Okay.
Ada dua isu yang betul-betul membimbangkan saya setiap kali saya berada di Kyoto. Pertama , saya takut kepada amarah mother nature dan keduanya rungutan mother-in-law ! :)
Atas faktor-faktor tersebut, saya selalunya mengelak untuk pulang ke Jepun sewaktu musim panas (July-Sept) bukan kerana takut kulit menjadi hitam ataupun tidak boleh lena malam tetapi kerana saya bimbangkan badaian ribut taufan ataupun super typhoon yang rajin membedal tanah Jepun pada waktu tersebut. Apa-apa pun, saya kini lebih kerap pulang ke sana pada musim-musim yang yang lain dan terima kasih saya ucapkan kepada Air Asia yang selalu mempromosikan tiket penerbangan yang cukup murah pada ketika ini. Kalau nak harapkan promosi dari syarikat penerbangan lain, sepuluh tahun sekali pun belum tentu saya boleh saya pulang ke sana.
Oh Ya, saya sertakan beberapa keping gambar lagi sewaktu musim sakura (cherry blossoms) di Kyoto. Kesemua gambar-gambar ini diambil berhampiran terusan kecil Shirakawa-dori.
All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.