn sudah tiba mula menyelinap masuk ke Kyoto dan  beberapa pepohon momiji dan ginkyo dikaki gunung sudah mula bertukar warna menjadi kuning dan juga kemerah-merahan. 

Saya sudah tidak sabar menantikan kemuncak dedaun momiji bertukar warna. Ramalan tahun ini adalah sama seperti tahun-tahun yang lalu yang mana ianya berlaku seawal minggu pertama bulan November sehinggalah awal Disember nanti. 

Walaupun saya tahu Kyoto akan dibanjiri dengan jutaan pengunjung sewaktu musim tersebut tetapi ianya memang cukup berbaloi. Anda harus datang melawat untuk menyaksikan sendiri keindahan musim tersebut. Sekiranya anda berada disini, jangan lupa untuk melawat kawasan-kawasan utama musim luruh seperti di sekitar Kiyomizu-dera, Kurama-dera, Nanzen-ji, Ryoan-ji, Philosopher walk dan juga Tofukuji.

Saya sertakan disini beberapa keping gambar musim luruh tahun 2013.








All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Tuesday 7 October 2014

Starwalk Penang 2014 : Orang Penang Memang Sempoi !

Ikhlas cakap - Orang Penang memang sempoi !
 Seawal jam 5:30 pagi tempoh hari, hampir 20,000 peserta Penang Starwalk 2014 membanjiri dataran Penang Times Square. Bukan main ramai lagi manusia yang datang.Berbilang bangsa yang ada. Saya percaya angka peserta sebanyak itu agak mustahil untuk dikecapi di bandar-bandar selain daripada Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Apa-apa pun, acara berjalan kaki sejauh 7 kilometer tersebut agak mudah dan saya berjaya sampai ke garisan penama dalam masa lebih kuran 1 jam.











All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Thursday 18 September 2014

EDITING : Phomomatix Pro, Lightroom dan Photoshop !

Saya ingin nyatakan disini yang guru terbaik untuk anda mempelajari software Photomatix Pro ataupun ingin menerokai teknik HDR adalah melalui Youtube ! Selain daripada dapat menjimatkan ratusan ringgit wang poket anda untuk membeli buku ataupun preset, ianya menyediakan seribu satu macam tutorial  hebat tanpa sebarang bayaran yang dikenakan. Saya sertakan disini beberapa foto yang di "edit" dengan hanya mendapat panduan dari beberapa siri di Youtube.



After ( Kobe,Japan )
Selepas editing dengan Photomatix, Lightroom & Photoshop.


Before
Imej RAW dari kamera.


 After ( Kobe,Japan)
Selepas editing dengan Photomatix, Lightroom & Photoshop.


Before
Imej RAW dari kamera.


After ( Kyoto,Japan)
Selepas editing dengan Photomatix, Lightroom & Photoshop.


Before
Imej RAW dari kamera.



All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
 Thank you.