Sunday 16 November 2014

Kyoto's Sakura Travelogue: Sentimen Anti China Tidak Wujud Di Sini !

Saya tidak pasti apa yang dimahukan oleh kerajaan negara China ( PRC ). Propaganda anti-Jepun yang dicetuskan pada dada-ada akhbar negara tersebut dan halaman sosial semenjak kebelakangan ini agak begitu kurang senang untuk kita dengar dan ianya cukup berbaur hatred yang cukup extreme. Bermacam modal yang digunakan mereka , dari isu lapuk pencerobohan Jepun di Manchuria pada tahun 1931 hinggalah ke isu disputed kepulauan Senkaku sekarang.

Tetapi lain pula ceritanya dengan rakyat negara China yang saya jumpa tempoh hari
di Kiyomizu-dera dan Ujigawa. Berbanding dengan pemikiran pemimpin-peminpin mereka, rata-rata pelancong China yang melancung datang ke Jepun cukup advance serta open minded. Segalanya cukup harmoni.Tiada rungutan dan tiada yang bermasam muka malah hubungan mereka cukup mesra.Tiada langsung sebarang tension ataupun konflik 'anti-China- anti-Jepun' yang saya nampak. Mereka menghormati antara satu sama lain. Malah ada yang siap berpakaian kimono untuk seisi fotografi untuk diabadikan sebagai kenangan melawat ke sini. 

Mungkin sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin komunis kolot China ini harus belajar dari rakyat mereka sendiri ?

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday 12 November 2014

Kyoto's Nishiki Market : A Foodies' and Photographers' Delight !

"Sana mahal, sini mahal. Semuanya mahal di Jepun!" 

Betul ke ? 

Tak lah! 

Sekiranya anda hanya mempunyai budget  RM50.00  pun, anda sudah boleh enjoy untuk light breakfast atau lunch di Pasar Nishiki Kyoto. 

Forget about what you heard  Japan being expensive!  

Tak betul tuuu...

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday 9 November 2014

Mana Lebih Hebat : Lolong, Gustave Atau Buaya Putih Tasik Dayang Bunting !

Cerita tentang buaya gergasi bernama Gustave dan Lolong sememangnya pernah memenuhi dada-dada akhbar diseluruh dunia sebelum ini. Ini kerana Gustave yang menghuni sungai di Burundi ini dikatakan telah membaham lebih daripada 300 manusia dan ianya masih gagal ditangkap sehingga hari ini. Lain pula ceritanya dengan Lolong (sempena nama pemburu buaya hebat filipina bernama Ernesto "Lolong" Goloran Canete), buaya bersaiz 20 kaki panjang ini  akhirnya berjaya ditangkap hidup-hidup di Bunawan tetapi kemudiannya mati selepas ditawan.

Tetapi apakah benar Malaysia mempunyai buaya yang lebih besar dari saiz tersebut? Bukan itu saja, khabarnya buaya putih tersebut memilih mangsa. Yang di cari hanya mangsa bermulut celupar dan berhati "busuk".Rata-rata penduduk Langkawi percaya akan cerita-cerita tersebut walaupun ianya berunsur myth dan lagenda.

Tetapi di mana ?

Tentulah di Tasik Dayang Bunting yang terletak di "Pulau Langkawi Pulau lagenda" !
Wallahualam .

Nota kaki : Monumen buaya putih diatas terletak di Taman Lagenda, Pulau Langkawi @ bersebelahan Dataran Lang di Pekan Kuah.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Saturday 8 November 2014

Kuil Purba Dan Hantu Di Gunung Hiei.

Gunung Hiei ataupun Heizan yang terletak di sempadan wilayah Kyoto dan Shiga ini cukup terkenal dengan dua perkara. Satu, ianya terkenal dengan rumah-rumah berhala yang berabad-abad usianya dan kedua kononnya hutan disini banyak dihuni oleh hantu !  
Entah betul atau tidak, wallahualam. Tetapi, disepanjang pendakian dan perjalanan saya ke sana tempoh hari, memang betul ianya mempunyai rumah berhala dan kuil-kuil purba yang cukup hebat seperti kuil Enryakuji , Daikodo dan Amidado.

Tentang cerita hantunya pula, saya hanya boleh update selepas selesai segala siasatan saya nanti! Heh !

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Friday 7 November 2014

8 Days A Sweet & 8% Sales Tax !

Japan Sales Tax sudah melonjak naik dari 5% ke 8% pada bulan April yang lalu. Malaysia pula akan melancarkan perkara yang sama pada April 2015 (6%). Sewaktu saya di Kyoto AEON 8 Days A Sweet  tempoh hari, saya baru sedar akan tempias isu ini. Terkejut juga apabila melihat resit yang dihulurkan. Oleh kerana crepes yang dijual disini terlalu sedap, maka saya sanggup membayar apa jua charge yang dikenakan tersebut tanpa banyak bersoal jawap.

Apa yang saya sedari semenjak saya berada di Jepun, orang sini jarang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dikhalayak ramai. Belum pernah saya lihat lagi  penduduknya yang mengangkat kayu sepanduk sambil meraung-raung dan terlolong-long di tepi jalan di Kyoto untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak tertentu. Apatah lagi mempersoalkan isu tax yang dikenakan. Mereka lebih suka membawa isu tersebut ke kertas pilihanraya dan mungkin kerana itulah Jepun adalah antara negara yang kerap bertukar tampok pemerintahannya. 

Wallahualam.

Gambar official dari http://kyoto-aeonmall.com/shop/detail/114. Memang sedap dan menarik crepes yang dijual disini.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Thursday 6 November 2014

Samseng Jalanan ?

Siapa cerdik dan siapa bodoh ? Tuan kerbau atau kerbau itu sendiri ? 
Bila ditegur, kita dimarahi pula. Kata empunya kerbau, ianya adalah daya tarikan untuk pelancong yang datang ke sini. Isunya sekarang, apabila terjadi satu kemalangan maut yang membabitkan pelancong dengan kerbau-kerbau yang berkeliaran, tiada siapa yang berani bertanggung-jawab. Kerbau jadi bangkai dan pelancong pula mati katak.

Saya rasa pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu !

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Tuesday 4 November 2014

Kyoto's Sakura Travelogue: Cherry Blossoms Di Hirakata Park, Osaka.

Perjalanan saya pada pagi tersebut ke Hirakata Park dirasakan begitu perit sekali. Saya kurang pasti akan punca sebenar. Mungkin atas faktor tidak cukup tidur, mungkin kerana terlalu letih membawa aksesori fotografi yang terlalu berat selama 10 hari di Jepun atau mungkin juga atas faktor cuaca. Apa-apa pun, saya berasakan yang separuh nyawa saya telah hilang dalam proses perjalanan hari tersebut.

Bagi mencari kepuasan untuk diri sendiri, saya gagahi juga untuk ke Hirakata Park dan ternyata segala keputusan saya untuk mengheret segala peralatan fotografi ke sana adalah satu tindakan yang betul...

Lihatlah sendiri suasana di sini sewaktu kesemua 300 pepohon bunga sakura bercambah keluar !

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Monday 3 November 2014

Kyoto's Sakura Travelogue: "Letusan" Bunga Bunga Sakura Hirano Jinja, Kyoto.

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 2 minggu saya berada di Kyoto. Alhamdulillah, trip kali ini agak berlainan sedikit dari trip-trip sebelum ini dan saya cukup berpuas hati. Segala perancangan saya untuk sampai ke Kyoto lebih awal bagi melihat sendiri permulaan musim bunga sakura sehinggalah penghabisan (Kaika to Mankai) tercapai juga akhirnya. 

Lebih hebat lagi, sewaktu saya berada di Hirano Jinja, suasana musim sakura dan festival hanami di sini begitu happening. Ribuan pengunjung keluar masuk ke sini tanpa henti-henti.

Oh ya, sotong bakar dan juga ikan Ayu bakar yang dijual disini memang sedap. Tiada tandingan !